Mereka mendapati, meskipun pelindung muka boleh menyekat pergerakan titisan air semasa batuk atau bersin, individu masih boleh terkena jangkitan dek kerana titisan yang berada di sekitar visor pelindung muka anda.
Selain itu, sebuah kajian lain yang dilakukan berikutan wabak virus corona di Switzerland mendedahkan, tidak ada seorang pun individu yang memakai pelitup muka dijangkiti virus tersebut.
Walaupun begitu, segelintir individu yang hanya memakai pelindung muka plastik tanpa menggunakan topeng muka menunjukkan keputusan positif.
Kajian sebegini menjadi bukti kukuh bahawa pelindung muka plastik tidak dapat melindungi anda sepenuhnya daripada dijangkiti coronavirus, tanpa penggunaan pelitup muka juga.
Tip penggunaan pelindung muka
Untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada penggunaan pelindung muka, para pakar mengesyorkan tiga kunci utama berikut:
1. Jangan lupa memakai topeng muka juga!

Pakar menjelaskan bahawa pelindung muka boleh memberikan manfaat dari segi perlindungan jangkitan virus corona apabila anda memakainya bersama-sama dengan pelitup muka.
Topeng muka tiga lapisan mahupun kain bukan sahaja boleh melindungi diri anda, malah melindungi individu lain daripada mendapat jangkitan yang berkemungkinan daripada anda sendiri, ya!
Rantaian wabak pandemik ini hanya dapat dihentikan dengan penggunaan topeng muka, dan pelindung muka plastik memastikan anda mendapat perlindungan tambahan daripada jangkitan virus tersebut.
2. Pastikan saiz pelindung muka sesuai
Dr Edmond mencadangkan saiz pelindung muka yang paling sesuai adalah apabila ia melindungi sehingga dagu dan ke bawah.
Beliau menyambung lagi, pelindung muka plastik haruslah sampai ke paras telinga dari sisi dan sepatutnya tidak mempunyai apa-apa jurang di antara dahi dan bahagian depan pelindung muka, kecuali jika ada penutup pada celah tersebut.
Jika tidak, titisan air boleh mencapai mata, hidung dan mulut anda daripada celah-celah tersebut dan menyebabkan jangkitan.
Baca juga:
3. Bersihkan selepas setiap kali penggunaan
CDC mencadangkan agar anda merujuk kepada arahan pengeluar pelindung muka, jika ada.
Sekiranya tidak ada arahan yang tersedia, bersihkan ia dengan pencuci neutral atau pembasmi kuman dan air suam untuk menghilangkan kotoran yang boleh dilihat. Setelah segala kotoran sudah disingkirkan, bilas dengan air bersih.
Selain itu, mereka juga berpendapat bahawa pembasmian kuman pada pelindung muka boleh dilakukan dengan larutan berasaskan klorin.
Penggunaan alkohol tidak digalakkan kerana ia boleh merosakkan plastik dan gam setelah digunakan dalam tempoh lama. Di samping itu, ia juga boleh menghilangkan sifat istimewa antiglare atau antifogging.
Paling penting, jangan lupa untuk membilasnya dengan air sehingga bersih untuk membuang sisa-sisa yang tertinggal.
Keringkan ia seperti biasa atau gunakan tuala kertas yang bersih untuk meresap kelembapan.
Intipati yang boleh anda ambil

Walaupun pelindung muka telah banyak digunakan, ia tidak akan memberikan perlindungan sepenuhnya tanpa topeng muka.
Sudah terang lagi bersuluh, penggunaan topeng muka rupanya lebih penting daripada pelindung muka bagi mengurangkan penyebaran virus corona.
Ini termasuklah dengan kekerapan mencuci tangan, jaga jarak sosial dan sebagainya.
Bagi memutuskan rantaian wabak pandemik ini, kita haruslah berganding bahu dan mematuhi arahan daripada kerajaan. Jaga diri, ya!
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus