backup og meta

Bahaya Garam Buat Pesakit Sistem Saraf MS, Simptom Boleh Jadi Makin Teruk!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 10/08/2020

    Bahaya Garam Buat Pesakit Sistem Saraf MS, Simptom Boleh Jadi Makin Teruk!

    Pernahkah anda dengar tentang penyakit sklerosis berbilang? Penyakit ini merupakan penyakit yang tidak ada penawarnya. Dalam sebuah kajian, saintis mendapati garam merupakan sesuatu yang bahaya untuk pesakit MS.

    Jika anda ingin tahu lebih lanjut, jom baca artikel kami di bawah!

    Bahaya garam kepada pesakit sklerosis berbilang

    bahaya garam

    Sklerosis berbilang (multiple sclerosis atau MS) merupakan sejenis penyakit sistem saraf pusat yang mengganggu pertukaran informasi antara otak ke bahagian badan lain.

    Pesakit yang menderita penyakit ini akan mempunyai masalah berkaitan dengan saraf. Mereka juga akan alami masalah penglihatan, susah kawal pergerakan tangan atau kaki dan sukar untuk mengimbang badan.

    Punca MS masih lagi menjadi misteri perubatan dan tidak dapat dijelaskan sepenuhnya oleh pakar. Namun, mereka percaya bahawa penyakit ini disebabkan oleh gabungan faktor persekitaran dan juga genetik.

    Sebagai contoh, MS banyak berlaku kepada penduduk di negara yang terletak jauh daripada garisan khatulistiwa.

    Disebabkan mereka mendapat kurang vitamin D daripada cahaya matahari, dua perkara ini antara punca yang dikenalpasti pakar sebagai faktor persekitaran yang mungkin akibatkan MS.

    Mereka juga masih mengkaji hubungan antara penyakit ini dengan faktor genetik. Selain itu, pola migrasi juga turut dikaji oleh pakar untuk lebih memahami punca sebenar penyakit ini.

    Amalan merokok boleh meningkatkan risiko anda menghidap MS.

    Jika pesakit tersebut sudahpun didiagnosis dengan sklerosis berbilang, pesakit yang merokok akan menghadapi simptom yang lebih teruk daripada biasa.

    Banyak lagi teori lain tentang MS yang telah terbukti tidak benar oleh pakar. Pendedahan terhadap haiwan peliharaan, logam berat dan juga pemanis tiruan aspartame bukan punca sclerosis berbilang.

    Anda mungkin juga berminat:

    Garam buatkan penyakit sklerosis berbilang makin teruk

    Sebuah kajian baru yang dijalankan oleh penyelidik daripada Yale telah mendapati tabiat makan garam secara berlebihan boleh akibatkan simptom sklerosis berbilang jadi makin teruk.

    Laporan tersebut menggariskan bahaya makan garam secara berlebihan, dan bagaimana ia boleh memburukkan simptom yang dideritai pesakit sklerosis berbilang.

    Menurut pengkaji, masih terlalu awal untuk simpulkan diet rendah garam boleh jadi penawar untuk MS. Namun, dengan mengurangkan garam dalam makanan, pesakit MS boleh elak daripada terkena pula penyakit lain seperti darah tinggi atau strok.

    Kandungan garam yang tinggi boleh mempengaruhi isyarat sel imun dan menambah tahap keradangan dalam badan kepada manusia dan juga tikus.

    Disebabkan diet barat (western diet) mempunyai kandungan garam yang tinggi, penyelidik sudah lama mengesyaki garam sebagai salah satu punca pertambahan kes sklerosis berbilang tahun demi tahun.

    Tambah lagi, tabiat makan di restoran makanan segera telah lama terbukti boleh menyebabkan individu dengan penyakit autoimun menghidap simptom yang lebih teruk.

    Selain itu, pesakit yang makan lebih banyak garam juga akan mengalami episod relaps yang lebih kerap.

    Doktor mendapati mereka akan alami lebih banyak lesi pada kawasan otak jika diperhatikan melalui imbasan berbanding dengan pesakit yang makan kurang garam.

    Oleh itu, menurut sebuah kajian daripada Argentina, cuba hadkan pengambilan garam kepada hanya 4 gram sehari.

    Badan kita memerlukan garam setiap hari untuk bantu sel dalam badan berfungsi dengan baik.

    Walau bagaimanapun, terlalu banyak garam juga tidak baik untuk tubuh badan anda! Risiko sakit jantung dan strok akan meningkat jika anda ambil terlalu banyak garam dalam diet seharian.

    Bahaya garam dalam kehidupan seharian

    penyakit sklerosis

    Kebanyakan individu terutamanya di Malaysia mengambil garam lebih daripada purata yang disarankan WHO.

    Tambah lagi, ramai yang ambil garam sekitar 9-12 gram sehari, 2 kali ganda daripada apa yang badan kita perlukan!

    Tidak dinafikan badan kita perlukan garam untuk bantu fungsi saraf, pergerakan otot dan untuk pastikan tubuh mempunyai kandungan air dan mineral yang seimbang.

    Namun, kita cuma perlukan 5 gram sahaja garam sehari.

    Walau bagaimanapun, pola pemakanan rakyat Malaysia yang membimbangkan mungkin punca lebih ramai yang menghidap darah tinggi, penyakit jantung dan strok.

    Walau bagaimanapun, WHO menyarankan agar makan kurang daripada 5 gram supaya penyakit tersebut dapat dielakkan.

    Sebanyak 2.5 juta kematian dapat dielakkan jika pola pengambilan garam penduduk di seluruh dunia dapat diturunkan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 10/08/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan