Ramai yang tidak tahu virus COVID-19 ini boleh merebak dengan sangat pantas. Kadangkala, ia boleh disebarkan oleh individu yang dia sendiri mungkin tidak tahu dirinya telahpun dijangkiti.
Setakat ini, virus ini diketahui mampu merebak dari satu individu kepada individu yang lain yang berada dalam jarak kurang daripada 1 meter. Antara cara ia merebak adalah apabila seseorang itu mempunyai hubungan yang agak rapat atau hampir dengan individu yang dijangkiti.
Selain itu, ia juga menyebar kepada individu lain melalui titisan pernafasan seperti air liur yang keluar apabila individu yang dijangkiti batuk atau bersin.
Menurut kajian, jika seseorang yang dijangkiti itu bersin atau batuk, ia boleh menjangkiti orang yang berada di sekelilingnya dalam lingkungan 6 meter!
Apa yang lebih memburukkan keadaan, vaksin bagi perlindungan daripada COVID-19 ini masih lagi tidak tersedia dan saintis masih lagi dalam proses membangunkannya.
Kepentingan untuk melakukan social distancing seperti Perintah Kawalan Pergerakan

Apakah yang dimaksudkan dengan social distancing? Social distancing adalah satu situasi di mana anda mengekalkan satu jarak yang selamat antara anda dan orang lain, sekurang-kurangnya 1 meter.
Selain itu, ia juga bermakna anda perlu mengurangkan perhubungan dengan individu lain. Antara caranya adalah dengan mengelakkan penggunaan pengangkutan awam sekiranya boleh, mengurangkan pergerakan yang tidak perlu, bekerja dari rumah dan mengelakkan sebarang perjumpaan sosial.
Dengan melakukan social distancing, maka risiko untuk anda dijangkiti virus COVID-19 ini semakin berkurangan. Bukan itu sahaja, virus COVID-19 ini juga akan lebih sukar untuk merebak kepada individu lain terutama dalam komuniti anda.
Apa yang perlu anda lakukan?
Walaupun anda mungkin menganggap diri anda sihat dan muda, tidak bermakna anda boleh keluar bersosial dan tidak dijangkiti virus ini. Virus COVID-19 ini tidak mengenal umur, bangsa, agama dan kekuatan imun tubuh anda.
Kesemuanya berisiko untuk terjejas apabila sudah dijangkiti apatah lagi dengan ketiadaan vaksin khusus pada saat ini untuk merawat jangkitan virus COVID-19.
Kami di Hello Doktor merayu kepada anda semua agar sentiasa melakukan langkah-langkah penjagaan kebersihan diri dengan maksimum. Duduk di rumah dan jangan melakukan sebarang pergerakan yang tidak perlu agar anda dapat mengurangkan sebarang risiko jangkitan.
Ingatlah, Perintah Kawalan Pergerakan ini dilakukan bukan sahaja untuk menyelamatkan diri anda, tetapi juga nyawa individu lain. Sentiasa patuhi segala arahan daripada pihak berkuasa dari masa ke masa. Please Stay At Home!
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Baca juga: