backup og meta

Pink Charity Walk, Tingkatkan Kesedaran Pemeriksaan & Pengesanan Kanser Payudara!

Pink Charity Walk, Tingkatkan Kesedaran Pemeriksaan & Pengesanan Kanser Payudara!

Kuala Lumpur, 28 Oktober 2024 – Shangri-La Kuala Lumpur telah mengadakan Pink Charity Walk pada 27 Oktober 2024, yang mengumpulkan hampir 300 peserta dalam satu acara penuh dan bersemangat untuk menyokong kesedaran pemeriksaan kanser payudara dan pengesanan awal.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Menyokong kesedaran pemeriksaan kanser payudara

Dengan kerjasama Shangri-La Kuala Lumpur dan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA), acara ini menyediakan platform yang memberi inspirasi untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan payudara, mempromosikan pemeriksaan kanser payudara pada peringkat awal, dan menggalakkan solidariti dalam perjuangan untuk melawan kanser payudara.

“Kami amat gembira melihat komuniti kami bersatu untuk tujuan yang begitu penting. Shangri-La Kuala Lumpur komited untuk memberi impak yang bermakna, dan acara ini mencerminkan matlamat bersama kami untuk meningkatkan kesedaran serta mengumpul dana bagi sokongan kanser payudara“, kata Pengurus Besar Shangri-La Kuala Lumpur, Daniel Kaeflein.

Acara dimulakan dengan aktiviti zumba yang sungguh bertenaga dan bersemangat sebelum peserta memulakan pagi yang penuh makna dengan semangat komuniti, kesedaran dan sokongan untuk pemeriksaan kanser payudara pada peringkat awal.

Perarakan sejauh 5 km di sepanjang Laluan KL Car-Free Morning mewarnakan jalan-jalan kota dengan warna merah jambu, mencipta paparan yang kuat mengenai perpaduan dan harapan.

pemeriksaan kanser payudara
Perarakan sejauh 5 km di sepanjang Laluan KL Car-Free Morning.

Setiap langkah yang diambil melambangkan komitmen bersama setiap peserta dalam menyokong mereka yang menghidapi kanser payudara.

Selain berjalan kaki, Klinik Bergerak MURNI turut disediakan di lokasi yang menawarkan pemeriksaan klinikal payudara secara percuma bagi mempromosikan mesej pengesanan awal kanser payudara.

Peserta juga menikmati Pink Bazaar yang meriah, yang menawarkan barangan dan perkhidmatan, serta memberikan mereka peluang untuk membuat sumbangan tambahan demi menyokong objektif acara ini.

Kolaborasi

Shangri-La Kuala Lumpur turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan kolaborasi atas dedikasi dan sokongan mereka dalam menjayakan acara ini.

Ucapan terima kasih tersebut ditujukan khas kepada Nespresso, Menara KL, Fit Mania Malaysia, St. John Ambulance, Helping Hands of Penan, Pevonia, Hello Doktor, Jadi Batik, Kiddo Care, dan BOMBA, yang masing-masing menyumbang elemen penting dalam usaha untuk memperkayakan pengalaman ini.

Sepanjang bulan Oktober, Shangri-La Kuala Lumpur telah mengambil pendirian proaktif dalam advokasi kanser payudara melalui beberapa inisiatif.

Bekerjasama dengan BCWA, hotel ini komited untuk mendermakan 5% daripada hasil jualan Pink Afternoon Tea Set dan Pink Goodies Sale bagi menyokong program penyuluhan dan kesedaran persatuan tersebut.

Inisiatif ini menekankan komitmen Shangri-La dalam memberi impak yang bermakna dalam perjuangan untuk melawan kanser payudara.

Mengenali faktor risiko kanser payudara

Wanita yang mempunyai faktor risiko seperti di bawah mungkin lebih berisiko untuk menghidap kanser.

Sekiranya anda tergolong dalam mana-mana kumpulan di bawah, pastikan anda pergi ke klinik untuk pemeriksaan payudara secepat yang mungkin.

  • Umur – wanita yang berumur 50 tahun lebih berisiko untuk menghidap kanser payudara
  • Sejarah kanser – wanita yang pernah menghidap kanser payudara berisiko untuk mendapat kanser pada buah dada yang sihat
  • Sejarah keluarga – wanita lebih berisiko untuk menghidap kanser payudara jika ibu, kakak, atau adik perempuan mempunyai kanser payudara
  • Genetik – wanita yang mempunyai BRCA1 dan BRCA2 lebih berisiko untuk menghidap barah payudara

Wanita yang mempunyai risiko tinggi untuk menghidap kanser payudara perlu melakukan mamogram dan MRI setiap tahun bermula dari umur 30 tahun.

Walau bagaimanapun, bukan semua wanita perlukan imbasan MRI setiap tahun.

Namun, wanita yang mempunyai risiko yang tinggi perlu mula melakukan pemeriksaan payudara di hospital kerajaan mahupun swasta. Ini penting agar persediaan yang lebih rapi dapat dilakukan.

pemeriksaan kanser payudara
Kaedah pemeriksaan payudara.

Kepentingan pemeriksaan kanser payudara

Kanser payudara mempunyai kadar kesembuhan yang tinggi jika dikesan ketika ia masih belum belum merebak.

Sama seperti kanser lain juga, pemeriksaan payudara di hospital kerajaan mahupun swasta adalah kunci utama kesembuhan.

Selain mamogram, wanita juga boleh lakukan pemeriksaan kendiri mengikut masa terbaik pemeriksaan payudara.

Walau bagaimanapun, pemeriksaan kendiri tidak setepat mamogram dan ia tidak dapat mengesan kanser dengan tepat.

Jadi, lebih baik jika anda pergi ke klinik untuk pemeriksaan payudara anda.

Pakar boleh melakukan pemeriksaan kanser payudara langkah demi langkah yang dapat membantu untuk mengesan kewujudan kanser.

Kesimpulan

Kanser yang ditemui semasa pemeriksaan payudara di hospital kerajaan atau swasta kebiasaannya masih lagi bersaiz kecil dan bersifat lokal.
Oleh sebab itu, kanser ini lebih berpotensi untuk dirawat dan pesakit juga mempunyai peratusan yang lebih tinggi untuk sembuh.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Breast Cancer. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/breast-cancer/symptoms-causes/syc-20352470. Diakses November 13, 2024.

Breast Cancer. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/3986-breast-cancer. Diakses November 13, 2024.

Symptoms of Breast Cancer. https://www.cdc.gov/breast-cancer/symptoms/index.html. Diakses November 13, 2024.

Breast Cancer Signs and Symptoms. https://www.cancer.org/cancer/types/breast-cancer/screening-tests-and-early-detection/breast-cancer-signs-and-symptoms.html. Diakses November 13, 2024.

Breast Cancer Signs and Symptoms. https://www.nationalbreastcancer.org/breast-cancer-symptoms-and-signs/. Diakses November 13, 2024.

Versi Terbaru

14/11/2024

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Menangani Stigma & Menyokong Penderita Psoriasis, Ini Kata Pakar Dermatologi!

Kempen #StartsWithYou Galakkan Rakyat Malaysia Ambil Langkah Kawal Diabetes!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 14/11/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan