backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Keloid, Sejenis Parut Yang Boleh Merebak & Membesar? Jom Baca Lebih Lanjut!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 01/11/2022

Keloid, Sejenis Parut Yang Boleh Merebak & Membesar? Jom Baca Lebih Lanjut!

Definisi

Apa itu keloid?

Umumnya, apabila kulit terluka, tisu fibrus, dikenali sebagai tisu parut, membentuk di atas luka untuk membaiki dan melindungi luka tersebut.

Sesetengah kes, tisu parut membesar secara berlebihan, membentuk ketumbuhan yang licin dan kasar yang dikenali sebagai keloid, yang mana lebih besar daripada luka asal.

Ia seringkali dijumpai di kawasan dada, bahu, cuping telinga, dan pipi.

Walau bagaimanapun, apa itu keloid boleh terjadi di kawasan tubuh badan yang lain.

Meskipun begitu, ia adalah tidak berbahaya kepada kesihatan anda, cuma menimbulkan kerisauan kepada paras rupa.

Apa risiko keloid?

Berdasarkan kepada American Osteopathic College of Dermatology (AOCD), dijangkakan 10 peratus di kalangan masyarakat mempunyai parut keloid.

Lelaki dan wanita mempunyai risiko yang sama untuk mempunyai apa itu keloid.

Faktor-faktor risiko termasuklah berketurunan Afrika, Asia, atau Latin, mengandung, dan juga berumur 30 tahun ke bawah.

Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom

Apa simptom keloid?

Apa Itu Keloid

Simptom-simptom yang biasa terdapat pada keloid ialah:

  • Kawasan yang kelihatan seperti isi kulit berwarna merah jambu atau merah
  • Gumpalan atau kawasan kulit yang timbul
  • Kawasan yang masih bertumbuh dengan tisu parut mengikut masa
  • Kulit yang gatal

Parut keloid selalunya kelihatan lebih besar daripada luka asal.

Ia mungkin mengambil masa berminggu-minggu atau berbulan-bulan untuk tumbuh dengan semupurna.

Walaupun parut keloid mungkin menyebabkan kegatalan, namun ia tidak menjejaskan kesihatan anda.

Anda mungkin mengalami perasaan tidak selesa, sengal, atau berkemungkinan mengalami kegatalan daripada baju anda ataupun mana-mana kesan daripada bergeser.

Jarang sekali, anda mempunyai parut keloid dalam kuantiti yang banyak di seluruh badan anda.

Apabila keadaan ini berlaku, tisu parut yang keras akan menghalang pergerakan anda.

Bilakah saya harus berjumpa doktor saya?

Jika anda mempunyai tanda-tanda atau simptom di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berhubung doktor anda.

Kulit dan tubuh badan setiap manusia bertindak balas berbeza.

Sebaiknya adalah untuk berbincang dengan doktor anda untuk penyelesaian yang terbaik.

Punca

Apa punca keloid?

Kebanyakan luka kulit akan menyebabkan parut keloid. Di antaranya ialah:

Apa Itu Keloid

Faktor risiko

Apa faktor risiko keloid?

Di antara faktor-faktor risiko kepada keloid adalah:

Keloid seringkali berkaitan dengan faktor genetik, yang mana anda mungkin mempunyai keloid sekiranya salah seorang atau kedua-dua ibu bapa anda mempunyainya.

Para pengkaji menemui bahawa seseorang yang mempunyai genetik AHNAK mempunyai kecenderungan untuk mempunyai keloid berbanding orang biasa.

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah keloid perlu didiagnosis?

Jika doktor anda mengesyaki anda mempunyai keloid, dia akan menjalankan pemeriksaan fizikal.

Selepas keloid didiagnosis secara ujian penglihatan, doktor anda mungkin akan menjalankan biopsi untuk menolak kemungkinan kepada penyakit lain.

Ujian ini akan mengambil sedikit daripada sampel tisu daripada kawasan parut dan diperiksa untuk kemungkinan sel kanser.

Apa Itu Keloid

Bagaimanakah keloid akan dirawat?

Keputusan untuk merawat apa itu keloid dibuat secara berhati-hati.

Parut keloid menyebabkan tubuh badan cuba untuk merawat dengan sendirinya.

Selepas parut keloid dibuang, parut luka mungkin akan tumbuh semula dan kadangkala ia tumbuh dengan lebih besar daripada parut yang asal.

Contoh-contoh rawatan apa itu keloid:

  • Suntikan kortikosteroid untuk mengurangkan keradangan
  • Minyak pelembap untuk melembutkan tisu
  • Pad gel silikon atau mengenakan tekanan selepas luka
  • Mengeraskan tisu untuk membunuh sel kulit
  • Rawatan laser untuk mengurangkan tisu parut
  • Radiasi untuk mengecilkan keloid

Pada peringkat permulaan, doktor anda mungkin akan mengesyorkan rawatan yang tidak invasif, seperti mengenakan pad silikon, balutan yang mengenakan tekanan atau suntikan.

Rawatan-rawatan ini memerlukan penjagaan yang rapi untuk menunjukkan keberkesanannya.

Walaupun begitu, keloid selalunya akan mengecil dengan sendirinya walaupun tidak dirawat.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 01/11/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan