WEF: Jarum Mikro Biodegradasi Dicipta Untuk Melawan Penyakit Mata

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/07/2020 . 1 minit bacaan
Share now

Frasa “I’d rather stick needles in my eyes” yang diungkapkan oleh Jack Nicholson dalam filem Term Of Enderment pada 1983 telah menjadi kata kunci yang sarkastik. Namun sekarang, saintis di Singapura meneroka kaedah baru untuk merawat penyakit mata seperti glaukoma dan retinopati diabetes yang melibatkan suntikan jarum ke mata pesakit.

Penyelidik di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Singapura membangunkan pelekat seperti kanta sentuh dengan sembilan jarum mikro yang boleh diisi dengan ubat-ubatan.

Apabila ditekan secara perlahan-lahan ke dalam mata, jarum mikro biodegrasi (biodegradable microneedles) yang nipis berbanding sehelai rambut akan terputus dengan sendirinya dan kekal di kornea, seterusnya melepaskan ubat sebelum akhirnya ia terlarut.

Walaupun rawatan ini mungkin tidak menarik, kumpulan NTU mengatakan ia tidak menyakitkan. Dan yang penting, ia boleh menjadi teknik yang lebih berkesan untuk menghantar ubat mata berbanding kaedah semasa.

Walaupun rawatan mungkin tidak menarik, pasukan NTU mengatakan ia tidak menyakitkan. Dan yang penting, ia boleh menjadi teknik yang lebih berkesan untuk menyampaikan ubat mata daripada kaedah semasa.

Ini kerana suntikan mata boleh menimbulkan kesakitan dan membawa risiko jangkitan serta kerosakan mata. Manakala titisan dan salap pula boleh dicuci dengan air mata atau berkelip, dan sesetengah pesakit sukar menguruskannya di rumah.

Pelekat mata yang mempunyai sembilan jarum mikro yang diisi dengan ubat. Sumber: weforum.org

Para penyelidik menguji pelekat ini pada tikus dengan vaskularisasi (vascularization) kornea, di mana kekurangan oksigen menyebabkan saluran darah yang baru berkembang menjadi tisu kornea, keadaan ini boleh menyebabkan buta.

Mereka mendapati bahawa selepas satu dos rawatan 1 mikrogram digunakan pada pelekat itu, terdapat pengurangan sebanyak 90% dalam kawasan pembuluh darah berbanding dengan pengurangan ketara apabila 10 kali jumlah ubat yang digunakan dalam bentuk titisan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kanta Lekap: Penjagaan Dan Risiko Pemakaiannya

    Tidak kira apa pun alasan anda memakai kanta lekap, persoalan utama, adakah anda mengetahui cara penjagaannya dan risiko pemakaian yang mungkin anda hadapi? 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya, Tips Kesihatan 23/08/2019 . 10 minit bacaan

    Jenis-jenis Penyakit Mata Bayi Yang Ibu Bapa TIDAK Boleh Ambil Mudah!

    Ibu bapa, terdapat banyak penyakit mata bayi yang boleh berlaku kepada si manja anda. Jadi, sila ikuti artikel ini untuk tahu jenis-jenisnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr Aqilah
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 22/02/2019 . 3 minit bacaan

    Bukan Rabun, Penglihatan Terjejas Akibat Keadaan Kesihatan

    Penglihatan kabur, tidak jelas, tidak fokus adalah masalah penglihatan paling biasa, dan anda mungkin menyedari perubahan kepada keadaan ini ketika usia mencecah 40-an. Menurut Institut Mata Nasional (NEI), perubahan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 15/02/2019 . 2 minit bacaan

    Mencegah Glaukoma Dengan Pemakanan Sihat

    Mencegah glaukoma adalah satu perkara yang mustahil memandangkan glaukoma tidak boleh dicegah, tetapi melalui pemakanan yang sihat, ia boleh melambatkannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan, Tips Kesihatan 10/01/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    ciri-ciri kebutaan pada bayi

    Ibu Ayah, Kalau Bayi Gemar Gosok Mata, Perhatikan Tanda Ini, Takut Nanti Jadi Buta!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
    minum teh penyakit mata glaukoma

    1 Cawan Teh Panas Setiap Hari Mampu Kurangkan Risiko Penyakit Mata Glaukoma, Betul Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 06/10/2020 . 3 minit bacaan
    pakai-kanta-lekap-ketika-covid-19

    Pakai Contact Lens Ketika COVID-19? Mungkin Anda Patut Baca Ini Dahulu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/04/2020 . 4 minit bacaan
    masalah penglihatan

    Sekurang-kurangnya 2.2 Billion Alami Masalah Penglihatan – Laporan WHO

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 11/10/2019 . 2 minit bacaan