Seks itu bukan sekadar penetrasi zakar ke dalam faraj semata-mata kerana ia juga melibatkan pelbagai lagi aspek lain seperti usikan, sentuhan atau urutan seks pada tubuh badan masing-masing!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Seks itu bukan sekadar penetrasi zakar ke dalam faraj semata-mata kerana ia juga melibatkan pelbagai lagi aspek lain seperti usikan, sentuhan atau urutan seks pada tubuh badan masing-masing!
Jangan cuma fokus semasa atau selepas hubungan itu berlangsung kerana pada sebelum itu juga anda dan pasangan perlu lebih bersedia. Tetapi, apa pula yang kalian perlu cuba praktikkan?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Bayangkan diri anda adalah seorang atlet sukan. Setiap kali sebelum melangkah masuk ke padang atau gelanggang, tidak membuat regangan dan senaman adalah kesilapan sangat besar.
Ini kerana ia akan menjadikan tubuh badan anda keras, kaku serta tidak panas lantas tidak sesuai untuk melakukan aktiviti lasak. Ia situasi yang hampir sama dengan hubungan seksual.
Baca lagi artikel berkaitan:
Disebabkan itu pula, adegan ringan atau foreplay itu amat penting setiap kali sebelum memulakan seks!
Sekiranya individu itu dapat bersedia baik dari segi fizikal serta mental, maka lebih tinggi potensi untuk hubungan bersama pasangan di kamar tidur itu menyeronokkan lagi memuaskan.
Sebenarnya, ketenangan adalah kunci utama kejayaan aktiviti seksual. Menurut Pakar Perubatan Tradisional Cina, Andrew Perzigian, ada banyak kaedah yang boleh bantu usaha anda.
Beliau menyatakan bahawa segala usikan, sentuhan atau urutan pada titik-titik tertentu di tubuh badan bukan sahaja akan buat ia lebih relaks, malah akan meningkatkan fungsi seksual.
“Dari perspektif akupuntur, wujud beberapa titik utama pada tubuh badan lelaki serta wanita yang akan beri impak positif apabila berlakunya ‘tekanan’ semasa hubungan intim,” kata beliau lagi.
Berikut adalah titik yang anda dan pasangan perlu perhatikan untuk tingkatkan kepuasan seksual:
Titik yang turut dikenali sebagai DU20 ini terletak di tengah kepala yakni pada atas telinga anda. Apabila ia disentuh dengan lembut ketika foreplay, anda mungkin akan jadi lebih relaks.
Alasannya, titik ini mampu melancarkan darah di kepala anda sekali gus mengurangkan tekanan. Ini adalah langkah pertama untuk membuat diri lebih tenang sebelum memulakan seks.
Ada beberapa titik di anggota kaki yang boleh dicuba semasa urutan seks iaitu di sekitar bahagian bawah tapak kaki (KI1), pada atas tengah kaki (LR3) serta dalam tengah kaki (SP4).
Urutan yang lembut pada titik-titik ini mampu untuk melancarkan aliran dalam saluran darah ke kawasan utama tubuh badan termasuk alat sulit lelaki dan wanita lantas bakal meningkatkan lagi kehangatan aktiviti seksual di ranjang.
Bahagian di sekitar luar betis (K17) serta dalam betis (SP6) masing-masing adalah titik akupuntur khas buat kaum lelaki dan wanita. Namun, kedua-duanya akan membawa kesan yang sama.
Urutan seks secara lembut pada titik di atas tadi juga mampu untuk menggalakkan aliran darah dalam saluran pada tubuh badan. Dengan pengaliran darah yang lebih baik, maka fungsi seksual tubuh badan anda juga akan meningkat.
Kira-kira jarak dua jari dari bawah pusat, titik akupuntur Ren6 ini sangat penting untuk diusik tatkala anda melakukan hubungan seks kerana ia mampu meningkatkan tahap tenaga.
Perubatan tradisional Cina percaya bahawa pusat adalah pusat tenaga (qi) yang wujud di tengah-tengah tubuh badan. Maka, jangan lupa bermain di bahagian ini ketika bersenggama.
Sebelum hubungan seks itu dijalankan, cuba elak daripada terus pergi ke alat kelamin masing-masing, sebaliknya cuba fokus di kawasan sekitar ari-ari untuk menaikkan lagi nafsu syahwat.
Titik ST30 ini sangat hampir dengan arteri utama tubuh badan yang juga mampu melancarkan aliran darah dalam saluran. Perlahan, cuba usik di sekitar kawasan ini dengan lembut dan manja untuk merangsang dan menggalakkan libido masing-masing.
Menurut Perzigian lagi, ramai pasangan cuma mementingkan kepuasan fizikal namun tidak mental dalam aspek hubungan seks. Ia adalah suatu konsep yang perlu diubah dengan segera.
Sejak dari awal lagi, aktiviti seksual itu memerlukan ketenangan dari emosi dan tubuh badan bagi memastikan ia benar-benar berjaya untuk pasangan masing-masing. Elakkan diri daripada jadi gelojoh dan jangan lupa ‘bermain’ pada titik akupuntur di atas ya?
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen