home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

2 Lagi Kluster Baharu Jangkitan COVID-19: Kenduri Di Bangi & Gereja Di Sarawak

2 Lagi Kluster Baharu Jangkitan COVID-19: Kenduri Di Bangi & Gereja Di Sarawak

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Seperti yang kita sedia maklum, perhimpunan besar-besaran boleh mempercepatkan lagi jangkitan COVID-19 antara manusia seterusnya meningkatkan lagi kes-kes positif wabak ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan 2 lagi kluster baharu yang disebabkan oleh perhimpunan beramai-ramai atau besar-besaran.

Hasil daripada siasatan yang dijalankan oleh pihak KKM, 2 kluster baharu ini ialah kluster gereja di Sarawak dan juga kluster kenduri kahwin di Bandar Baru Bangi.

Artikel berkaitan:

  • Lagi Korban COVID-19 Dari Kluster Tabligh, Ini Sebab Anda Perlu Elak Perhimpunan
  • 62% Penyebaran COVID-19 Daripada Kluster Tabligh, Adakah Ia Akan Berakhir Atau Makin Teruk?

Sebelum itu, berikut adalah bilangan semasa kes COVID-19 di Malaysia.

2 kluster jangkitan baharu; kluster gereja dan kluster kenduri kahwin

Berikut adalah maklumat berkenaan 2 kluster baharu ini:

#1. Kluster gereja di Kuching, Sarawak

kluster gereja

Kluster ini berasal dari satu perkumpulan keagamaan di sebuah gereja yang berlangsung selama 3 hari di Kuching, Sarawak. Daripada kluster gereja ini, seramai 112 orang telah disahkan positif jangkitan COVID-19 dengan butiran lanjut seperti berikut:

  • 2 kes kematian (kes ke-358 dan kes ke-2471)
  • 4 kes kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU)
  • 48 kes sedang mendapatkan rawatan di hospital
  • 47 kes sedang ditempatkan di pusat kuarantin
  • 11 kes discaj yang telah pulih daripada jangkitan
  • Jangkitan telah melibatkan sehingga generasi ke-5

Artikel berkaitan:

Walau bagaimanapun, punca jangkitan bagi kluster gereja ini masih belum dapat dikenal pasti. KKM masih berusaha mengenal pasti sama ada ia berpunca daripada jangkitan import atau jangkitan tempatan.

Kesukaran untuk mencari punca jangkitan ini adalah disebabkan jangkitan itu sendiri yang telah melibatkan sehingga generasi ke-5.

#2. Kluster kenduri kahwin di Bandar Baru Bangi

kluster kenduri

Kluster ini melibatkan satu majlis kenduri perkahwinan yang diadakan di Bandar Baru Bangi, Selangor. Kluster kenduri kahwin ini juga telah menyebabkan jangkitan sehingga generasi yang ke-5.

Setakat ini, 94 kes jangkitan telah dikesan berpunca daripada kluster kenduri ini. Berikut adalah butiran lanjut berkenaan kes daripada kluster kenduri ini:

  • 5 kes kritikal sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)
  • 74 kes sedang dirawat di hospital
  • 15 kes telah discaj setelah pulih sepenuhnya daripada jangkitan tersebut
  • Masih tiada kes kematian dilaporkan daripada kluster kenduri ini

Difahamkan, kenduri kahwin di Bandar Baru Bangi ini turut dihadiri oleh peserta perhimpunan jemaah tabligh yang diadakan di Masjid Sri Petaling sebelum ini. Ia telah dikenal pasti sebagai punca jangkitan bagi kluster kenduri ini.

Artikel berkaitan:

Jangan salahkan sesiapa

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menyeru agar semua pihak tidak menyalahkan sesiapa yang terlibat dengan jangkitan ini.

Beliau menyeru agar mana-mana pesakit atau kumpulan yang dikaitkan dengan kluster jangkitan ini tidak didiskriminasikan atau dipersalahkan.

Saling menyalahkan tidak akan sama sekali membantu bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 ini. Untuk memutuskan rantaian jangkitan dan mengurangkan risiko dijangkiti COVID-19, sila lakukan langkah-langkah seperti berikut.

Cara Yang Betul Untuk Elak Jangkitan Bakteria & Virus

Wabak Novel Virus Korona (2019nCoV) boleh berjangkit antara manusia? Oh, tidak! Pastikan kalian pakai topeng muka dengan betul, ya!Ketahui mengenai koronavirus di: http://bit.ly/31dLjPj#ncov2019 #koronavirus #HelloHealthGroup #hellodoktor #HelloHealthCoronavirus

Posted by Hello Doktor on Friday, January 31, 2020

Selain itu, antara perkara paling penting yang perlu dilakukan pada masa kini adalah dengan membantu pihak KKM mengesan mereka yang terlibat dengan kluster tersebut. Ini termasuklah ahli keluarga, rakan-rakan dan kontak rapat mereka.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Kenyataan Akhbar KPK 6 April 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/674846/covid-19-pertambahan-kes-kluster-kenduri-bandar-baru-bangi

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/563758/covid-19-kluster-gereja-belum-pasti-punca-jangkitan

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz Disemak pada 20/04/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
x