Contohi Tun M- Masih Belum Disahkan Positif Covid-19, Tapi Sukarela Kuarantin Diri!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah dikuarantinkan pada 19 Mac 2020 berikutan mengalami kontak rapat dengan individu yang telah disahkan positif virus korona baharu (COVID-19).

Beliau, dengan sukarelanya, menjalani kuarantin di kediamannya bagi mengelakkan penularan wabak sekiranya nanti disahkan positif. 

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

3,793

Disahkan

1,241

Sembuh

62

Kes Kematian
Peta sebaran
Statistik Kes

3,793

Disahkan

1,241

Sembuh

62

Kes Kematian

Negarawan yang berusia 95 tahun itu pernah mengambil gambar dengan Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii Lee Wuen yang telah disahkan positif COVID pada 17 Mac 2020. Beliau kini dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Menurut Dr Kelvin melalui akaun Facebooknya, beliau telah disahkan positif setelah mengalami kontak rapat dengan Ahli Parlimen Sarikei Andrew Wong Ling Biu yang disahkan positif pada 15 Mac 2020.

Wabak virus korona baharu merupakan wabak pertama di dalam keluarga coronaviridae yang telah diisytiharkan sebagai jangkitan pandemik.

Jumlah mereka yang dijangkiti menghampiri 250,000 dan angka kematian telahpun melebihi 10,000 individu.

Bagi mengelakkan penyebaran berlaku dalam kalangan orang tempatan, langkah paling mudah yang boleh diambil adalah dengan mematuhi perintah kawalan pergerakan.

Baca juga:

89 Rakyat Malaysia Yang Bakal Pulang Dari Himpunan Tabligh Sulawesi Akan Dikuarantin Mandatori

Perintah kawalan pergerakan dilaksana untuk kesejahteraan bersama

kontak rapat

Dr Mahathir kekal ceria meskipun berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID. Beliau turut menasihati orang ramai untuk mematuhi arahan kuarantin sekiranya disahkan positif oleh doktor.

Perkara ini bukan sahaja bagi memastikan jumlah mereka yang dijangkiti menurun malah untuk menjaga keharmonian sejagat. 

Jika kita mengingkari arahan tersebut, individu lain (kontak rapat) akan turut mengalami implikasi yang sama sekiranya anda mempunyai jangkitan COVID.

Simptom tidak boleh menjadi satu tanda aras bagi jangkitan wabak tersebut. Ini berikutan kebanyakan individu tidak menunjukkan sebarang gejala pada peringkat awal jangkitan. 

Menurut satu kajian, di Singapura, 48% jangkitan yang berlaku adalah disebabkan oleh individu yang berjangkit tetapi tidak menunjukkan sebarang simptom.

Ia jelas menunjukkan kesan yang bakal berlaku sekiranya perintah kawalan pergerakan tidak dipatuhi dengan sebaiknya.

Pengesanan kontak rapat sukar untuk dilakukan

kontak rapat

Terdapat individu yang memperlekehkan arahan untuk duduk di rumah bagi mengelak virus korona baharu. Ujarnya, jika sudah sampai ajal, maka akan mati juga.

Hakikatnya, apabila COVID menjangkiti seseorang, ia bukan sahaja akan memberi implikasi kepada individu itu. Ia mudah tersebar kepada individu lain melalui titisan udara, kontak rapat dan aktiviti sosial.

Baca juga:

Naik Bas Balik Kuantan, Pemuda Positif COVID-19 Bakal Tambah Jumlah Kes Di Malaysia?

Setiap individu yang disahkan positif akan diisolasikan. Mereka kemudiannya akan ditanya soalan berkenaan dengan sejarah kesihatan dan kontak rapat. 

Proses ini memakan masa dan setiap individu yang mempunyai kontak rapat akan dipanggil untuk membuat ujian saringan. Ia bukanlah satu perkara yang mudah.

Jika pegawai kesihatan terlepas pandang akan satu individu yang terjangkit daripada pesakit, ia berupaya untuk menyebarkannya kepada individu lain.

Perkara ini boleh menyebabkan jangkitan virus berskala besar bergantung kepada tahap kepatuhan mereka terhadap perintah kawalan pergerakan.

Konklusi

Temubual eksklusif yang dilakukan oleh TV3 berkenaan dengan pengalaman Dr Mahathir ketika kuarantin menunjukkan beliau komited untuk membantu menghapuskan wabak ini.

Menurut beliau, disiplin merupakan aspek terpenting dalam memastikan seseorang individu itu mematuhi arahan untuk berkuarantin.

Walaupun tidak boleh keluar dari rumah dan bertemu dengan orang lain, Dr Mahathir kekal positif dan bersyukur kerana masih hidup.

Marilah bersama-sama kita contohi komitmen Bekas Perdana Menteri kita dan mematuhi perintah kawalan pergerakan yang diisytiharkan oleh kerajaan. Elakkan kontak rapat dengan individu lain.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Tarikh Reviu: Mac 20, 2020 | Kali terakhir kemaskini: April 5, 2020

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut