Cirit-Birit: Keperluan Serat Untuk Mencegahnya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 12/09/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Serat sebenarnya berfungsi sebagai pengawal usus dan berkesan bagi membantu masalah sembelit atau cirit-birit. Serat yang larut boleh membantu menyerap cecair yang berlebihan dalam usus dan dengan itu bertindak untuk mengeraskan najis yang cair seperti kesan span.

Jumlah serat yang diperlukan

Wanita sepatutnya mendapat 25 gram dan lelaki 38 gram. Menambahkan serat ke dalam pemakanan anda secara perlahan-lahan untuk mengelakkan kekejangan dan kembung. Lakukan dalam tempoh 2 atau 3 minggu dan minum banyak air. Mulakan dengan menambah 7 gram serat untuk diet harian dan tingkatkan setiap minggu sehingga mencapai jumlah yang disarankan.

Untuk mencapai sasaran harian, seorang wanita boleh makan:

  • Cawan oat (4 gram) dan pir (4 gram) untuk sarapan pagi
  • Epal besar untuk snek/kudapan (4.5 gram)
  • Salad dibuat dengan 3 cawan salad romaine (3 gram), 1/4 cawan saderi cincang (2 gram) dan tomato kecil (1.4 gram) dengan makan tengah hari
  • Setengah cawan bayam yang dimasak (7 gram) sebagai hidangan sampingan dengan makan malam

Seorang lelaki boleh mencapai sasaran itu dengan menambahkan tiga buah ara kering (10.5 gram) dan keladi bakar saiz sederhana (6.8 gram) untuk makan malamnya.

Jenis serat

Terdapat dua jenis serat iaitu larut dan tidak larut. Jenis serat yang anda harus ambil bergantung kepada keadaan yang anda alami.

Serat larut membantu cirit-birit dengan menyerap air dan menambahkan pembentukan kepada najis. Serat yang tidak larut, yang tidak dicerna, boleh membantu sembelit tetapi membuat cirit-birit lebih teruk.

Serat larut juga membantu mengurangkan kolesterol dan mengawal gula darah anda. Makanan yang mempunyai serat larut termasuk:

  • Oat
  • Kekacang
  • Ubi keledek
  • Epal
  • Mangga
  • Plum
  • Buah beri
  • Kiwi
  • Buah ara

Makanan mempunyai serat tidak larut:

  • Kulit buah
  • Kulit kacang
  • Kulit kentang (terutamanya apabila ia rangup, tetapi elakkan kentang goreng, yang tinggi lemak)
  • Produk Gandum
  • Beras perang
  • Bijian (seeds)
  • Brokoli
  • Bayam
  • Lobak
  • Timun
  • Saderi
  • Salad
  • Tomato

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ini 10 Buah-Buahan Yang Paling TINGGI Kandungan Gula, Jangan Terkejut, Buah Tin Pun Tersenarai!

    Mangga, laici dan juga tembikai merupakan antara jenis buah-buahan yang dikategorikan sebagai buah tinggi gula. Apakah buah-buahan tinggi gula yang lain?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 03/08/2020 . 3 minit bacaan

    Alamak! Anda Berisiko Tercirit Semasa Beraksi Dengan Pasangan Jika Mengalami Keadaan Ini!

    Mungkin kelihatan agak lucu, namun cirit semasa seks boleh terjadi kepada sesiapa sahaja sekiranya mereka mempunyai faktor yang tertulis dalam artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 25/06/2020 . 3 minit bacaan

    ALAMAK! Pusat Racun Negara Dedahkan Pokok Lidah Jin @ Lidah Mentua Beracun?

    Ramai orang menanam dan menyimpan pokok lidah jin atau pokok lidah mentua di dalam rumah.. Namun tahukah anda ia mungkin beracun? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 17/06/2020 . 3 minit bacaan

    13 Jenis Buah Yang Sesuai Untuk Baby 6 Bulan Makan, Tapi Perlu Ke Masak Dahulu?

    Anda ingin memberikan buah untuk bayi tetapi perlukah anda masak makanan pejal tersebut? Atau boleh diberikan secara mentah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    usus tersumbat

    Kerap Alami Kembung Perut? Itu Mungkin Tanda USUS TERSUMBAT, Atasinya Dengan Diet Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    sup tulang

    Ini Kebaikan Bone Broth Pada Si Kecil, Bolehlah Ibu Campurkan Ke Dalam Makanan Anak Nanti

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat serat

    Pssttt… Rahsia Untuk Kurangkan Risiko Dapat Diabetes Jenis 2, Amalkan Pengambilan Serat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    warna kulit

    Rahsia Kulit Putih Hanya Dengan Makanan, Lepas Ini Tak Perlu Lagi Buat Rawatan Cerahkan Kulit

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan