backup og meta

Antroskopi Pergelangan Tangan

Ketahui asas-asasnya

Apa itu Antroskopi Pergelangan Tangan?

Artroskopi (pembedahan lubang kunci) adalah prosedur yang dijalankan untuk memerhatikan struktur dalaman sendi dengan memasukkan wayar dengan kamera dan cahaya yang dipasanhlg pada bahagian atas wayar ke dalam sendi melalui insisi kecil yang dibuat di atas kulit. Apabila melakukan Artroskopi, pakar bedah boleh merawat masalah sendi lain dengan memasukkan beberapa instrumen pembedahan khas ke dalam sendi dengan cara yang sama seperti kamera.

Mengapa Artroskopi Pergelangan Tangan dilakukan?

Doktor anda akan mengarahkannya jika anda mengalami salah satu daripada isu berikut:

  • Kesakitan pergelangan tangan: Artroskopi membolehkan pakar bedah untuk mengetahui punca sakit pergelangan tangan anda.
  • Membuang hidrosista: ini adalah poket kecil yang mengandungi cecair dari sendi pergelangan tangan. Ia biasanya tidak berbahaya tetapi boleh menyebabkan kesakitan dan menghadkan pergerakan pergelangan tangan.
  • Ligamen yang pecah: ligamen adalah jalur tisu yang menyambungkan di antara tulang-tulang. Sesetengah ligamen di pergelangan tangan memastikan tulang karpal stabil dan membolehkan pergelangan tangan bergerak dengan mudah. Ligamen yang pecah boleh dirawat melalui pembedahan ini.
  • Sindrom terowong Karpus: Sindrom terowong Carpal berlaku apabila saraf yang melalui beberapa tulang dan tisu di pergelangan tangan anda bengkak dan dirangsang. Dengan Artroskopi, kawasan yang dilalui saraf tersebut diperluaskan untuk melegakan tekanan dan kesakitan.
  • Pergelangan tangan patah: Artroskopi boleh dilakukan untuk membuang serpihan tulang dan menyusun semula tulang pergelangan tangan anda.

Faktor-faktor Risiko

Apakah risiko Artroskopi di Pergelangan Tangan?

Artroskopi pergelangan tangan biasanya hanya menggunakan insisi yang sangat kecil pada kulit, berbanding pembedahan tradisional. Ia mempunyai lebih banyak kelebihan:

  • Kurang kesakitan dan kekakuan;
  • Kurang komplikasi yang berlaku;
  • Pulih lebih cepat dari pembedahan.

Insisi kecil biasanya pulih dengan cepat dan anda dapat kembali ke aktiviti normal dengan cepat dalam masa beberapa hari selepas pembedahan. Walau bagaimanapun, jika pembedahan menjejaskan tapak besar di sendi pergelangan tangan, ia mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk pergelangan tangan sembuh sepenuhnya.

Ahli fisioterapi anda akan membimbing anda melakukan beberapa latihan kecil di jari dan tangan. Ini boleh membantu pergelangan tangan anda boleh berfungsi dengan normal dan fleksibel seperti dahulu.

Komplikasi umum dari Artroskopi adalah seperti berikut:

  • Sakit;
  • Pendarahan;
  • Jangkitan di tapak pembedahan (luka);
  • Tidak estetik

Komplikasi khas apabila menjalani Artroskopi pergelangan tangan termasuklah :

  • Pendarahan ke dalam sendi;
  • Jangkitan di sendi pergelangan tangan
  • Kesakitan yang luar biasa, kekakuan dan kehilangan keupayaan untuk menggunakan lengan, tangan (sindrom sakit kompleks sekawasan);
  • Kerosakan saraf;
  • Luka di tendon

Adalah penting anda memahami risiko dan komplikasi sebelum menjalani pembedahan ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut.

Ketahui apa yang berlaku

Apakah persediaan yang perlu saya lakukan sebelum menjalani Artroskopi pergelangan tangan?

Terdapat pelbagai kaedah anestetik. Doktor anda dengan jelas akan memberi arahan kepada anda apa yang perlu dilakukan sebelum pembedahan, termasuk apa yang anda boleh makan sebelum itu. Dalam kebanyakan kes, anda perlu memulakan puasa selama enam jam sebelum pembedahan. Anda boleh minum, seperti kopi, beberapa jam sebelum pembedahan.

Apa yang berlaku semasa Artroskopi pergelangan tangan?

Pembedahan biasanya akan mengambil 40 minit.

Pakar bedah akan membuat 2-4 insisi kecil di sekeliling sendi. Dia akan masukkan prob kecil ke dalam salah satu dari insisi untuk melihat di dalam sendi. Sekiranya pakar bedah melihat beberapa kecederaan pada sendi yang boleh dirawat dengan segera semasa pembedahan, dia akan mengambil instrumen pembedahan dan memasukkannya ke dalam sendi melalui insisi yang lain.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan, sila berunding dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut.

Pemulihan

Apa yang berlaku selepas Artroskopi pergelangan tangan?

Anda boleh balik ke rumah pada hari yang sama.

Ahli terapi fizikal anda akan mengajar anda beberapa latihan dan memberikan nasihat untuk membantu anda pulih sebaik sahaja pembedahan. Anda mungkin mengambil masa tiga bulan untuk kembali melakukan aktiviti seperti biasa.

Bersenam secara kerap akan membantu anda untuk kembali ke aktiviti normal secepat mungkin. Sebelum anda mula bersenam, minta nasihat pegawai perubatan atau doktor anda.

Kebanyakan orang boleh pulih dengan cepat tetapi proses untuk mengurangkan kesakitan dan kembali melakukan aktiviti seperti biasa akan mengambil masa lebih lama. Simptom-simptomnya mungkin berulang dalam satu jangka masa.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Arthroscopy of the wrist. https://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/007585.htm. Diakses Mei 30, 2016.

Versi Terbaru

27/11/2019

Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Mohammad Nazri Zulkafli


Artikel Berkaitan

Pembedahan Buat Lesung Pipit Palsu Berbahaya? 9 Risiko Ini Mungkin Berlaku!

Minyak Ikan, Jangan Sekadar Ambil Suplemen. Kena Tahu Dari Mana Ia Dihasilkan!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 27/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan