Penyakit Buah Pinggang Satu Beban Besar Pada Negara

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Kebergantungan kepada mesin untuk hidup bukan suatu yang hebat. Jika kerosakan buah pinggang menjadi terlalu teruk, ia kehilangan keupayaan untuk berfungsi dengan normal, ini dikenali sebagai Penyakit Buah Pinggang Peringkat Akhir (Renal), ESRD, atau kegagalan buah pinggang.

Mereka yang didiagnosis dengan masalah kegagalan buah pinggang terpaksa berdepan dengan keadaan yang mana jarum dimasukkan ke dalam lengan, disambungkan kepada mesin, mengeluarkan darah sebelum ia kembali ke dalam tubuh, berlangsung selama 4 jam pada satu masa dan perlu melakukannya tiga kali seminggu. Ia dipanggil dialisis.

Tiga jenis kegagalan buah pinggang adalah:

Penyakit buah pinggang beban besar kepada negara

Menurut laporan Utusan Online, penyakit buah pinggang merupakan satu beban besar kepada negara apabila terdapat sekurang-kurangnya 39,000 pesakit yang memerlukan dialisis dengan kos rawatan dianggarkan bernilai RM1.6 bilion pada setiap tahun.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, angka tersebut dijangka meningkat sehingga 50,000 pesakit pada tahun depan dengan kesedaran orang ramai mendapatkan rawatan, hasil jaringan komprehensif perkhidmatan dialisis di Malaysia setanding kebanyakan negara maju.

Menurutnya, kebanyakan penyakit buah pinggang ini berasal dari kencing manis dan darah tinggi. Oleh itu, beliau menyeru kepada masyarakat supaya mempraktikkan gaya hidup sihat supaya kita boleh mengelakkan penyakit ini.

Tambahnya, telah diketahui bahawa mereka yang menghidap penyakit ini pada peringkat awal, jika mengamalkan pemakanan sesuai dan menerima rawatan bertepatan, boleh menangguhkan kemerosotan buah pinggang sebanyak 50 peratus.

Diet dan penyakit buah pinggang

Pelan pemakanan seseorang pesakit bergantung kepada tahap kerosakan buah pinggang. Tujuan diet adalah untuk menjaga keseimbangan tahap elektrolit, mineral, dan cecair dalam tubuh seseorang pesakit.

Sebagai contoh, mereka yang mempunyai kegagalan jantung peringkat awal mempunyai sekatan atau pelan diet yang berbeza dengan mereka yang mengalami kegagalan buah pinggang atau ESRD.

Sekiranya anda mempunyai penyakit buah pinggang, penyedia penjagaan kesihatan anda akan menentukan diet terbaik untuk/mengikut keperluan diri anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    7 Jenis Penawar Kencing Manis Secara Tradisional, Sejauh Manakah Keberkesanannya?

    Diabetes adalah penyakit yang dikatakan boleh diubati dengan penawar kencing manis tradisional seperti peria katak. Sejauh manakah keberkesanannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Sihat 04/08/2019 . 8 minit bacaan

    Hati-Hati 10 Tanda Ini Mungkin Petanda Anda Alami Masalah Buah Pinggang!

    Terdapat beberapa tanda yang menunjukkan bahawa anda sedang mengalami penyakit buah pinggang. Ini 10 tanda masalah kesihatan yang perlu anda perhatikan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Gangguan Buah Pinggang: Protein Dalam Urin

    Seseorang dengan proteinuria (protein dalam urin) mempunyai urin yang membawa jumlah protein yang luar biasa. Keadaan ini biasanya menandakan penyakit buah pinggang. Jika buah pinggang sihat, penapisnya tidak ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 13/03/2019 . 2 minit bacaan

    Bagaimanakah Cara Yang Sesuai Untuk Menyimpan Ubatan Penyakit Buah Pinggang

    Bagi mereka yang mengalami penyakit seperti penyakit buah pinggang, cara penyimpanan ubatan adalah sangat penting. Apakah kepentingannya kepada anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 04/01/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    Ditaja oleh
    Penyakit buah pinggang

    Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Penyakit Buah Pinggang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 5 minit bacaan
    bau mulut

    Ini 5 Petua Hilangkan Nafas Berbau Lepas Makan Bawang, Confirm Tak Segan Lagi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
    batu karang buah pinggang

    Penghidap Batu Karang Buah Pinggang MESTI Kurangkan Makan Makanan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 17/12/2020 . 3 minit bacaan
    apa itu dialisis

    Dialisis, Rawatan Untuk Pesakit Buah Pinggang Yang Berkos Tinggi, Ada Alternatif Lain Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/10/2020 . 3 minit bacaan