home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Rakyat Malaysia Digesa Patuhi PKP, Tapi Golongan Artis Masih Kurang Prihatin?

Rakyat Malaysia Digesa Patuhi PKP, Tapi Golongan Artis Masih Kurang Prihatin?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Seluruh dunia kini sedang terjejas teruk akibat pandemik wabak COVID-19 yang sedang melanda.

Banyak negara besar seperti China, Itali, Sepanyol dan Perancis memutuskan untuk melakukan lockdown bagi memastikan penularan virus korona baharu ini tidak berleluasa dengan lebih teruk lagi.

Malangnya, negara kita juga tidak terkecuali daripada menjadi mangsa penularan virus korona baharu ini.

Berikut adalah statistik terkini kes COVID-19 di Malaysia:

Disebabkan itu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan rakyat untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

Pun begitu, beliau telah membuat keputusan untuk memanjangkan tempoh PKP selama 2 minggu lagi selepas tarikh itu tamat dalam usaha untuk benar-benar memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Dalam erti kata lain, Malaysia masih akan meneruskan PKP ini sehinggalah tarikh 14 April 2020 atau mungkin lebih panjang lagi – bergantung kepada keadaan semasa.

Apa persepsi orang awam terhadap PKP?

covid

Hakikatnya, majoriti rakyat negara kita tidak bersetuju dengannya.

Jika dilihat pada 2 minggu pertama perintah ini dijalankan, kita dapat lihat ramai orang awam yang melanggar perintah.

Kebanyakannya mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman serta masih lagi berada di luar rumah tanpa sebarang sebab yang kukuh.

Mungkin ini yang anda boleh lakukan di rumah ketika PKP:

Namun, segalanya kelihatan lebih baik ketika ini selepas pihak kerajaan mengerahkan pasukan tentera untuk bekerjasama dengan pihak polis bagi memantau pergerakan orang awam.

Kesan dari PKP ini, kita dapat melihat graf jangkitan virus korona baharu ini tidaklah meningkat dengan terlalu drastik seperti yang berlaku di negara Amerika Syarikat ketika ini.

Ini bermakna, PKP adalah langkah yang perlu disambut baik oleh semua rakyat Malaysia dalam usaha untuk melawan pandemik yang melanda dunia ketika ini tanpa mengira walau siapapun anda.

Golongan artis tidak mahu patuhi PKP?

Beberapa hari sebelum bermulanya PKP (18 Mac 2020), ada segelintir selebriti Malaysia yang dikecam hebat oleh netizen kerana dilihat masih berada di luar negara untuk melancong dan urusan kerja.

Antara selebriti yang dikecam hebat di alam maya itu adalah Liyana Jasmay, Farah Nabilah dan Alvin Chong.

Pelakon dan Penyanyi, Liyana Jasmay dikritik oleh netizen kerana telah memuat naik gambar di Instagram ketika sedang melancong di Victoria, Australia saat penularan virus korona baharu.

Lebih mengejutkan, ramai pengguna Instagram yang lain telah menghamburkan pelbagai kata kesat dan meminta figura ini untuk tidak pulang ke Malaysia.

Selepas menyedari situasi tersebut, aktres berusia 21 tahun itu memutuskan untuk memendekkan percutian dan akan pulang ke negara tepat pada waktu PKP bermula.

View this post on Instagram

Enjoying my last sunset before I go home. ❤️

A post shared by Alvin Chong (@alvinchong123) on

Begitu juga situasi yang berlaku kepada pelakon dan penyanyi, Alvin Chong.

Dia memuat naik gambar di Instagram ketika berada di New York sehari sebelum PKP bermula.

Jadi, ramai netizen yang tertanya-tanya sama ada sempat atau tidak untuknya pulang ke negara sebelum PKP bermula pada keesokan harinya?

Akibat perbuatannya itu, ramai netizen mencadangkan jejaka ini agar tidak pulang ke Malaysia dan hanya berkuarantin di Amerika sahaja.

View this post on Instagram

Not ready to leave this paradise @hurawalhi ?

A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on

Pasangan yang baru sahaja berkahwin iaitu pelakon popular Farah Nabilah dan suaminya Amirul Yunus juga tidak terkecuali dari kecaman masyarakat alam maya kerana dilihat bercuti di Maldives pada 10 March 2020.

Namun, aktres berusia 28 tahun itu kemudiannya cuba meredakan kemarahan netizen dengan memberitahu dia dan suami akan mematuhi perintah kuarantin sebaik sahaja tiba di Malaysia.

Pelakon yang dikenali dengan panggilan Fawa ini juga menyatakan sepanjang berada di situ, mereka mengamalkan langkah kebersihan dan keselamatan bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Mahu COVID-19 reda? Sila patuhi PKP!

Pun begitu, kesemua artis yang dikatakan tidak mematuhi PKP ini dilihat berada di luar negara sebelum tempoh PKP ini bermula.

Sebaik sahaja ia bermula, seakan tiada berita yang mengatakan golongan artis mahupun orang awam yang keluar negara ekoran sekatan yang dilakukan oleh kerajaan di lapangan terbang.

Selain itu, amalkan langkah di bawah ini untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19:

Cara Yang Betul Untuk Elak Jangkitan Bakteria & Virus

Wabak Novel Virus Korona (2019nCoV) boleh berjangkit antara manusia? Oh, tidak! Pastikan kalian pakai topeng muka dengan betul, ya!Ketahui mengenai koronavirus di: http://bit.ly/31dLjPj#ncov2019 #koronavirus #HelloHealthGroup #hellodoktor #HelloHealthCoronavirus

Posted by Hello Doktor on Friday, January 31, 2020

Ternyatalah majoriti rakyat negara kita menyambut baik perintah ini dengan baik. Namun, tidak dinafikan masih ada yang berdegil dan tindakan selanjutnya wajar diambil terhadap mereka.

Akhir kata, sentiasalah kekal berada di rumah untuk sama-sama memutuskan rantaian jangkitan virus korona baharu ini sekali gus membantu Malaysia menjadi negara yang berjaya melawan pandemik COVID-19!

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.scmp.com/lifestyle/entertainment/article/3076399/crazy-rich-malaysians-insensitive-celebrities-face-social
  2. https://beautifulnara.com/kes-covid-19-semakin-meningkat-netizen-bengang-artis-masih-seronok-bercuti-di-luar-negara/
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak pada 08/04/2020
x