backup og meta

5 Cara Ini Confirm Boleh Legakan Sakit Kepala Di Rumah, Sudah Terbukti Berkesan!

5 Cara Ini Confirm Boleh Legakan Sakit Kepala Di Rumah, Sudah Terbukti Berkesan!

Sudah banyak cara dan tips hilang sakit kepala yang anda gunakan, tapi masih kurang berkesan? Apa kata anda amalkan cara hilangkan sakit kepala lain yang kami kongsikan di bawah ini. Ia sesuai untuk melegakan jenis sakit kepala ringan di rumah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Sistem Saraf & Otak, anda boleh klik di sini.

Punca sakit kepala berlaku

tips hilang sakit kepala
Antara jenis-jenis sakit kepala.

Sakit kepala boleh berlaku disebabkan oleh beberapa punca. Sesetengah punca ini pula mungkin lebih serius berbanding yang lain.

Kajian menunjukkan bahawa faktor pemakanan dan gaya hidup tertentu boleh meningkatkan risiko seseorang untuk mengalami sakit kepala. Antaranya termasuklah:

Walau bagaimanapun, kecederaan serius dan masalah kesihatan tertentu juga boleh menyebabkan sakit kepala terjadi.

Tips hilang sakit kepala

Ada beberapa remedi atau cara hilangkan sakit kepala yang boleh anda cuba di rumah.

Ini kerana ia mudah untuk dilakukan dan hanya melibatkan penggunaan bahan atau perubahan tabiat yang tidak begitu sukar.

Antara cara hilangkan sakit kepala tersebut ialah:

#1. Ambil magnesium

Magnesium ialah sejenis mineral penting yang diperlukan untuk pelbagai fungsi dalam badan.

Ini termasuklah pengawalan gula darah dan penghantaran isyarat saraf.

Menariknya, magnesium juga telah terbukti sebagai ubat yang selamat dan berkesan untuk melegakan sakit kepala.

Kajian ada menunjukkan bahawa kekurangan magnesium adalah lebih biasa dalam kalangan mereka yang mengalami sakit kepala migrain dengan kerap berbanding mereka yang tidak mengalaminya.

Walau bagaimanapun, pengambilan suplemen magnesium boleh menyebabkan kesan sampingan pencernaan seperti cirit-birit pada sesetengah orang.  

#2. Tips hilang sakit kepala: Tidur dengan mencukupi

tips hilang sakit kepala
Tidur boleh legakan sakit kepala.

Kurang tidur boleh memudaratkan kesihatan anda dalam banyak cara dan ia juga mungkin menyebabkan sakit kepala pada sesetengah individu.

Malah, kajian turut menunjukkan bahawa kualiti tidur yang buruk dan insomnia dikaitkan dengan peningkatan kekerapan dan keterukan sakit kepala.

Apnea tidur dikaitkan dengan sakit kepala pada waktu pagi, manakala insomnia pula dikaitkan dengan peningkatan keterukan sakit kepala pada mereka yang mengalami sakit kepala tegang.

Walau bagaimanapun, terlalu banyak tidur juga boleh mencetuskan sakit kepala.

Oleh itu, pastikan anda mendapat jumlah waktu rehat dan tidur yang mencukupi setiap hari untuk melegakan sakit kepala.

#3. Cara hilang sakit kepala tanpa ubat: Elak makanan tinggi histamin

Salah satu tips hilang sakit kepala adalah dengan mengelakkan histamin. Histamin merupakan sejenis bahan kimia yang terdapat secara semula jadi dalam badan.

Ia memainkan peranan dalam sistem imun, pencernaan dan juga saraf. Histamin terdapat dalam jenis makanan tertentu seperti keju, makanan yang ditapai, wain, ikan salai dan daging yang diawet.

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan histamin boleh menyebabkan migrain pada mereka yang sensitif terhadapnya.

Sesetengah individu pula tidak dapat mengeluarkan histamin dengan betul kerana enzim yang bertanggungjawab untuk menguraikan histamin telah rosak atau tidak berfungsi dengan baik.

Oleh itu, tidak mengambil makanan yang kaya histamin boleh membantu mengurangkan gejala seperti sakit kepala pada mereka yang sensitif terhadap histamin.

#4. Tips hilang sakit kepala: Minum banyak air

tips hilang sakit kepala
Minum air untuk legakan sakit kepala.

Penghidratan yang tidak mencukupi boleh menyebabkan anda mengalami sakit kepala. Kajian telah menunjukkan bahawa dehidrasi adalah punca biasa sakit kepala terjadi.

Lebih-lebih lagi, dehidrasi boleh menjejaskan tumpuan dan menyebabkan kerengsaan, lalu menjadikan gejala sakit kepala kelihatan lebih teruk.

Kajian ada mencadangkan bahawa minum lebih banyak air boleh membantu mengurangkan kejadian sakit kepala, tempoh, dan keterukan pada sesetengah individu.

#5. Tips hilangkan pening kepala: Elak makanan dengan nitrit dan nitrat

Salah satu cara atau tips hilang sakit kepala adalah dengan mengelakkan makanan yang mengandungi nitrit dan nitrat.

Nitrat dan nitrit ialah bahan pengawet makanan yang biasa ditambahkan pada produk seperti sosej dan daging diproses lain untuk memastikan ia segar dengan menghalang pertumbuhan bakteria.

Makanan yang mengandungi nitrit atau nitrat telah terbukti boleh mencetuskan sakit kepala pada sesetengah individu.

Nitrit boleh mencetuskan sakit kepala dengan menyebabkan pengembangan saluran darah.

Oleh itu, kurangkan pengambilan makanan atau produk daging yang diproses untuk mengelakkan sakit kepala berlaku. 

Kesimpulan

Tips hilangkan pening kepala yang kami kongsikan ini boleh dilakukan dan diamalkan di rumah kerana ia sangat mudah dan berkesan.

Namun ia hanya sesuai untuk sakit kepala ringan sahaja, bukannya untuk sakit kepala yang kronik atau berpunca daripada penyakit lain. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Dolati, S., Rikhtegar, R., Mehdizadeh, A., & Yousefi, M. (2020). The Role of Magnesium in Pathophysiology and Migraine Treatment. Biological trace element research, 196(2), 375–383. https://doi.org/10.1007/s12011-019-01931-z. Diakses pada Februari 23, 2023. 

Pergolizzi, J. V., Jr, Magnusson, P., LeQuang, J. A., Wollmuth, C., Taylor, R., Jr, & Breve, F. (2020). Exploring the Connection Between Sleep and Cluster Headache: A Narrative Review. Pain and therapy, 9(2), 359–371. https://doi.org/10.1007/s40122-020-00172-6. Diakses pada Februari 23, 2023. 

Kim, J., Cho, S. J., Kim, W. J., Yang, K. I., Yun, C. H., & Chu, M. K. (2017). Insomnia in tension-type headache: a population-based study. The journal of headache and pain, 18(1), 95. https://doi.org/10.1186/s10194-017-0805-3. Diakses pada Februari 23, 2023. 

Yuan, H., & Silberstein, S. D. (2018). Histamine and Migraine. Headache, 58(1), 184–193. https://doi.org/10.1111/head.13164. Diakses pada Februari 23, 2023. 

Arca, K. N., & Halker Singh, R. B. (2021). Dehydration and Headache. Current pain and headache reports, 25(8), 56. https://doi.org/10.1007/s11916-021-00966-z. Diakses pada Februari 23, 2023. 

Gazerani P. (2021). A Bidirectional View of Migraine and Diet Relationship. Neuropsychiatric disease and treatment, 17, 435–451. https://doi.org/10.2147/NDT.S282565. Diakses pada Februari 23, 2023. 

Versi Terbaru

09/01/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ini Punca dan Simptom-Simptom Sakit Saraf, Boleh Berlaku Kepada Semua Orang!

Aduh, Kerap Sakit Belakang Kepala Hingga Rasa Tegang, Ini 7 Punca Mengapa Ia Terjadi


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 09/01/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan