Betul Ke Individu Yang Kekurangan Vitamin B12 Berisiko Alami Masalah MENTAL? Bahaya Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 02/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Adakah benar kurang vitamin B12 dalam badan boleh menjadi punca kepada wujudnya masalah kesihatan mental? Ikuti kupasan dalam artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Bahayakah kurang vitamin B12?

Badan yang tidak mendapat vitamin (apa jua jenis vitamin) mencukupi mengikut keperluan boleh mengalami pelbagai masalah kesihatan dengan tahap keparahan yang berbeza-beza. 

Umumnya, vitamin B12 adalah nutrien penting yang hanya ada dalam makanan yang dimakan atau suplemen tambahan

Kurang vitamin B12 dalam badan boleh mendatangkan kesan yang meluas serta menyebabkan gangguan kepada fungsi neutron. 

Kekurangan utama vitamin ini berisiko mengakibatkan seseorang mengalami gejala psikiatri yang serius seperti halusinasi

Mengalami kegelisahan, serangan panik dan kemurungan juga disebut sebagai antara tanda-tanda kekurangan vitamin ini dalam badan. 

Oleh sebab kekurangannya boleh menjejaskan tahap kesihatan mental, adalah sangat mustahak untuk menjaga kesihatan dengan sebaik mungkin serta meningkatkan pengambilan vitamin B12 ini.

Sesetengah individu boleh memperolehi semua jumlah vitamin B12 melalui diet pemakanan semata-mata. 

Pun begitu bagi individu vegan, mereka mungkin perlu mengambil suplemen setiap hari. 

Kajian berkaitan kesihatan mental

Sebuah kajian telah dilakukan oleh US National library of Medicine National Institutes of Health untuk melihat kesan kurang vitamin B12 terhadap kesihatan mental. 

Daripada hasil kajian, disimpulkan bahawa kekurangan vitamin B12 akan berlaku seiring peningkatan usia. Dan hanya 10% daripada mereka dengan tahap vitamin B12 sedikit turut mempunyai kadar folat yang rendah. 

Disebabkan kekurangan vitamin dan ketidakupayaan mental terjadi dalam kalangan mereka yang berusia, justeru pengambilan supleman vitamin B12 dipercayai dapat kurangkan risiko terutamanya mereka yang mengalami demensia.

Pun begitu, lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk menentukan bagaimana vitamin B12 penting secara biologi.

Tanda kurang vitamin B12

Dalam kes yang jarang berlaku, kesan sampingan kurang vitamin B12 melibatkan penurunan kognitif bersama psikosis dan sawan telah dilaporkan terjadi di Cape Verde, Afrika.

Kejadian yang melibatkan seorang wanita berusia 61 tahun dikatakan menderita demensia terbalik (reversible dementia) kesan vitamin B12 yang kurang di dalam badan.

kurang vitamin b12

Wanita malang itu ditemui di jalanan dalam keadaan tanpa pakaian dan berhalusinasi mengenai saudara yang telah mati dan bertindak paranoid dengan menuduh keluarga melakukan cubaan meracuni dirinya.

Dia telah dibawa ke hospital untuk menjalani ujian dan setelah semuanya pulih, hasil diagnosis menunjukkan bahawa wanita terbabit kekurangan vitamin B12 dan juga mengalami hyperhomocysteinemia yang teruk. 

Antara simptom lain kekurangan vitamin ini termasuklah:

  • Kulit pucat atau kekuningan
  • Kesakitan pada lidah
  • Ulser mulut
  • Kerengsaan
  • Kemurungan
  • Penglihatan terganggu

Sekiranya masalah kekurangan ini dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh mengakibatkan keadaan kesihatan sistem saraf, ketidaksuburan, keadaan jantung, komplikasi kehamilan serta kecacatan kelahiran.

Ia juga boleh mengakibatkan gejala psikiatri walaupun tanpa anemia dan berisiko menyebabkan kerosakan neurin yang tidak dapat dirawat. 

Dalam 1 kajian Finland menyatakan wujud perkaitan antara vitamin B dengan tahap kesihatan yang baik. 

Penyelidikan itu mendapati bahawa tahap vitamin B12 yang tinggi dalam aliran darah dikaitkan dengan hasil positif bagi individu yang dirawat dengan masalah kemurungan.

Pengkaji daripada Finland menunjukkan bahawa kurang vitamin B12 boleh menyebabkan pembentukan homosistein dalam darah yang dapat memburukkan lagi gejala kesihatan mental termasuk kemurungan.

Kepentingan vitamin B12

Daripada artikel di atas menunjukkan bahawa vitamin B12 penting untuk kesihatan mental, namun bagaimana pula dengan kesihatan badan secara umumnya?

Berikut adalah antara manfaat vitamin B12 ini:

#Memberi tenaga

Vitamin B12 mengekalkan makanan dan kesihatan sel. Tanpanya, sel akan berasa lapar dan anda berada dalam keadaan lemah sepanjang masa.

kekurangan vitamin b12

#Melindungi jantung

B12 adalah penting untuk nutrisi jantung dan sistem kardiovaskular secara keseluruhan. Fungsinya adalah untuk membuang semua protein berbahaya – homocysteine di dalam darah. 

Jika protein ini bebas di dalam darah, ia akan merosakkan arteri dan menyebabkan radang dan penyakit jantung.

#Menyokong tulang

Kajian menemui bahawa vitamin B12 diperlukan untuk perkembangan tulang. Ia membantu mencegah osteoporosis atau masalah tulang lain.

#Penghalang proses penuaan

Terdapat banyak faktor negatif penyebab replikasi DNA, seperti bahan radikal bebas, toksik di dalam darah, gula tinggi dalam darah dan paras lemak omega-6 tinggi dalam diet. 

B12 mempunyai peranan dalam menyokong kesihatan DNA dan membuatkan sel dalam badan kekal muda.

#Pelindung kesihatan otak

Vitamin B12 membantu melindungi sel saraf dan myelin sheath sel anda. Faktor ini terlibat dengan penyakit Alzheimer.

Jadi kebaikan vitamin ini bukan hanya tertakluk pada kesihatan mental tetapi secara keseluruhannya. 

Jika terdapat sebarang pertanyaan, dapatkan rundingan dan nasihat daripada doktor pakar. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Kaki Game, Ini 11 Tanda Anda Sedang Alami Ketagihan Game! Sila Berpada-pada

Permainan video untuk isi masa lapang? Jika anda alami salah satu daripada 11 tanda ini, ini bermaksud bahawa anda sedang ketagihan game!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 28/08/2020 . 3 minit bacaan

Bipolar TIDAK SAMA Dengan Kemurungan! Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Beza Kedua-duanya

Ada yang menganggap, penyakit bipolar itu sama sahaja dengan episod kemurungan. Namun, gangguan bipolar sebenarnya amat berbeza daripada yang disangka!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 17/08/2020 . 3 minit bacaan

Lupakan Mentalist Joker, Ini BAHAYA Jika Anda Guna Khidmat Konsultasi Berbayar Online Tak Diiktiraf

Baru-baru ini, tular servis berkaitan pakar psikiatri yang ditawarkan secara online oleh Mentalist Joker. Adakah beliau benar-benar seorang ahli psikiatri?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 06/08/2020 . 3 minit bacaan

Kanak-kanak Gemuk Lebih Mudah Alami Depresi? Ini 7 Tanda Kemurungan Pada Si Kecil Obes

Obesiti mungkin menjadi antara faktor utama kemurungan kanak-kanak. Bagaimana cara untuk atasi masalah kesihatan mental kanak-kanak ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 29/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

hubungan seks mengecewakan

Benarkah Tahap Kesihatan Mental Ganggu Prestasi Kalian Di Ranjang? Ya, Ini 5 Kaitannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
penyakit demensia

Jika Ada Ahli Keluarga Menghidap Demensia, Ajak Mereka Lakukan 5 Perkara MENARIK Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
kanser kolorektal

Makanan Yang Dilarang Untuk Pesakit Kanser Kolorektal, Apa Yang Harus Dielakkan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
warna kulit

Rahsia Kulit Putih Hanya Dengan Makanan, Lepas Ini Tak Perlu Lagi Buat Rawatan Cerahkan Kulit

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan