JANGAN Ambil Ringan Jika Ada Air Mani Berketul, Ini 6 Sebab Ia Mungkin Terjadi!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/05/2020

Anda mengalami masalah air mani berketul? Usah khuatir, kami ada jawapan mengenai punca dan rawatan untuknya. Ingin tahu lebih lanjut? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini!

#1. Pembekuan protein

Air mani sebenarnya terdiri daripada pelbagai jenis bahan dan salah satunya adalah protein.

Buat anda yang belum tahu, protein turut terlibat dalam proses pemekatan dan pencairan air mani.

Jadi, ketidakseimbangan pada zat protein dalam air mani akan memberi kesan pada bentuk fizikalnya.

Sekiranya proses pemekatan atau pembekuan protein berlaku pada sistem reproduktif lelaki akibat kurang ejakulasi, ia mungkin akan menyebabkan masalah air mani berketul.

Namun, anda tidak perlu risau kerana masalah ini amat mudah diselesaikan.

Caranya, lelaki hanya perlu tingkatkan kekerapan ejakulasi anda dengan lebih kerap melakukan seks bersama pasangan.

#2. Dehidrasi

Selain protein, air mani turut mengandungi air.

Sekiranya anda mengalami dehidrasi, tubuh badan anda akan mula mengalihkan cecair dari tempat yang dianggap kurang penting ke tempat yang memerlukan.

Ini termasuklah dari kantung air mani lelaki. Disebabkan itu, kurang minum air dan dehidrasi juga boleh jadi punca air mani berketul.

Penyelesaian bagi masalah ini adalah agak mudah, anda hanya perlu minum lebih banyak air bagi mengelakkan anda mengalami dehidrasi.

air mani cair

#3. Diet tidak seimbang

Secara fisiologi, manusia perlu makanan dan minuman untuk kelangsungan hidup. Tanpa disedari, segala nutrien yang diambil akan memberi kesan kepada tubuh badan anda.

Begitulah juga dengan produktiviti air mani. Ia sebenarnya sangat bergantung kepada diet lelaki.

Jika anda mengamalkan diet yang tidak seimbang, maka air mani anda juga akan terjejas.

Diet yang tidak seimbang akan mengakibatkan air mani lelaki terjejas dari aspek kepekatan, warna dan bau.

Jadi, sila ubah diet anda ya?

#4. Tahap testosteron rendah

Kondisi yang dikenali sebagai hypogonadism ini juga mungkin merupakan punca lelaki mengalami air mani berketul.

Selain itu, ia juga akan mengakibatkan gejala lain seperti kerap keletihan, kurang libido, sukar mengekalkan ereksi, keguguran rambut serta kehilangan jisim otot.

Jadi, ia adalah kondisi yang perlu dirawat dalam kadar segera. Untuk mengubahnya, anda perlu ubah gaya hidup anda.

Antara perubahan yang boleh dilakukan adalah dengan melakukan lebih banyak senaman terutamanya senaman kardiovaskular bagi membantu meningkatkan tahap hormon ini.

Selain itu, anda juga perlu beri lebih perhatian terhadap pengawalan berat badan anda, okay?

air mani cair

#5. Air mani berketul akibat infeksi

Kadangkala, kondisi ini  juga mungkin disebabkan oleh infeksi seperti radang epididimis atau epididymitis.

Ia bukan sahaja akan menyebabkan masalah air mani berketul, malah turut mengakibatkan kesakitan sewaktu ejakulasi.

Punca radang epididimis ini berlaku bagi kalangan lelaki muda adalah akibat jangkitan pelbagai penyakit kelamin.

Bagi lelaki yang lebih berusia pula, ia mungkin disebabkan oleh pembesaran atau pembengkakan prostat.

Untuk merawatnya, anda perlu rujuk dengan pakar bagi mendapatkan ubat antibiotik yang berupaya merawat infeksi yang dinyatakan.

#6. Aglutinasi sperma

Pernah dengar tentang kondisi ini?

Untuk pengetahuan anda, aglutinasi sperma adalah punca air mani berketul yang sangat jarang berlaku kepada lelaki.

Ia akan berlaku apabila tubuh badan anda melakukan kesilapan dalam mengenalpasti sel sperma sebagai bahan asing di dalam badan.

Akibatnya, sperma akan bergumpal lalu menjadikannya berketul.

Tiada sebarang senaman atau rawatan di rumah yang boleh anda lakukan. Sebaiknya, rujuk doktor untuk mendapatkan rawatan lanjutan yang bersesuaian.

Air mani berketul akan mengganggu kesuburan?

khasiat air mani

Persoalan paling penting, adakah kondisi air mani berketul akan menyebabkan ketidaksuburan dalam kalangan lelaki? Jawapannya, tidak.

Ia sama sekali tidak akan mengganggu kuantiti atau kualiti sperma lelaki. Jadi, tiada apa yang perlu lelaki risaukan jika anda mengalaminya.

Lagipun, air mani yang sedikit pekat akan menyebabkan ia kurang risiko terkeluar dari faraj lantas meninggikan lagi potensi pasangan untuk hamil.

Namun jika anda masih mempunyai kegusaran terhadapnya, segera berhubung dengan doktor anda!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tak Pernah Rasa Klimaks Semasa Bersama Suami? Normal Ke?

    Apabila menerima rangsangan seksual, pastinya akan terjadi klimaks. Tetapi bagaimana jika orgasme wanita tidak berlaku? Adakah ia sesuatu yang tidak normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Jom Kita Belajar 4 Fasa Klimaks Lelaki! – Bukan Sekali Sahaja Boleh Ejakulasi?

    Klimaks lelaki bukan hanya sekadar terpancut air mani semata-mata. Terdapat 4 fasa yang akan berlaku. Klik untuk belajar mengenainya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    ALAMAK… Seks Oral Pun Boleh Jadi Punca Kanser? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu!

    Seks oral berisiko tinggi menyebarkan HPV. Untuk pengetahuan anda, ia adalah sejenis virus yang boleh jadi punca beberapa jenis kanser berkaitan oral!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Pakar Kata Tak Mustahil Boleh Mengandung Tanpa Penetrasi, Bagaimana Tu?

    Ada kepercayaan yang mengatakan kehamilan masih boleh berlaku tanpa kemasukan zakar ke dalam faraj semasa hubungan suami isteri. Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    seks dengan kondom

    Bila Isteri Tidak Suka Bersetubuh Guna Kondom, Apa 5 Perkara Encik Suami Perlu Buat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/06/2020
    kondom bocor

    Isteri Hamil Juga Walau Beraksi Gunakan KONDOM? Ini 7 Sebab Ia Mungkin ‘Bocor’!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/06/2020
    hubungan seks

    Hubungan Intim Bakar Banyak Kalori Suami Isteri, Sebab Tu Asyik Lapar Lepas Bersama: Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 01/06/2020
    cara-pakai-kondom-wanita

    Nak Tahu Cara Guna Kondom Wanita? Kena Baca Ini Supaya Tiada Kes TERSEKAT Dalam Faraj

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/06/2020