Jangan ketinggalan untuk mendapatkan perkembangan mengenai COVID-19 di sini.

home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Nak COVID-19 Cepat Hilang? BERHENTI Buat 2 Benda Yang Selalu Dibuat Ini!

Nak COVID-19 Cepat Hilang? BERHENTI Buat 2 Benda Yang Selalu Dibuat Ini!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Penularan wabak COVID-19 kini sudah memasuki gelombang kedua dan mungkin akan berlanjutan sehingga penghujung tahun.

Pada tanggal 16 Mac lalu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan (movement control order) untuk membendung wabak ini dari terus berleluasa.

Tapi bukan harus #StayAtHome sahaja. Masih ada beberapa langkah kebersihan dan kuarantin yang kita harus lakukan.

Dan paling penting — elakkan diri daripada bersalaman dan bersentuhan sesama individu!

Artikel berkaitan:

Elak bersalam & bersentuh untuk cegah virus korona!

Baru-baru ini, tular meme di media sosial berkenaan cara menyapa individu dengan simbol gerak tangan ”Salam Wakanda” bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

Meskipun kelihatan lucu, tapi sebenarnya ada betul juga tindakan “Salam Wakanda” itu!

Ini kerana bersentuhan kulit ke kulit adalah sangat berisiko untuk menyebarkan virus korona ini.

virus korona

Tangan adalah anggota tubuh badan yang paling banyak bergerak, bekerja dan menyentuh pelbagai permukaan.

Meskipun hanya berjalan seperti biasa ke pejabat, kita tidak akan dapat mengelak daripada menyentuh tombol pintu, butang lif, suis lampu dan macam-macam lagi.

Tanpa disedari, sentuhan inilah yang akan membuatkan virus berpindah ke tangan lalu ke mata, hidung, mulut dan sebagainya akibat sentuhan tangan ke anggota badan yang lain.

Ini sangat berisiko memindahkan virus, terutamanya jika anda tidak amal teknik betul membasuh tangan dengan sabun atau hand sanitizer.

Selain sentuhan, bagaimanakah COVID-19 boleh tersebar?

Baca juga:

Seperti yang ramai sudah sedia maklum, sentuhan kulit ke kulit di antara individu sangat berisiko tinggi memindahkan virus.

Persoalannya, apakah terdapat cara lain wabak COVID-19 ini boleh tersebar?

Pada awalnya, COVID-19 telah dikenali sebagai airborne virus kerana sifatnya yang boleh tersebar melalui udara.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini mengeluarkan kenyataan ia juga boleh tersebar melalui titisan air dari hidung atau mulut orang yang telah terjangkiti.

Bagaimanakah titisan ini boleh tersebar? Caranya melalui batuk, bersin atau sekadar hembusan nafas!

Penularan virus korona boleh terjadi sekiranya anda berada dekat dengan orang yang terjangkiti dengan jarak kurang dari 2 meter.

Kita juga harus tahu COVID-19 ini adalah jenis virus yang sangat mudah disebarkan terutamanya jika ia berpunca dari seorang superspreader. Apakah ia?

Superspreader ini adalah individu yang telah menyebarkan virus dengan jumlah yang banyak sehingga mampu menjangkiti sehingga belasan orang.

Langkah kawalan pergerakan untuk cegah virus korona!

COVID-19

Kebanyakan negara telah mengeluarkan perintah lockdown untuk menyekat sebarang pergerakan rakyat dari keluar dan masuk negara bagi mencegah virus korona ini dari berleluasa.

Di Malaysia, langkah kawalan pergerakan bermula 18 Mac 2020 sehingga 30 April 2020 dan akan dikaji semula sehinggalah penularan wabak COVID-19 ini dapat dikawal dengan baik.

Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia sewajarnya tidak panik dan sila patuhi segala rencana pemimpin negara bagi membendung penularan wabak virus korona ini.

Usahlah memborong barangan mentah di pasar raya sehingga habis hanya kerana ingin mengkuarantinkan diri dan keluarga di rumah.

Selain itu, kerajaan juga telah meminta agar tiada pergerakan atau perhimpunan beramai-ramai dijalankan sepanjang tempoh yang diperintahkan ini.

Maka, sila patuhinya.

[mc4wp_form id=”115319″]

Ketahuilah bahawa kita semua perlu memainkan peranan yang penting untuk sama-sama menempuhi pandemik yang sedang melanda dunia ini.

Sebaiknya, sila amalkan langkah kebersihan seperti membasuh tangan dengan teknik yang betul menggunakan sabun atau hand sanitizer.

Dalam pada itu, tolong elak bersalam dan bersentuh sesama individu dan amalkan social distancing setiap kali berada di luar rumah!

Bersamalah kita bertanggungjawab untuk cegah virus korona ini dari terus berleluasa.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.who.int/news-room/q-a-detail/q-a-coronaviruses
  2. https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/about/transmission.html
  3. https://www.npr.org/sections/health-shots/2017/05/29/529878742/handshake-free-zones-target-spread-of-germs-in-the-hospital
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 20/04/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung