Mimpi Ngeri Bermula, Panik Punca Virus COVID-19 Berjangkit Satu Sama Lain Tanpa Disedari?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/05/2020

* Artikel ini sebahagian siri COVID-19 yang dihasilkan Editorial Hello Doktor. Klik pautan untuk baca sambungan menarik dalam artikel 1 dan artikel 3.

Dalam artikel sebelum ini, kisah menarik kes import COVID-19 telah dibongkar. Sekarang, kita akan teroka bagaimana mimpi ngeri bermula gara-gara kontak rapat pula.

Kontak rapat sebenarnya bawa risiko yang lebih serius. Menurut WHO, kontak rapat adalah mereka yang berinteraksi dalam jarak kurang 1 meter daripada individu yang mungkin membawa virus. 

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

8,247

Disahkan

6,559

Sembuh

115

Kes Kematian
Peta sebaran

Bagaimana cara covid 19 berjangkit akibat kontak rapat?

Wabak coronavirus menular melalui titisan cecair dari batuk, bersin ataupun nafas individu dijangkiti

Ia boleh juga berada dalam udara atau permukaan yang disentuh, sebelum anda menyentuh mata, hidung atau mulut.

cara covid 19 berjangkit

Penularan virus akibat kontak rapat mula jadi mimpi ngeri apabila 3 pelancong asing (kes ke-13, 14, dan 15) disahkan positif wabak pada 1 dan 7 Februari. 

Situasi sama dikesan pada kes ke-24, 27 dan 29 yang saling berkait. 

Tanpa sedar, seorang wanita warganegara Jepun ditempatkan bersama wanita tempatan dalam bilik, dan wanita Jepun itu kemudiannya disahkan positif!

Nasib sama turut menimpa jururawat hospital apabila beliau tidak memakai alat perlindungan peribadi ketika merawatnya.

Artikel berkaitan: Adakah Kes Import Punca Wabak COVID-19 Menular Di Malaysia?

Kluster kes ke-26 punca lonjakan gelombang kedua di Malaysia?

Tergempar! Kepulangan lelaki warga tempatan dari Shanghai akibatkan 20 kes positif lain akibat kontak rapat. 

Jumlah kontak rapat merebak hingga ke generasi kedua, dan mencecah hampir 1,000 individu!

Sekejap – apa itu kontak rapat generasi pertama dan kedua? Iai merujuk pada tahap kelangsungan kontak.

“A disahkan positif COVID-19. Apabila B ada kontak rapat dengan A, B adalah kontak rapat generasi pertama. Jika jangkitan itu menular dari B ke C, C adalah kontak rapat generasi kedua bagi A.” 

cara covid 19 berjangkitKluster kes ke-33 berkait dengan kluster kes ke-26

Selepas kes ke-26, tiba-tiba muncul pula kluster kes ke-33 yang merupakan kontak rapat kes ke-26.

Oleh sebab jangkitan biasanya tak menunjukkan simptom, tak siapa tahu mereka dijangkiti virus. 

Selepas berhubung rapat dengan kes ke-26, kes ke-33 menghadiri mesyuarat di Sarawak. Ekoran kejadian itu, 132 kontak rapat kes-33 dikenal pasti.

18 disahkan positif, termasuklah isteri mangsa!

Cara COVID 19 berjangkit: Penyebaran terbesar berlaku dalam kalangan peserta perhimpunan tabligh

Hampir 16,000 jemaah tabligh bersesak dalam dan luar masjid Sri Petaling hari itu. Kesesakan lebih terasa ketika program ceramah berlangsung.

Tak siapa sangka perhimpunan itu boleh jadi kluster penyebaran COVID-19 terbesar di Malaysia

Perhimpunan itu juga mewujudkan 4 sub kluster lain, seperti di Jerantut, Pahang; Sungai Lui, Selangor; Penanti, Pulau Pinang dan juga Jasin di Melaka.

Daripada kluster tabligh ini jugalah, kluster kenduri kahwin di Bangi muncul. 

Ini perbandingan bagaimana kluster perhimpunan tabligh merupakan kluster terbesar di Malaysia:

cara covid 19 merebakPerhimpunan keagamaan lain parahkan lagi situasi 

Perhimpunan tabligh itu bukanlah satu-satunya aktiviti keagamaan yang memudahkan tercetusnya cara COVID 19 merebak.

Di Kuching, Sarawak, satu persidangan keagamaan telah mengakibatkan 112 kes positif

Begitu juga perhimpunan tabligh di Sulawesi, Indonesia. Kepulangan 100 jemaah Malaysia dari perhimpunan itu meningkatkan risiko, dan 1 kematian dilaporkan.

Satu lagi kes positif di Malaysia melibatkan kepulangan peserta dari perhimpunan tabligh di New Delhi, India.

Di Rembau, sub-kluster telah muncul hasil kontak rapat daripada aktiviti perhimpunan tabligh. 

Cara COVID 19 merebak: Netizen bawa pulang COVID-19 ke kampung

cara covid 19 berjangkit

Dalam masih terpinga-pinga, tiba-tiba kerajaan umum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Habis panik dibuatnya rakyat!

Ramai mengambil keputusan berpusu-pusu balik kampung masing-masing sebelum PKP dikuatkuasa. Tapi satu bencana sedang menanti…

Tanpa sedar, keputusan balik kampung itu mungkin membawa padah. Apatah lagi jika individu tersebut bergerak dari kawasan hotspot kes COVID-19.

Berpusu-pusu keluar beli stok makanan mudahkan cara COVID 19 berjangkitcara covid 19 merebak

Suasana di seluruh pasaraya tiba-tiba sesak. Bagi yang tak panik untuk balik kampung, mereka mula panik atas perkara lain – barang keperluan harian seperti makanan. 

Kalau tak boleh keluar rumah, macam mana nak makan? Nak masak kena ada barang basah. Cukup ke makanan yang ada? Kalau tak cukup macam mana?

Sedangkan ketika PKP, ketua keluarga masih dibenarkan keluar, malah anda boleh order barang dapur secara online!

Dek panik, semuanya menyerbu pasar raya – berhimpit-himpit tanpa menghiraukan isu social distancing lagi. 

Kebanyakannya menyerbu barang penting untuk berhadapan dengan COVID-19 seperti topeng muka dan hand sanitizer. 

Membeli barangan seperti ini sememangnya digalakkan, tapi apa yang lebih penting adalah menjaga jarak sosial antara diri sendiri dengan orang lain ketika di tempat awam!

Artikel berkaitan: Jarak Sosial “Rahsia” Taiwan, New Zealand dan Korea Selatan Hentikan COVID-19?

Bukan sahaja di pasar raya, balai polis turut jadi tumpuan orangcara jangkitan coronavirus

Mengapa balai polis?

Apabila kerajaan mengumumkan PKP akan dikuatkuasa pada 18 Mac, sekali lagi ia mencetuskan panik pada penduduk bandar, malah yang di kampung. 

Ini kerana penguatkuasaan tiada lagi perjalanan rentas negeri. Ramai orang pulang ke kampung sebelum PKP dilaksana, kerana cuti sekolah bermula pada 14 Mac. 

Risau tak dapat pulang ke bandar semula, atau bekerja di luar sempadan negeri telah sebabkan semua individu menyerbu balai polis berdekatan untuk dapatkan borang permohonan rentas negeri.

Kesesakan tak terkawal sehingga Ketua Polis Negara terpaksa mengumumkan pelaksanaan prosedur tersebut ditarik balik dan ditangguh. 

Kesesakan ini sedikit sebanyak meningkatkan lagi risiko munculnya kluster jangkitan baharu di balai polis. Tindakan pantas pembatalan kaedah ini berjaya mengawal keadaan.

Cara COVID 19 merebak: Individu berani anjur kenduri & lepak di pasar

Bukankah kita harus ambil pengajaran dari kes kluster perkahwinan di Bangi untuk elak dari berkumpul secara beramai-ramai, dan kepentingan social distancing?

Pada 21 Mac, satu kenduri kahwin diadakan dengan meriahnya di Kudat, Sabah.

Pihak polis hanya menyedarinya apabila bertanya pada orang awam. Sebaik saja tiba di lokasi, tuan rumah pantas diarahkan untuk membatalkan kenduri dan kesemua tetamu diminta beredar. 

Selain itu, masih ramai tak menganggap menjaga jarak di antara individu itu penting di pasar. 12 individu ditahan atas kesalahan mengingkari perintah PKP apabila melepak dan enggan bersurai di Pasar Bisik Kuala Muda, Penaga, Pulau Pinang. 

Jika situasi ini berterusan, ia membimbangkan. 

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kini, kita harus mengamalkan norma ‘baru’ dalam hidup.

Jangan lupa untuk sentiasa mencuci tangan dengan sabun, elak sentuh hidung dan mulut, jaga jarak sosial, dan lain-lain dalam segala benda yang diamalkan seharian.

Semak artikel 3 kami yang akan membincangkan bagaimana Taiwan, New Zealand dan Korea Selatan patut dijadikan negara teladan ketika wabak COVID-19 menyerang. 

Turut tak dilupa artikel 1 dalam siri ini tentang kisah menarik kes import di Malaysia yang anda tak pernah tahu.

Sambungan siri COVID-19 di Malaysia dari pasukan Hello Doktor:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Makan Vitamin D Untuk Cegah Jangkitan COVID-19, Berkesan Ke?

Ada yang mengatakan jika makan vitamin D dapat membantu tubuh melawan jangkitan COVID-19. Namun adakah ia benar-benar berkesan atau sebaliknya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Coronavirus, COVID-19 18/05/2020

Simptom Baru COVID-19 Mirip Penyakit Kawasaki? Kali Ini Melibatkan Kanak-kanak

Baru-baru ini, 85 kes kanak-kanak positif COVID-19 di Amerika Syarikat menunjukkan simptom yang sama dengan penyakit kawasaki. Kebetulan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 18/05/2020

TERBAHARU! Virus COVID-19 Dikesan Dalam Air Mani Manusia! Ada Potensi Merebak Melalui Hubungan Seks

Terbaharu, air mani 6 pesakit dan juga bekas pesakit COVID-19 disahkan mengandungi virus tersebut. Ia dilaporkan berlaku di sebuah hospital di China!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Coronavirus, COVID-19 15/05/2020

TERKINI! 3 Orang Pelajar UMS Pula Positif COVID-19, Apa Punca Sebenarnya?

Kes positif COVID-19 di Sabah semakin meningkat. Terbaharu, seramai 3 orang pelajar UMS didapati positif. Apa punca sebenar perkara ini berlaku?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Coronavirus, COVID-19 14/05/2020