Selalu Gatal Kepala Tanpa Sebab? Jaga-Jaga, Anda Mungkin Menghidap Kanser Darah!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 11/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kulit kepala rasa gatal-gatal? Tahukah anda, rasa gatal satu badan merupakan salah satu tanda limfoma?

Limfoma merupakan kanser darah yang bermula daripada sistem limfa manusia. Selain rasa gatal seluruh badan, pesakit limfoma juga akan rasa penat sepanjang hari walaupun tidak melakukan sebarang aktiviti.

Mereka juga mungkin mempunyai ketulan pada sekitar kawasan leher.

Gatal kepala boleh jadi salah satu simptom limfoma. Walaupun begitu, bukan semua gatal kepala berpunca daripada limfoma.

Gatal kepala, adakah ia disebabkan oleh limfoma?

Pesakit limfoma boleh mengalami kegatalan yang disebabkan oleh ‘pruritus’.

Pruritus merupakan satu rasa ketidakselesaan pada kawasan kulit yang membuatkan pesakitnya rasa ingin menggaru.

Walau bagaimanapun, kegatalan ini bukan hanya pada kulit kepala sahaja, malah ia boleh menyerang satu badan!

Individu boleh diserang rasa gatal disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya ialah alergi, ekzema, jangkitan pada kawasan kulit ataupun menopaus.

Walau bagaimanapun, bagi penghidap limfoma Hodgkin dan limfoma bukan Hodgkin, pruritus atau kegatalan merupakan salah satu simptom penting.

Pesakit limfoma selalunya mempunyai kesan gatal yang bersisik dan berwarna merah atau ungu pada kawasan kulit mereka.

Namun, pakar masih lagi tidak memahami sepenuhnya apa yang menyebabkan kegatalan dalam kalangan pesakit limfoma.

Menurut pakar, masalah kulit gatal yang dialami mungkin berpunca daripada cytokines, sejenis bahan kimia yang dikeluarkan oleh sistem imun badan untuk melawan sel kanser.

Bahan kimia ini dilepaskan berdekatan dengan permukaan kulit. Oleh itu, pesakit akan merasai kesannya dalam bentuk kegatalan.

tanda limfoma

Masalah kegatalan ini akan mempengaruhi 1 daripada 3 orang yang menghidap limfoma Hodgkin dan limfoma bukan Hodgkin. Kegatalan ini juga boleh menyerang bahagian:

  1. Kulit yang berdekatan dengan nodus limfa. Selalunya kawasan ini telahpun diserang oleh limfoma.
  2. Kawasan kulit yang terkena limfoma.
  3. Bahagian bawah kaki.
  4. Seluruh tubuh badan.

Walau bagaimanapun, bukan semua jenis kegatalan ataupun ekzema adalah tanda anda menghidap limfoma. Jika ingin tahu dengan lebih lanjut, berjumpalah dengan doktor untuk sesi konsultasi.

Alopecia areata disebabkan limfoma akibatkan kulit gatal

Penghidap limfoma boleh mengalami simptom yang seakan-akan alopecia areata, namun keadaan ni amat jarang berlaku.

Alopecia areata merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan rambut pada kulit kepala tumbuh secara bertompok-tompok.

Walau bagaimanapun, penyakit ini merupakan penyakit keturunan. 1 daripada 5 pesakit alopecia areata mempunyai ahli keluarga yang ada penyakit sama.

Pesakit limfoma yang mempunyai alopecia areata selalunya mengalami simptom seperti rambur gugur, hiperpigmentasi dan kegatalan.

Manakala, rambut gugur yang pesakit alami juga meliputi bahagian kepala, kening dan juga kemaluan.

Cara untuk menjaga kulit gatal akibat limfoma

tanda limfoma

Masalah kulit merupakan salah satu simptom ataupun tanda limfoma. Namun, ia juga boleh disebabkan oleh kesan rawatan kanser.

Rawatan limfoma boleh akibatkan pesakitnya menghidap masalah kegatalan, sakit kulit dan sensitif terhadap matahari.

Oleh itu, sebelum anda menerima apa-apa rawatan berkaitan dengan limfoma, pastikan anda tahu kesan sampingannya terlebih dahulu.

Kegatalan boleh mengakibatkan rasa yang amat tidak selesa kepada penghidapnya.

Tambah lagi, jika ia berlarutan sepanjang hari, masalah ini boleh mengakibatkan kegelisahan dan depresi dalam kalangan pesakit kanser.

Jika pesakit mengalami kegatalan sehingga ia mengganggu waktu tidur, doktor boleh berikan ubat yang boleh meredakan simptom kulit gatal.

Namun, untuk pesakit limfoma, cuba untuk:

  1. Tidak menggaru. Jangan garu kawasan yang gatal. Sebaliknya, cuba sapukan krim ataupun tekan kulit dengan perlahan ketika gatal.
  2. Potong kuku pendek untuk elakkan daripada melukakan diri sendiri.
  3. Pastikan anda memakai pelembap. Pelembap mempunyai efek penyejuk yang boleh kurangkan kulit gatal. Lebih baik jika pesakit boleh dapatkan losyen yang besifat antigatal.
  4. Bawa bertenang. Stres dan kegelisahan boleh buatkan kegatalan tersebut jadi makin teruk.
  5. Makan makanan yang sihat dan minum banyak air. Pastikan kulit mendapat hidrasi yang cukup.
  6. Gunakan alat pelembap udara untuk elakkan kulit kering.

Kesimpulan

Disebabkan kegatalan dalam pesakit limfoma merupakan salah satu simptom yang agak jarang berlaku, ia kadangkala dipanggil sebagai ‘kegatalan Hodgkin’ atau Hodgkin’s itch.

Jika anda mempunyai simptom gatal yang luar biasa, jangan malu untuk berjumpa dengan doktor walaupun ia tiada kaitan dengan limfoma.

Jika anda merupakan seorang lelaki, berumur lebih daripada 55 tahun dan mempunyai masalah sistem imun, anda patut lebih berjaga-jaga dengan kanser limfoma.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Dermatitis Atopik

Kenali apa itu Dermatitis Atopik. Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi
Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 05/04/2018 . 3 minit bacaan

Ketahui Apa Itu “Inteloransi Laktosa”

Laktosa adalah gula semula jadi yang terdapat dalam kebanyakan prosuk tenusu. Individu yang mengalami intoleransi laktosa sukar untuk mencerna laktosa secara normal. Rancangan pemakanan yang bersesuaian adalah penting ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz
Uncategorized @ms, Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 05/04/2018 . 2 minit bacaan

Scabies

Kenali apa itu Scabies. Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Firdaus Rahim
Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 28/03/2018 . 4 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kulit gatal, gigitan kutu

Kulit Gatal Gara-gara Gigitan Kutu? Ketahui Tip Menanganinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Helma Hassan
Diterbitkan pada 31/01/2019 . 2 minit bacaan
kulit gatal, gatal, tua

Mengapa Makin Tua, Makin Gatal Kulit?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Helma Hassan
Diterbitkan pada 24/01/2019 . 2 minit bacaan
kulit gatal, penyakit hati

Kulit Gatal Tanda Penyakit Hati?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Helma Hassan
Diterbitkan pada 24/01/2019 . 2 minit bacaan

5 Tip Mengelakkan Kulit Kepala Berkelemumur dan Kegatalan

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Farah Aziz
Diterbitkan pada 25/05/2018 . 2 minit bacaan