backup og meta

Dunia Berdepan Dengan 4 Isu Kesihatan Awam Tahun 2020, Bukan Cuma COVID-19!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/08/2020

    Dunia Berdepan Dengan 4 Isu Kesihatan Awam Tahun 2020, Bukan Cuma COVID-19!

    2019 merupakan tahun yang agak sukar lagi mencabar bagi petugas kesihatan di seantero dunia.

    Manakan tidak, kita telah diserang oleh pelbagai penyakit bertaraf pandemik iaitu COVID-19 serta epidemik seperti denggi, chikungunya, zika dan lain-lain pada masa yang sama.

    Bukan itu sahaja, penyakit yang berjaya dikawal sekian lama oleh perubatan moden seperti demam campak telah kembali akibat dari tindakan ibu bapa berfahaman antivaksin.

    Penyakit berkaitan paru-paru juga kian membimbangkan akibat peningkatan jumlah perokok sama ada rokok tradisional atau rokok elektronik dalam kalangan remaja.

    Kesemua ini merupakan isu kesihatan global yang sangat menakutkan dan akan menjadi lebih teruk sekiranya tiada sebarang tindakan yang diambil.

    Menurut Pengarah Neil Maniar Program Kesihatan Awam Northeastern University, Amerika Syarikat, terdapat 4 isu paling utama yang perlu kita semua hadapi dan tangani pada tahun 2020 ini.

    Apakah ia agaknya?

    4 isu kesihatan awam paling utama pada tahun 2020

    Sudah terang lagi bersuluh, pandemik COVID-19 adalah isu paling utama yang perlu kita semua hadapi dan tangani dengan baik.

    Meskipun jumlah kes di Malaysia dilihat semakin baik sejak akhir-akhir ini, tapi kita tidak boleh leka.

    Lihat sahaja apa yang terjadi kepada negara tertentu apabila mereka menyangka penularan virus korona baharu itu sudah berakhir.

    Muncul pula gelombang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya.

    covid-19

    Adakah anda sebagai rakyat Malaysia mahu itu terjadi? Jika tidak, sila amalkan normal baharu sehingga kita semua benar-benar selamat!

    Dalam pada itu, apakah isu kesihatan global yang diperkatakan oleh Maniar tadi?

    #1. Akses penjagaan kesihatan

    Di Malaysia, akses penjagaan kesihatan berada pada tahap yang bagus dan negara kita telah diklasifikasikan sebagai antara 5 negara terbaik di dunia dalam persiapan memerangi COVID-19.

    Pun begitu, akses ini perlu dinilai secara total terhadap populasi manusia di seluruh dunia.

    Di negara maju seperti Amerika Syarikat, akses penjagaan kesihatan masih kurang baik.

    Kos yang mahal, perlindungan insurans dan pemberian servis kurang memuaskan merupakan antara isu utama seperti yang dinyatakan oleh U.S. Office of Disease Prevention and Health Promotion (ODPHP).

    Kesannya, ia akan menjadikan individu tidak dapat akses penjagaan kesihatan yang setimpal lebih-lebih lagi jika mereka tinggal di negara mundur taraf ekonominya.

    #2. Keganasan dan trauma

    Lebih dari 2,312 kes tembakan rambang telah dicatatkan di Amerika Syarikat sejak kes yang berlaku pada tahun 2012 di Sandy Hook Elementary School.

    Manakala di negara kita kes keganasan dan trauma banyak dikaitkan dengan penderaan fizikal dan mental yang sering jadi paparan depan dada akhbar.

    Akibatnya, ia sudah pasti akan menyebabkan trauma kepada individu serta masyarakat sejagat yang terlibat terutamanya kepada golongan yang mudah terjejas seperti kanak-kanak.

    Menurut National Institutes of Health (NIH), akan berlaku banyak kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan mental dan fizikal individu termasuklah:

    • Gangguan tidur
    • Kegelisahan
    • Kemurungan
    • Rasa terasing dari masyarakat
    • Bunuh diri

    bunuh diri

    #3. Isolasi sosial

    Menurut soal selidik yang dijalankan oleh Cigna berkaitan isolasi sosial, hampir separuh responden menyatakan mereka kesunyian atau kesepian.

    Dalam pada itu, kira-kira 40% responden pula mengatakan bahawa perhubungan mereka dengan individu lain juga adalah sangat membimbangkan.

    Masyarakat di Malaysia juga tidak terkecuali dalam hal ini lebih-lebih lagi mereka yang pernah terlibat dalam kes dera atau buli sama ada secara berdepan atau atas talian.

    Kesannya, ia akan membuat tahap kesihatan awam menjadi lebih teruk seperti peningkatan kes serangan jantung, obesiti, tekanan darah tinggi serta gangguan mental.

    #4. Bekalan makanan bernutrisi

    Hakikatnya, tidak semua negara di dunia ini mempunyai bekalan makanan bernutrisi yang mencukupi.

    Ambil contoh negara mundur di benua Afrika, ramai kanak-kanak yang kurang zat, malnutrisi dan menghidapi kondisi kesihatan akibat pemakanan yang sangat tidak sihat.

    Bahkan di negara maju dan kaya seperti Amerika Syarikat juga, dianggarkan kira-kira 17.4 juta rakyat di sana mengalami masalah ini pada tahun 2014.

    Situasi di Malaysia juga lebih kurang sama sahaja lebih-lebih lagi buat keluarga yang mempunyai pendapatan minimum dan tinggal di kawasan pedalaman.

    Kesan jangka panjangnya boleh mengakibatkan individu menghidapi pelbagai penyakit kronik, kurang zat, malnutrisi dan kelaparan yang boleh membawa kematian.

    kesihatan awam

    Fokus kesihatan awam bukan hanya pada COVID-19

    Bersempena Hari Populasi Dunia pada 11 Julai ini, marilah kita bersama-sama mengingatkan satu sama lain bahawa fokus kita pada tahun 2020 tidak harus pada COVID-19 semata-mata.

    Lebih-lebih lagi kini penularan virus Japanese Encephalitis (JE),  sudah mula dikesan di Malaysia, kita semua haruslah lebih berwaspada terhadap setiap jenis penyakit yang wujud.

    Dalam pada itu, jangan sesekali kita mengabaikan 4 isu kesihatan awam yang diutarakan di atas ini bagi menjamin kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan global yang lebih baik.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/08/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan