Masalah misai atau janggut gatal sememangnya tidak asing buat lelaki. Malahan, lokaliti kegatalan tersebut tidak spesifik.
Secara amnya, mana-mana kawasan yang mempunyai rambut berisiko untuk mengalami kegatalan.
Sila beritahu kami apa yang salah.
Sila beritahu kami apa yang salah.
Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.
Masalah misai atau janggut gatal sememangnya tidak asing buat lelaki. Malahan, lokaliti kegatalan tersebut tidak spesifik.
Secara amnya, mana-mana kawasan yang mempunyai rambut berisiko untuk mengalami kegatalan.
Ada juga yang terbangun daripada tidur hanya kerana mereka berasa gatal atau tidak boleh memberikan perhatian semasa melakukan aktiviti rutin.
Berbeza dengan rambut yang tumbuh di kepala, janggut/jambang/misai lelaki tidak mempunyai karakter yang sama.
Ia tumbuh disebabkan oleh hormon testosteron. Ini bermakna, semakin tinggi testosteron seseorang itu, semakin tebal misai yang tumbuh.
Oleh yang demikian, aspek penjagaan janggut dan seumpamanya adalah sedikit berbeza dengan aspek penjagaan rambut.
Pelbagai jenis faktor boleh menyebabkan kawasan yang tumbuh janggut terasa gatal.
Teruskan membaca jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut.
Kegatalan yang dialami boleh berpunca daripada keadaan kulit kering yang turut dikenali sebagai xerosis.
Setiap individu mempunyai kulit yang berbeza. Ini bermakna, punca kepada kulit kering tidak semestinya sama termasuklah kelembapan kulit yang berbeza.
Ada yang alami kulit kering ketika musim sejuk, ada yang setelah mandi air panas dan ada juga yang alami kulit kering setelah menggunakan produk kulit tertentu.
Masalah kulit seperti ekzema dan psoriasis boleh menyumbang kepada permasalahan ini seterusnya menyebabkan kulit terutamanya di kawasan janggut atau misai terasa gatal.
Penggunaan pisau cukur boleh meninggalkan bucu tajam pada rambut yang tertinggal di dalam folikel.
Apabila ia mula tumbuh, geselan boleh berlaku di antara bucu tersebut dengan dinding folikel menyebabkan rasa gatal.
Bayangkan jika anda cukur kesemua janggut, misai dan jambang.
Ia akan memberikan rasa gatal di keseluruhan kawasan terbabit menyebabkan kadangkala rasa terganggu semasa melakukan aktiviti harian.
Keadaan ini boleh berlaku terutamanya jika anda mempunyai rambut kerinting.
Rambut yang anda cukur tumbuh masuk ke dalam, bergesel dengan dinding folikel.
Keadaan ini boleh menyebabkan kawasan yang dicukur menjadi merah dan terasa gatal.
Kadangkala, ia boleh meninggalkan kesan bengkak dan terasa sakit namun ia akan sembuh dengan sendirinya.
Pelbagai jenis faktor yang boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman pada folikel rambut.
Keadaan ini boleh menyebabkan simptom seperti:
Keadaan ini boleh berlaku di mana-mana kawasan yang tumbuh rambut termasuklah kulit kepala.
Namun, ia lebih lazim berlaku pada kawasan yang mengalami geseran seperti paha, punggung dan ketiak.
Mereka yang mempunyai masalah obes juga berisiko untuk mengalami masalah ini.
Seperti jangkitan kuman (bakteria dan virus), jangkitan kulat juga boleh menyebabkan kawasan misai/janggut menjadi gatal.
Keadaannya sama seperti kurap yang dikenali sebagai tinea kapitis.
Antara jangkitan kulat pada misai/janggut yang lazim dialami adalah:
Walaupun keadaan ini tidaklah serius, tapi ia boleh mengganggu produktiviti harian individu terutamanya jika masalah gatal yang dialami agak serius.
Kunci kepada langkah pencegahan untuk elak janggut/misai gatal terletak pada aspek kebersihan.
Masalah misai lelaki gatal, walaupun kelihatan tidak serius dan lazim dialami, namun ia perlu diatasi atau dielakkan melalui penjagaan aspek kebersihan yang betul.
Jika produktiviti anda terganggu akibat daripada masalah ini, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.