backup og meta

Kaki Masih Rasa Sakit Walaupun Sudah Dipotong? Ini Sindrom Phantom Pain Yang Anda Kena Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 12/10/2022

    Kaki Masih Rasa Sakit Walaupun Sudah Dipotong? Ini Sindrom Phantom Pain Yang Anda Kena Tahu!

    Kes-kes perubatan yang melibatkan potong tangan atau potong kaki tidak berakhir begitu sahaja. Ia kadangkala masih lagi boleh menyebabkan kesakitan walaupun anggota badan tersebut sudah tiada lagi. Kejadian ini disebut sebagai phantom pain.

    Apakah itu phantom pain dan adakah ia kesakitan fizikal atau sekadar gangguan psikologi?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan, anda boleh klik di sini.

    Apa itu phantom pain?

    potong tangan

    Dalam terma bahasa Melayu, phantom pain ini disebut sebagai sindrom anggota badan hantu.

    Ia adalah sejenis kesakitan yang dirasakan seperti ia datang daripada bahagian badan yang sudah tiada.

    Pakar perubatan pernah mempercayai fenomena selepas amputasi ini adalah satu masalah psikologi.

    Walau bagaimanapun, pakar kini menyedari bahawa sensasi kesakitan sebenar ini berasal daripada saraf tunjang dan juga otak.

    Kebanyakan individu yang mengalami amputasi seperti potong tangan dan potong kaki melaporkan bahawa, kadangkala mereka merasakan seolah-olah anggota yang telah dipotong itu masih ada.

    Ini kerana, kesakitan yang dialami itu dirasakan seperti berasal daripada anggota yang telah tiada.

    Bagi sesetengah individu, sindrom kesakitan ini akan menjadi lebih baik dari masa ke masa tanpa sebarang rawatan.

    Namun, bagi individu yang lain, menguruskan kesakitan sindrom ini mungkin sesuatu yang agak sukar. 

    Simptom-simptom phantom pain

    Terdapat beberapa ciri atau tanda jika anda mengalami sindrom anggota badan hantu ini. Antaranya ialah:

  • Kesakitan yang dialami bermula dalam minggu pertama selepas amputasi atau potong tangan dan potong kaki. Walau bagaimanapun, ia juga mungkin boleh dirasakan selepas beberapa bulan bahkan tahun
  • Sakit yang dialami bersifat on/off atau secara berterusan
  • Gejala kesakitan yang dialami biasanya dirasakan pada bahagian anggota badan yang paling hujung seperti tapak kaki daripada bahagian kaki yang telah tiada
  • Sakit yang dialami dirasakan dengan pelbagai sensasi, antaranya berasa seperti ditembak, ditikam, mengalami kekejangan, rasa dicucuk dengan jarum atau rasa terbakar
  • Punca phantom pain

    potong tangan

    Punca sebenar sindrom anggota badan hantu ini masih tidak begitu jelas.

    Namun, terdapat beberapa perkara yang mungkin berkait rapat dengan kemunculannya. Antaranya ialah:

    #1. Kerosakan saraf

    Amputasi atau potong tangan contohnya boleh menyebabkan kerosakan pada saraf periferi.

    Ini kemudiannya boleh merengsakan hujung saraf lalu menyebabkan sensasi spontan.

    #2. Pemekaan pusat

    Saraf periferi bersambung dengan saraf tulang belakang, yang kemudiannya bertemu dengan saraf tunjang anda.

    Apabila saraf periferi rosak semasa amputasi atau kecederaan, pemekaan pusat mungkin akan berlaku.

    Ia akan menyebabkan peningkatan aktiviti saraf dan sensitiviti dalam saraf tunjang, lalu mengakibatkan sindrom phantom pain

    #3. Pemetaan semula otak

    Selepas anggota badan melalui amputasi seperti potong tangan, otak mengalihkan sensasi dari bahagian anggota yang tiada ke bahagian lain badan kita.

    Ini disebut sebagai pemetaan semula atau penyusunan semula (brain remapping).

    Kesannya, anda mungkin berasa sakit pada bahagian badan yang hilang apabila saraf dirangsang di kawasan sekitarnya. 

    #4. Faktor psikologi

    Dalam sesetengah kes, keadaan psikologi tertentu juga boleh mencetuskan atau menyumbang kepada berlakunya sindrom ini.

    Faktor-faktor ini termasuklah kemurungan, masalah kebimbangan dan peningkatan tahap tekanan yang dialami.

    Bagaimana untuk mengesan sindrom ini?

    Walaupun tiada ujian perubatan khusus yang boleh dilakukan untuk mendiagnosis sindrom ini, doktor akan mengenal pasti keadaan yang anda alami berdasarkan gejala dan keadaan anda.

    Ini termasuklah sebarang trauma atau pembedahan seperti potong tangan atau kaki yang pernah berlaku sebelum kesakitan bermula.

    Oleh itu, amat penting untuk anda menceritakan dengan jelas kesakitan yang sedang dialami kepada doktor agar doktor boleh memahami dengan baik apakah yang sedang berlaku kepada diri anda. 

    Rawatan bagi sindrom ini

    potong tangan

    Kesakitan disebabkan phantom pain ini mungkin akan menghilang dengan sendirinya dalam tempoh beberapa bulan.

    Namun, jika kesakitan yang dialami masih berterusan, terdapat beberapa kaedah rawatan yang mungkin akan dilakukan oleh doktor.

    Antaranya ialah: 

    #1. Ubat-ubatan

    Antara jenis ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat kesakitan phantom pain ialah seperti antidepresan trisiklik, dan ini merupakan kaedah rawatan yang paling biasa.

    Selain itu, ubat seperti opioid, ubat antiradang bukan steroid, antikonvulsan dan antagonis reseptor NMDA juga digunakan dalam rawatan. 

    #2. Rawatan perubatan

    Selain daripada ubat-ubatan, terdapat beberapa kaedah rawatan perubatan yang boleh dilakukan untuk membantu merawat kesakitan akibat sindrom ini. Antaranya ialah:

    • Rangsangan saraf transkutaneus. Rawatan ini yang dikenali sebagai TENS akan merangsang saraf dengan menggunakan arus elektrik
    • Rangsangan sistem saraf pusat. Dalam rawatan ini, isyarat elektrik akan merangsang otak atau saraf tunjang melalui elektrod yang diimplan
    • Biofeedback. Dalam rawatan ini, elektrod diletakkan berhampiran kawasan yang terjejas. Pakar akan mengajar anda cara mengawal fungsi tertentu pada kawasan tersebut

    #3. Terapi perubatan

    Selain itu, terdapat juga beberapa terapi yang boleh membantu kesakitan yang dialami. Antaranya ialah:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 12/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan