MENGEJUTKAN! Alkohol & Suhu Tinggi Boleh Bunuh Virus Korona Baharu?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan

Seantero dunia kini sedang dalam kebimbangan ekoran penularan virus korona di Wuhan (2019-nCov) yang semakin merebak ke seluruh pelosok dunia.

Sehingga tarikh artikel ini ditulis (4 Februari 2020), wabak berbahaya ini telah menjangkiti lebih 9,000 orang dan sudah meragut lebih 200 nyawa! Angka yang menakutkan ini dijangka akan meningkat lagi dari masa ke semasa.

Namun, dikatakan virus ini mampu dibunuh dengan menggunakan alkohol dan suhu tinggi! Adakah kenyataan ini benar?

Benarkah alkohol dan suhu tinggi boleh membunuh virus korona baharu?

Pada mulanya, virus korona di Wuhan ini dianggap tidak akan tersebar keluar dengan terlalu cepat dari negara China. Namun, kini ternyata virus tersebut telah merebak ke beberapa buah negara lain di seluruh dunia.

Disebabkan itu, pada 31 Januari 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akhirnya terpaksa mendeklarasikan penyakit yang disebabkan oleh virus 2019-nCov ini sebagai kecemasan kesihatan global

Dalam erti kata yang lain, wabak berbahaya ini bukan lagi satu penyakit yang boleh dipandang ringan oleh masyarakat sejagat.

Apa yang membimbangkan masyarakat adalah virus korona di Wuhan ini masih lagi tidak mempunyai sebarang vaksin untuk merawatnya. Ekoran itu, pelbagai kajian telah dijalankan untuk mencari ubatan yang efektif bagi melawan virus korona baharu ini.

Menurut seorang ahli epidemiologi dari China, Li Lanjuan, ada 2 perkara yang mungkin mampu membunuh virus ini iaitu alkohol dan suhu tinggi!

virus korona di Wuhan

Alkohol, pembasmi virus yang sangat kuat

Menurut WHO, alkohol mampu mengurangkan jumlah virus dalam tubuh badan, terutamanya flu. Memandangkan virus ini juga adalah sejenis virus korona yang menyebabkan simptom seakan flu, jadi alkohol mungkin boleh membantu.

Ini kerana 70% ethyl yang terkandung dalam alkohol adalah pembasmi virus yang cukup kuat. Disebabkan itu, ia sering digunakan untuk mencuci permukaan barangan yang berukuran kecil seperti termometer suhu dan lain-lain.

Alkohol berfungsi membunuh virus melalui proses denaturasi – penambahan satu atau lebih bahan kimia pada etanol. Untuk pengetahuan anda, alkohol yang sudah melalui proses ini tidak boleh diminum dan hanya boleh diguna untuk kegunaan luaran sahaja.

Molekul alkohol mengandungi zat kimia amphiphile, yang sangat berkait rapat dengan air dan lemak.

Membran virus pula kebiasaannya juga mengandungi air dan lemak. Jadi, penggabungan kedua-dua zat ini akan mengakibatkan kehancuran membran pelindung virus tersebut.

Ia kemudiannya akan menyebabkan virus ini pecah, larut, kehilangan struktur serta seterusnya berhenti berfungsi. Dalam erti kata yang lebih mudah, alkohol mampu mencairkan virus yang terdapat dalam tubuh badan manusia dengan membunuhnya. 

Jadi, adakah dengan meminum alkohol akan mampu membunuh virus?

Tidak, ini kerana virus korona ini tidak mampu dibunuh hanya dengan minum alkohol biasa. Sebaliknya, alkohol perlu menjalani proses denaturasi terlebih dahulu sebelum mampu membunuh apa-apa jenis virus.

Dalam pada itu, kajian lanjutan masih perlu dijalankan untuk benar-benar memastikan jika alkohol yang telah melalui proses denaturasi ini mampu atau tidak membunuh virus korona 2019-nCov.

virus korona di Wuhan

Suhu tubuh badan tinggi mungkin mampu membunuh virus korona baharu

Untuk pengetahuan anda, suhu tubuh badan kita akan naik sekiranya dijangkiti sebarang virus dan akan menyebabkan demam ekoran kehadiran bahan kimia pirogen.

Pirogen kemudiannya akan memasuki hipotalamus di otak yang berfungsi mengawal suhu tubuh badan. Akibatnya, suhu tubuh badan akan meningkat jika bahan kimia ini mengganggu reseptor yang terdapat dalam otak.

Kebanyakan virus dapat hidup dengan baik sekiranya suhu tubuh badan anda dalam keadaan normal. Namun, suhu yang tinggi mungkin akan mengganggu virus ini kerana sistem imun tubuh badan telah diaktifkan.

Menurut WHO, hampir kesemua virus, bakteria atau protozoa dalam air akan mati apabila berada pada suhu di bawah 100° C.

Menurut kajian yang dijalankan, virus yang diletakkan dalam air akan mati apabila suhu air tersebut meningkat sekitar 60° C dan 65° C. 

Jadi, kemungkinan besar virus yang terdapat dalam tubuh badan manusia akan mati sekiranya suhu tubuh badan kita adalah tinggi. Persoalannya, bagaimana untuk kita mendapatkan suhu tubuh badan yang tinggi ini? Jadi, ia adalah sesuatu yang agak sukar direalisasikan.

Sama seperti alkohol, kajian lanjutan masih perlu dijalankan untuk benar-benar memastikan bahawa suhu tubuh badan yang tinggi mampu atau tidak membunuh virus korona baharu ini.

Dalam pada itu, kajian lanjutan masih perlu dijalankan untuk benar-benar memastikan bahawa alkohol yang telah melalui proses denaturasi mampu atau tidak membunuh virus korona baharu ini.

virus korona di Wuhan

Virus korona di Wuhan, bagaimana mencegahnya?

Seperti yang kita tahu, alkohol dan suhu tubuh badan yang tinggi mungkin boleh membunuh virus korona baharu ini. Namun, kedua-dua perkara ini masih belum terbukti keberkesanannya terhadap manusia.

Jadi, apa yang boleh dilakukan untuk mencegahnya?

Konklusi

Kesimpulannya, alkohol dan suhu tinggi mungkin merupakan antara perkara yang boleh dititikberatkan dalam usaha merawat virus korona di Wuhan ini pada masa akan datang.

Akan tetapi, ia masih belum terbukti untuk masa sekarang. Sementara itu, tiada sebarang vaksin yang boleh digunakan untuk merawat virus ini.

Jadi, mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya. Oleh itu, bersamalah kita mengamalkan langkah-langkah mengelakkan virus ini daripada terus berleluasa!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronavirus

Baca juga:

Tarikh Reviu Februari 5, 2020 | Kali terakhir kemaskini: Februari 18, 2020

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut