backup og meta

Malaysia Terlibat Dalam Ujian Klinikal WHO Bagi Usaha Melawan COVID-19, Tahniah!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/08/2020

    Malaysia Terlibat Dalam Ujian Klinikal WHO Bagi Usaha Melawan COVID-19, Tahniah!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Bagi membantu mencari rawatan berkesan merawat COVID-19, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersama beberapa organisasi lain melancarkan “Solidarity”, iaitu sebuah percubaan ujian klinikal antarabangsa.

    The Solidarity Trial akan membandingkan 4 pilihan rawatan dengan standard perawatan, untuk menilai keberkesanan relatif terhadap COVID-19.

    Solidarity Trial  ini bertujuan untuk mengetahui dengan cepat sama ada ubat-ubatan tertentu akan memperlambatkan perkembangan penyakit atau meningkatkan kelangsungan hidup.

    [covid_19]

    Cepatkan masa kenal pasti kaedah merawat COVID-19 efektif

    jarak sosial covid 19

    Biasanya bagi 1 ujian klinikal secara rawak yang dijalankan memerlukan masa bertahun-tahun bagi merancang dan melaksanakannya.

    Walau bagaimanapun, melalui Solidarity Trial ini akan dapat mengurangkan masa bagi mengenal pasti rawatan efektif merawat COVID-19 sehingga 80%.

    Pelaksanaan ujian klinikal kepada seorang pesakit dalam 1 percubaan rawak tunggal akan membantu memudahkan perbandingan rawatan. 

    Ia akan mengatasi risiko percubaan kecil yang tidak menghasilkan bukti yang kuat dalam menentukan keberkesanan relatif rawatan berpotensi.

    Baca juga:

    Penglibatan Malaysia dalam Solidarity merawat COVID-19

    Pelancaran Solidarity Trial ini menyaksikan penglibatan Malaysia dalam usaha global untuk menguji beberapa ubatan bagi merawat COVID-19.

    Dalam ujian klinikal ini, gabungan 4 ubatan berbeza akan digunakan iaitu:

    • Remdesivir
    • Lopinavir/Ritonavir
    • Interferon beta-1a
    • Chloroquine dan hydroxychloroquine

    Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdulllah, proses pelaksanaan ujian klinikal ubatan untuk merawat COVID-19 bagi individu yang dijangkiti akan bermula tidak lama lagi.

    9 hospital KKM yang akan terlibat dalam ujian ini adalah:

    • Hospital Tuanku Fauziah
    • Hospital Sultanah Bahiyah
    • Hospital Pulau Pinang
    • Hospital Sungai Buloh
    • Hospital Kuala Lumpur
    • Hospital Melaka
    • Hospital Tengku Ampuan Afzan
    • Hospital Umum Sarawak
    • Hospital Queen Elizabeth

    Artikel berkaitan:

    “Penglibatan Malaysia dalam percubaan ini adalah bagi membantu mencari ubat menyelamat dan merawat COVID-19 pada pesakit melalui penilaian keberkesanan dan keselamatan,”ujar Datuk Dr Noor Hisham.

    KKM Institute for Clinical Research (ICR) dan Clinical Research Malaysia (CRM) akan membantu dalam pelaksanaan percubaan yang dimulakan oleh WHO di Malaysia.

    ujian klinikal

    Ujian klinikal vaksin merawat COVID-19

    Pada penghujung Mac lalu, seramai 45 individu menjadi sukarelawan dalam ujian klinikal bagi menilai keberkesanan vaksin COVID-19.

    Ujian klinikal ini dilakukan di Kaiser Permanente Washington Health Research Institute (KPWHRI) di Seattle.

    Ujian yang dibiayai oleh Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Negara (NIAID) ini membabitkan individu yang berusia antara 18 hingga 55 tahun.

    Mereka akan diberikan jumlah dos yang berbeza-beza.

    Menurut Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat (NIH), setiap sukarelawan terlibat akan menerima 2 dos vaksin COVID-19.

    Vaksin tersebut akan diberikan melalui suntikan intraotot, selang 28 hari.

    covid-19 vaksin

    Pengarah NIAID, Anthony Fauci memberitahu, selepas terima 2 suntikan vaksin, setiap individu akan diminta ke klinik bagi mendapatkan pemeriksaan susulan. 

    Ia kemudiannya diikuti pemeriksaan berkala dalam tempoh setahun.

    Walaupun ujian klinikal tersebut berjalan lancar, namun ia mungkin memerlukan tempoh masa 12 hingga 18 bulan sebelum vaksin dapat digunakan secara meluas.

    [mc4wp_form id=’115319″]

    Akhir kata

    Kami di Hello Doktor memohon kerjasama semua pembaca untuk mematuhi segala saranan dan perintah yang diumumkan oleh kerajaan.

    Jadilah individu yang bertanggungjawab dengan hanya duduk di rumah dan mengurangkan pergerakan di luar rumah.

    Dalam zaman kecanggihan teknologi ini, terdapat pelbagai cara untuk membolehkan anda berhubung dengan keluarga dan orang tersayang bagi bertanyakan khabar mereka. 

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/08/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan