Bagaimanakah membantu menyembuhkan kesan parut dengan sebetulnya?
Salah satu cara untuk mengurangkan kesan parut C-section adalah menjaga bekas luka tersebut selepas pembedahan.
- Pastikan ia bersih. Semasa mandi, anda tidak perlu menutupnya. Biarkan air mengalir di kawasan luka dan cuba cuci dengan perlahan-lahan. Selepas mandi, keringkannya dengan kain yang bersih.
- Biarkan ia terdedah dengan udara. Udara akan membantu proses penyembuhan kecederaan kulit. Pakai pakaian yang longgar untuk mendapatkan pengaliran udara.
- Jangan sesekali terlepas temujanji dengan doktor. Jika kesan jahitan masih tidak kemas dan anda terlepas temujanji doktor, parut itu mungkin akan kelihatan hodoh.
- Kekal aktif. Pergerakan akan membantu perjalanan darah dan mempercepatkan proses penyembuhan. Dengan melakukan ini, anda dapat mengelak DVT (deep venous thrombosis) – kondisi darah tergumpal. Walau bagaimanapun, jangan pula anda melakukan pergerakan yang mengejut. Selain itu, jangan mengangkat barang yang terlalu berat. Jika anda ingin melakukan senaman, dapatkan kebenaran doktor terlebih dahulu.
- Jika anda terlihat apa-apa tanda atau simptom infeksi seperti kemerahan, kebengkakan, demam panas atau luka terbuka kembali, segera berjumpa doktor.
Bagaimanakah untuk meminamakan kesan parut?
Parut C-section akan pudar seiring peredaran masa. Namun begitu, terdapat beberapa tip untuk memperbaiki penampilannya.
Pertama sekali, jangan dedahkan kesan parut kepada cahaya matahari. Ia hanya akan menyebabkan parut berbeza warna dengan kulit. Sebaiknya, sorokkan ia daripada cahaya matahari dengan pakaian atau krim.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan pilihan rawatan untuk mengurangkan parut. Terdapat terapi atau prosedur yang memerlukan pembedahan dan ada yang tidak.
Prosedur yang tidak memerlukan pembedahan
- Terapi laser: Ia boleh berlaku sebaik sahaja jahitan dikeluarkan daripada bekas luka. Dapatkan bantuan pakar kulit untuk melakukannya.
- Suntikan steroid: Untuk parut yang buruk seperti keloid atau hipertrofik, suntikan steroid boleh membantu parut mengecut dan menjadi kurang jelas. Ia boleh disuntik semasa melakukan C-section ataupun selepas luka tersebut sembuh.
Prosedur yang memerlukan pembedahan
- Revisi parut: Terapi ini akan dilakukan dengan pembuangan kulit yang terbentuk parut. Kemudiannya, terbentuk satu kesan luka baru yang akan sembuh semula lalu meninggal parut yang kurang jelas berbanding sebelumnya.
- Tummy tuck: Jika parut tersebut terlalu teruk, terapi ini boleh digunakan. Ia akan melibatkan pembuangan lemak dan kulit pada abdomen lalu menjadi insisi untuk meninggalkan parut yang kurang jelas berbanding sebelumnya.
Konklusinya, terdapat banyak cara untuk mengurangkan kesan parut C-section seperti yang telah dinyatakan. Metode akan digunakan bergantung kepada tahap keterukan luka individu. Pilih metode yang anda rasakan terbaik untuk mengembalikan semula keyakinan anda.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen