backup og meta

Pssttt Pakar Kongsi 5 Rahsia Untuk Wanita Kekal Awet Muda

Pssttt Pakar Kongsi 5 Rahsia Untuk Wanita Kekal Awet Muda

Siapa sahaja yang tidak ingin tampak muda dan memiliki wajah yang berseri walaupun usia telah lanjut bukan? Sebenarnya, ada banyak tips awet muda yang berkesan untuk anda cuba!

Faktor usia bukanlah penyebab kulit anda berkedut atau kelihatan lebih tua daripada usia. Dengan memilih makanan awet muda untuk wanita yang tepat, anda kini boleh meremajakan wajah kembali dan mengelakkan masalah penuaan awal.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan beberapa senarai makanan awet muda untuk wanita menurut pakar, yang anda boleh cuba. Jadi, jom baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Memahami proses penuaan

Penuaan adalah proses semula jadi yang akan dialami oleh setiap wanita seiring dengan peningkatan usia mereka.

Wanita yang sudah menginjak usia tua memerlukan pemakanan yang sihat dan seimbang untuk meningkatkan kesihatan mental, menambah tahap tenaga dan meningkatkan daya imuniti mereka untuk melawan sebarang jangkitan penyakit.

Sebelum merancang sebarang pelan pemakanan, anda perlu tahu bagaimana faktor penuaan boleh mempengaruhi wanita.

Pada permulaan fasa menopaus (sekitar usia 45 hingga 55 tahun), jisim otot, jisim tulang dan kolagen dalam tubuh wanita mula menurun dengan cepat — kira-kira satu dekad lebih awal daripada golongan lelaki.

Wanita mungkin mengalami sebarang perubahan tubuh seperti berikut:

  • Kesihatan sendi: Kehilangan tulang rawan sehingga 20%
  • Kepadatan mineral tulang: Penurunan sehingga 10%
  • Kesihatan kulit: Kehilangan protein struktur sehingga 30%
  • Kesihatan otot: Kehilangan jisim otot sehingga 8%

Apa rahsia dan tips awet muda yang boleh dicuba?

tips awet muda
Pengarah Perubatan Nutrisi Abbott Malaysia, Dr. Nina Mazera Mohd Said.

Pengarah Perubatan Nutrisi Abbott Malaysia, Dr. Nina Mazera Mohd Said berkata, pemakanan memainkan peranan yang penting dalam penuaan sihat.

Menurutnya lagi, wanita perlu mendapatkan nutrien penting untuk mengekalkan kesihatan sendi, tulang, kulit, otot dan sistem imun mereka.

Dalam pada itu, Dr. Nina juga mengesyorkan wanita yang menginginkan tips awet muda boleh memfokuskan pada pengambilan nutrien yang berikut ke dalam diet harian mereka:

Tips awet muda yang berkesan #1. HMB

HMB dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh daripada metabolisme asid amino, leusin yang diperoleh daripada makanan seperti produk tenusu, kacang soya, daging lembu dan ayam.

HMB berfungsi untuk melambatkan pemecahan otot. Satu kajian mendapati bahawa pengambilan suplemen HMB adalah antara tips awet muda yang berkesan untuk membantu mengekalkan jisim otot dalam kalangan populasi tua.

#2. Cara awet muda dengan menambah protein

Protein juga adalah sebahagian hidangan yang penting dalam diet harian wanita.

Menurut Cadangan Pengambilan Nutrien untuk Malaysia (RNI, 2017), individu dewasa disarankan untuk mengambil kira-kira 1 gram protein per kilogram berat badan mereka setiap hari.

Pengambilan protein tanpa lemak daripada ayam, ikan, produk tenusu, soya dan kekacang dapat menyokong kesihatan otot anda semasa proses penuaan.

#3. Vitamin D juga antara makanan awet muda untuk wanita

Ramai mengutamakan pengambilan vitamin C dalam diet harian sehinggakan ada yang terlupa bahawa vitamin D juga adalah salah satu tips awet muda yang berkesan!

Vitamin D adalah nutrien penting untuk kesihatan tulang, terutamanya bagi wanita yang semakin berusia. Ia merupakan salah satu nutrien utama untuk pembentukan tulang kerana ia meningkatkan penyerapan kalsium.

Vitamin D boleh dihasilkan oleh tubuh anda sendiri apabila kulit anda terkena cahaya matahari. Ia juga boleh didapati daripada pelbagai sumber makanan seperti minyak ikan, kuning telur, produk tenusu, salmon, sardin dan bijirin.

Cara awet muda #4. Kalsium

Kalsium diperlukan untuk otot berfungsi dengan baik, dan ia adalah salah satu blok binaan mineral yang memberikan struktur dan kekuatan kepada tulang anda.

Anda boleh mengambil makanan awet muda untuk wanita yang mengandungi kalsium seperti ikan bilis, badam, susu dan kekacang dalam diet harian untuk mengurangkan kehilangan kepadatan tulang yang berkaitan dengan penurunan tahap estrogen.

tips awet muda
Kelebihan minum susu kambing.

#5. Yeast Beta-Glucan juga boleh membantu anda kelihatan awet muda!

YBG atau Yeast Beta-Glucan, adalah sejenis serat yang terdapat dalam yis.

YBG telah terbukti secara klinikal dapat membantu menguatkan sistem imun, mengurangkan risiko jangkitan saluran pernafasan, dan meningkatkan kesihatan jantung mereka yang telah mencapai usia warga emas.

Mengambil beta-glukan yang diperbuat daripada oat atau barli selama beberapa minggu dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol yang tinggi.

Susu diperkaya juga boleh membantu

kelebihan minum susu
Susu dapat meningkatkan kesihatan otot anda sepanjang tempoh penuaan.

Tidak dinafikan, ada sesetengah indvidu sukar untuk memenuhi keperluan nutrisi harian mereka menerusi diet harian.

Namun begitu, terdapat pelbagai jenis susu dengan pelbagai formula yang dijual di pasaran seperti susu Ensure® Gold StrengthPro.

Susu ini membekalkan nutrisi yang lengkap dan seimbang seperti:

  • HMB (beta-hidroksi-beta-metilbutirat): Menguatkan kesihatan otot dalam tempoh 8 minggu
  • YBG (beta glukan yis): Meningkatkan imuniti dalam masa 4 minggu

Konklusinya, pengambilan nutrien yang seimbang dan menambah susu formula yang dirumus khas ke dalam diet seharian merupakan tips awet muda yang paling berkesan buat mereka yang menginginkan kulit wajah yang berseri dan tubuh badan yang sihat.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Eating Well as You Age. https://www.helpguide.org/articles/healthy-eating/eating-well-as-you-age.htm. Accessed on August 5, 2024.

Nutrition for Older Adults: Why Eating Well Matters as You Age. https://health.clevelandclinic.org/how-to-age-better-by-eating-more-healthfully. Accessed on August 5, 2024.

10 foods that support healthy ageing. https://www.selwynfoundation.org.nz/informing/information-about-ageing/10-foods-that-support-healthy-ageing/. Accessed on August 5, 2024.

Foods That Make You Look Younger. https://www.womensderm.org/UserFiles/file/FoodsThatMakeYouLookYounger-PatriciaFarris.pdf. Accessed on August 5, 2024.

Importance of eating well as you age. https://www.harrogatelifecare.org/news/importance-of-eating-well-as-you-age/. Accessed on August 5, 2024.

Versi Terbaru

07/08/2024

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Orang Dewasa Pun Wajib Minum Susu, Ini Cara Tepat Pilih Susu Dewasa Untuk Tubuh Sihat!

Ini 7 Perubahan Yang Boleh Berlaku Pada Jantung Anda Apabila Usia Semakin Meningkat!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 07/08/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan