backup og meta

Halusinasi: Salah Satu Tanda Penyakit Mental

Halusinasi: Salah Satu Tanda Penyakit Mental

Bercakap tentang halusinasi, pasti anda akan memikirkan tentang melihat sesuatu yang tidak wujud seperti banyak serangga, bangunan runtuh atau banjir besar. Itulah yang sering ditunjukkan dalam filem-filem. Walau bagaimanapun, ia sebenarnya lebih luas daripada itu dan bukan sekadar penglihatan semata-mata. Ia boleh berlaku dalam bentuk pendengaran, bau atau rasa.

Ilusi adalah sesuatu yang berbeza iaitu menterjemahkan perkara yang wujud kepada sesuatu yang berbeza daripada asalnya. Contohnya, melihat ular sedangkan ia adalah tali. Jika halusinasi, anda melihat ular sedangkan tiada tali atau apa pun di situ.

Contoh halusinasi

1. Mendengar suara (halusinasi auditori)

Suara yang didengari boleh daripada luar atau dalam kepala. Anda juga mungkin mendengar suara sedang bercakap atau mengarahkan anda melakukan sesuatu.

2. Melihat sesuatu (halusinasi visual)

Contohnya, melihat serangga berjalan di atas badan anda atau orang lain. Kadangkala, ia juga boleh berlaku dalam bentuk cahaya terang atau tompokan gelap seperti yang berlaku dalam serangan migrain.

3. Bau sesuatu (halusinasi olfaktori)

Bau tersebut mungkin datang daripada diri anda sendiri atau sesuatu di sekeliling anda.

4. Rasa sesuatu (halusinasi gustatori)

Tekak atau lidah anda merasakan sesuatu samada seperti sesuatu ketulan atau rasa yang pelik.

5. Merasakan sesuatu (halusinasi taktil)

Seperti ada orang yang menyentuh atau menggeletek badan sedangkan tiada orang pun disekeliling anda. Anda juga mungkin merasakan seperti serangga lalu di atas kulit.

Apakah puncanya?

1. Skizofrenia – merupakan salah satu daripada kriteria untuk membuat diagnosis skizofrenia. Kebanyakannya mengalami jenis visual dan auditori.

2. Penyakit Parkinson – hampir separuh daripada penghidap penyakit ini kadangkala melihat sesuatu yang tidak wujud.

3. Penyakit Alzheimer – perubahan yang berlaku pada otak penghidap Alzheimer boleh menyebabkan keadan ini. Penyakit demensia lain juga boleh mengalaminya.

4. Migrain – sebahagian serangan migrain didahului oleh sesuatu yang disebut sebagai ‘aura’ di mana pesakit melihat cahaya terang serta tompok hitam.

5. Tumor otak – bergantung kepada bahagian yang terjejas, ia boleh membuatkan pesakit melihat, rasa atau bau sesuatu memandangkan tumor tersebut berlaku di dalam otak.

6. Epilepsi

Rawatan yang diberikan bergantung kepada punca yang dapat dikenal pasti. Jika merasakan anda mungkin mengalaminya, sila dapatkan bantuan perubatan. Jangan pula meremehkan atau menggelakkan seseorang yang menceritakan kepada anda pengalamannya mengalami halusinasi. Itu mungkin sesuatu yang betul.

Baca juga:

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

What are Hallucinations? – https://www.webmd.com/schizophrenia/what-are-hallucinations#1

Versi Terbaru

15/11/2019

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhamad Firdaus Rahim


Artikel Berkaitan

Kenapa Saya Selalu Ketawa & Menangis Tanpa Sebab? Kenali Penyakit 'Joker'!

Gangguan Seksual Di Tempat Kerja, Ini 4 Langkah Penting Untuk Mengelakkannya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 15/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan