Kebanyakan zat laktoferin boleh dicerna dan memainkan peranan penting pada setiap bahagian tubuh. Zat penting dalam laktoferin ini juga mempunyai fungsi khusus dalam mengurangkan jangkitan bakteria pada usus 11.
Bukan itu saja, laktoferin berfungsi menghalang perkembangan bakteria dengan mengelakkan bakteria daripada zat besi yang penting dalam pertumbuhan dan perkembangan bayi. Kajian klinikal juga menunjukkan protein ini berupaya menyokong kesihatan imun bagi bayi dan kanak-kanak 12.
Laktoferin dalam susu terbaik untuk bayi 1 tahun juga memainkan peranan penting dalam perkembangan otak dan sistem kognitif bayi yang baru lahir, terutamanya dalam proses tumbesaran 19.
Fakta Menarik!
Sebuah kajian terhadap bayi baru lahir dengan kurang berat badan mendapati, susu formula terbaik untuk bayi yang diperkaya dengan laktoferin (sama ada dengan atau tanpa probiotik) mengurangkan risiko bakteria atau kulat
“delayed-onset septicaemia” 17. Hasil kajian analisis yang berbeza pula menunjukkan laktoferin boleh mengurangkan jangkitan dengan mencegah kulat daripada merebak. Ini bermakna, laktoferin mampu mencegah jangkitan kulat daripada berkembang menjadi penyakit sistemik 18.
Selain daripada laktoferin, ibu ayah juga digalakkan mencari susu formula terbaik untuk bayi yang mengandungi PDX dan GOS. Pasti ibu ayah tertanya-tanya apakah itu PDX dan GOS, kan?
PDX atau polydextrose adalah sejenis serat makanan yang berfungsi sebagai “makanan” kepada bakteria yang membawa manfaat kepada keseluruhan saluran usus besar 13. Ia mampu merangsang pertumbuhan dan mengembangkan aktiviti mikroorganisma bermanfaat, terutamanya bakteria yang memenuhi usus.
Selalunya, serat PDX ini boleh dijumpai dalam makanan atau minuman yang dipanggang atau dibakar, bijirin sarapan pagi tanpa gula, puding, produk tenusu dan yogurt 14.
Manakala GOS atau galactooligosaccharide pula adalah sejenis serat yang tidak tercerna oleh aktiviti prebiotik 15. Selain terdapat di dalam susu formula terbaik untuk bayi, GOS juga boleh ditemui dalam makanan. Antaranya seperti di dalam artichoke, brokoli, ubi bit, bawang putih serta pelbagai jenis kekacang seperti kacang soya dan kacang ginjal 16.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen