backup og meta

Pasca Kecederaan Saraf Tunjang, Bagaimana Lelaki Teruskan Kehidupan Di Kamar Tidur?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/07/2023

    Pasca Kecederaan Saraf Tunjang, Bagaimana Lelaki Teruskan Kehidupan Di Kamar Tidur?

    Kecederaan saraf tunjang adalah antara kondisi perubatan yang kronik dan sangat ditakuti oleh individu.

    Sekiranya ia berlaku, maka wujud kemungkinan di mana sebahagian tubuh badan anda akan menjadi lumpuh.

    Tentu sekali, ia akan mengakibatkan pelbagai kesukaran dan kesulitan dalam meneruskan kehidupan pasca kecederaan ini.

    Bagaimana pula dengan aspek seksual buat lelaki? Adakah ia juga akan terjejas? Jom ikuti artikel ini untuk tahu!

    Apa itu kecederaan saraf tunjang?

    Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita semua tahu tentang definisinya terlebih dahulu.

    Kecederaan saraf tunjang boleh berlaku akibat trauma kemalangan atau kekerasan serta penyakit seperti tumor atau virus yang menjejaskan keupayaan saraf tunjang menghantar dan menerima mesej di antara otot, otak dan tubuh badan.

    Kebiasaannya, penderita akan mengalami kecacatan kekal dari segi kekuatan, sensori dan fungsi anggota yang berada di bawah paras kecederaan ini.

    Mereka yang mengalaminya pasti akan keliru dan bertanya sama ada mereka masih mampu untuk berjalan, bergerak dan menjalani kehidupan seperti biasa.

    Malangnya, kecederaan ini mungkin akan membuat sebahagian tubuh badan lumpuh atau terjejas dalam berbagai-bagai cara yang berbeza.

    Sekiranya dilihat dari aspek seksual, kecederaan saraf tunjang mungkin akan memberi kesan yang agak buruk kepada penderita.

    kecederaan saraf tunjang

    Bagaimana? Sila teruskan pembacaan anda!

    Bagaimana ia mempengaruhi kehidupan seks lelaki?

    Persoalan utama yang akan bermain di minda lelaki pasca kecederaan ini adalah mampukah mereka mendapatkan dan mengekalkan ereksi zakar?

    Sebenarnya, tiada jawapan konkrit ya atau tidak sama ada kecederaan saraf tunjang akan mengakibatkan masalah ereksi zakar bagi lelaki.

    Untuk menjawab persoalan ini, ia adalah sangat bergantung kepada bahagian saraf tunjang yang tercedera dan tahap keterukannya.

    Selain itu, ia juga bergantung kepada jenis ereksi seperti berikut:

    Psikogenik

    Ereksi jenis ini akan berlaku ekoran terdapat rangsangan secara visual, audio atau fantasi minda seorang lelaki.

    Dalam kebanyakan kes pasca kecederaan ini, adalah agak sukar bagi lelaki mendapatkan atau mengekalkan ereksi hanya melalui bayangan atau fikiran sahaja.

    Refleksogenik

    Ereksi jenis ini akan berlaku ekoran refleks yang spontan akibat rangsangan dalam bentuk sentuhan terhadap zakar.

    Dalam kebanyakan kes pasca kecederaan ini, lelaki mungkin masih boleh mendapatkan atau mengekalkan ereksi melalui sentuhan secara sengaja atau tidak sengaja.

    Nokturnal

    Ereksi jenis ini akan berlaku ekoran pundi kencing sudah terlalu penuh ataupun ketika sedang nyenyak tidur.

    Dalam kebanyakan kes pasca kecederaan ini, lelaki mungkin masih boleh mendapatkan atau mengekalkan ereksi tidak kira pada waktu malam atau siang.

    seks

    Persoalannya, adakah penderita masih boleh melakukan hubungan seks bersama pasangan tercinta?

    Kecederaan saraf tunjang tidak menghalang seks!

    Baiklah, sekarang kita sudah tahu bahawa kecederaan ini mungkin akan membuat sebahagian tubuh badan anda lumpuh namun tidak alat sulit lelaki.

    Seperti yang kami nyatakan di atas, kaum Adam masih boleh mendapatkan atau mengekalkan ereksi secara rangsangan sentuhan (refleksogenik).

    Ini bermakna anda dan pasangan masih boleh bersenggama dengan posisi seks yang membenarkan penetrasi zakar ke dalam faraj dilakukan.

    Sebagai contoh, posisi woman on top adalah alternatif yang terbaik!

    Untuk mengekalkan ketegangan dan kekerasan zakar di saat mendayung, ada beberapa teknik yang anda dan pasangan boleh cuba praktikkan:

    • Penggunaan cincin zakar
    • Penggunaan pam zakar
    • Penyuntikan terapi zakar
    • Pembedahan implan zakar
    • Pengambilan ubatan seperti Viagra (sildenafil), Cialis (tadalafil), Levitra (vardenafil), Staxyn (vardenafil), Stendra (avanafil)

    Dengan bantuan rangsangan sentuhan dan teknik-teknik yang kami nyatakan di atas tadi, maka anda dan pasangan mungkin masih boleh beraksi hebat di kamar tidur.

    Namun bolehkah anda mencapai klimaks lantas membuat air mani terpancut?

    seks

    Kemungkinan untuk mencapai klimaks ini mungkin berbeza mengikut tahap keterukan kecederaan saraf tunjang.

    Pun begitu, adalah wajar untuk dikatakan penderita mungkin masih boleh mencapai orgasma jika kena caranya.

    Rahsianya mungkin dengan meneroka zon erotik di tempat lain yang tidak lumpuh akibat kecederaan ini dan bereksperimenlah dengan pasangan.

    Dalam pada itu, ketahuilah bahawa penderita juga mungkin masih boleh mengeluarkan air mani ketika beraksi.

    Konklusinya, lelaki mungkin masih boleh menjalani kehidupan di kamar tidur yang hebat bersama pasangan pasca kecederaan saraf tunjang.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan