Serangan Jantung: Apa yang Perlu Dilakukan Selepasnya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Apabila berlaku serangan jantung, ia memberikan isyarat bahawa pembuluh darah di dalam badan anda berada dalam keadaan yang kritikal dan tidak sihat. Ia menjadi sempit sehingga peredaran darah terhenti dan sel-sel yang terbabit akan terjejas dan berkemungkinan boleh mati.

Bukan sahaja pembuluh darah koronari pada jantung, pembuluh darah lain juga mungkin terjejas, khususnya di dalam otak, kaki, buah pinggang dan usus kerana keadaan yang disebut sebagai aterosklerosis ini berlaku di seluruh badan. Oleh itu, pemeriksaan lanjut perlu dijalankan selepas berlaku serangan jantung.

Saat berlaku serangan jantung

Semasa serangan, anda perlu bergegas ke hospital bagi mendapatkan rawatan sepatutnya. Anda mungkin akan ditahan di dalam wad untuk beberapa hari. Jika berlaku komplikasi atau memerlukan pembedahan, tempoh di dalam wad akan lebih lama.

Doktor mungkin akan membuat perubahan pada ubat-ubatan jika anda sedang mengambil ubat. Jika tidak, anda akan diberikan beberapa jenis ubat. Serangan jantung yang berlaku menunjukkan bahawa ubat-ubatan yang ada mungkin kurang berkesan dari sudut jenis atau dos.

Oleh sebab itu, sila ingat semua nama ubat-ubatan yang anda ambil beserta kekerapan pengambilannya untuk memudahkan doktor melakukan penyelarasan.

Perubahan yang anda perlu lakukan

Risiko mendapat serangan jantung adalah lebih tinggi bagi mereka yang pernah mengalaminya. Bagi mengurangkan risiko, beberapa perubahan hendaklah diambil.

Antaranya ialah:

  • Berhenti merokok. Ini adalah langkah paling penting bagi mereka yang merokok. Bukan sahaja untuk jantung, tetapi juga kesihatan tubuh secara am. Namun, tidak dinafikan bahawa ia bukanlah satu perkara yang mudah. Terdapat banyak cara yang boleh membantu. Jadi, sila dapatkan bantuan daripada keluarga, kenalan dan ahli profesional kesihatan.
  • Kawal tekanan darah dan kolesterol. Kedua-dua keadaan ini merosakkan pembuluh darah. Semakin lama, ia akan meningkatkan risiko serangan jantung dan strok. Senaman, pemakanan dan mungkin ubat-ubatan diperlukan untuk mengawalnya.
  • Kawal berat badan dan diabetes. Sama seperti tekanan darah dan kolesterol, risiko penyakit jantung turut meningkat jika mengalami berat badan berlebihan dan diabetes. Anda mungkin perlu dirujuk kepada pakar pemakanan dan diberikan ubat-ubatan untuk mengawal kadar gula darah.

Serangan jantung bukan satu pengakhiran. Dengan sedikit perubahan pada gaya hidup, anda masih boleh menjalani kehidupan yang menyeronokkan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pembedahan Pintasan Jantung

    Pembedahan pintasan jantung adalah sejenis prosedur yang dilakukan apabila arteri koronari (pembuluh darah jantung) tersumbat atau menjadi sempit.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 27/08/2018 . 2 minit bacaan

    Harapan Buat Pesakit Diabetes

    Menurut National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2015, seramai 3.6 juta, bersamaan 17.5% daripada keseluruhan rakyat Malaysia menghidap diabetes. Lebih kurang 1 daripada 6 rakyat negara ini. Malah, diaggarkan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Pusat Kesihatan, Diabetes 31/07/2018 . 2 minit bacaan

    Dari Perut Naik ke Jantung: Diet Sihat untuk Jantung Anda

    Bagi pesakit jantung, mereka kebiasaannya mempunyai pantang larang tertentu dalam diet dan pemakanan. Jika dipadukan dengan gaya hidup sihat yang lain, diet membantu melambatkan, malah mengembalikan semula kesihatan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 04/07/2018 . 2 minit bacaan

    Sindrom Brugada

    Kenali apa itu Sindrom Brugada . Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 23/05/2018 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    berat badan kolesterol tinggi

    Badan Kurus Tapi Kolesterol Tinggi? Jaga-Jaga Ya! Ia Boleh Jadi Punca Serangan Jantung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Fakta Mengenai Penyakit Jantung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 27/11/2018 . 2 minit bacaan
    darah tinggi

    Hubungan Antara Tekanan Darah Tinggi dan Serangan Jantung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 23/11/2018 . 2 minit bacaan
    senaman jantung

    Nak Bersenam Tapi Ada Sakit Jantung, Ini 4 Cara Senaman Yang Sesuai Untuk Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 27/08/2018 . 2 minit bacaan