backup og meta

Masih Belum Hamil? Mungkin Anda Ada Masalah Kekurangan Ovari!

Masih Belum Hamil? Mungkin Anda Ada Masalah Kekurangan Ovari!

Pernah dengar mengenai keadaan kekurangan ovari utama? Ia boleh menjadi punca wanita tidak subur. Ikuti perkongsian artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Keadaan berkaitan kesuburan wanita

Keadaan kekurangan ovari utama atau primary ovarian insufficiency (POI), berlaku apabila ovari wanita berhenti berfungsi secara normal sebelum berusia 40 tahun.

Secara amnya wanita akan mengalami penurunan kesuburan apabila menginjak usia 40 tahun – peralihan ke fasa menopaus, seperti haid tidak teratur.

Namun bagi individu POI atau turut dikenali sebagai kegagalan ovari pramatang, masalah haid tidak teratur dan penurunan kesuburan wanita bermula sebelum usia 40 tahun. Bahkan boleh terjadi seawal usia remaja.

POI berbeza dengan menopaus pramatang yang boleh terjadi secara semula jadi, disebabkan penyakit, pembedahan, kemoterapi atau radiasi, di mana haid terhenti sebelum usia 40 tahun dan tidak boleh hamil.

Manakala cengan POI, haid masih dialami walaupun kadang-kadang dan masih boleh hamil. Dalam kebanyakan kes, punca POI tidak dapat diketahui.

Kenal pasti punca wanita tidak subur

punca wanita tidak subur
Kira waktu subur anda sentiasa

Gejala kekurangan ovari utama sama dengan menopaus atau kekurangan estrogen, termasuklah:

Jumpa doktor sekiranya:

  • Anda berusia 35 tahun ke bawah. Doktor akan mencadangkan agar pasangan mencuba sendiri selama setahun sebelum rawatan.
  • Berusia antara 35-40 tahun. Jumpa doktor selepas 6 bulan mencuba.
  • Lebih daripada 40 tahun. Doktor mungkin akan mencadangkan rawatan secepat mungkin.

Memahami punca wanita tidak subur

Kekurangan ovari utama mungkin terjadi disebabkan:

Kecacatan kromosom

Beberapa gangguan genetik dikaitkan dengan POI, termasuklah sindrom Turner mosaik boleh jadi punca perempuan tidak subur.

Toksin

Kemoterapi dan terapi radiasi punca biasa POI disebabkan oleh toksik yang merosakkan bahan genetik dalam sel.

Toksik lain seperti asap rokok, bahan kimia, racun perosak dan virus mungkin mempercepatkan kegagalan ovari.

Punca wanita tidak subur: Penyakit autoimun

Jarang berlaku di mana sistem imun menghasilkan antibodi terhadap tisu ovari, merosakkan folikel mengandungi telur dan telur itu sendiri.

Punca yang mencetuskan tindak balas ini tidak jelas, tetapi pendedahan kepada virus antara kemungkinan penyebab wanita tidak subur.

Faktor tidak diketahui punca wanita tidak subur

Penyebab POI sering tidak diketahui (idiopatik). Doktor akan mengesyorkan ujian lanjut untuk mencari puncanya.

Faktor risiko

Beberapa faktor boleh menyebabkan peningkatan risiko untuk punca wanita tidak subur terjadi, seperti: 

  • Umur. Risiko meningkat antara usia 35-40. Namun ia turut boleh dialami individu lebih muda, bahkan remaja
  • Sejarah keluarga. Risiko juga meningkat sekiranya ada sejarah keluarga yang mengalami POI
  • Pembedahan ovari. Pembedahan melibatkan ovari akan meningkatkan risiko untuk mengalami kegagalan ovari pramatang ini
  • Genetik. Perubahan dan keadaan pada genetik menjadikan wanita berisiko tinggi untuk POI

Komplikasi kekurangan ovari utama

Beberapa risiko masalah kesihatan lain turut berkembang seperti:

Kemandulan

Kesuburan seorang wanita terganggu disebabkan POI akan menjejaskan peluangnya untuk hamil. Dalam kes jarang berlaku, kehamilan boleh terjadi sehingga kehabisan telur dalam ovari.

Osteoporosis 

Estrogen membantu mengekalkan tulang yang kuat. Wanita dengan tahap estrogen rendah berisiko mengalami tulang lemah dan rapuh serta cenderung untuk patah.

Kemurungan atau kegelisahan 

Risiko kemandulan dan komplikasi lain mengakibatkan sesetengah wanita menjadi murung atau mudah cemas.

punca wanita tidak subur
Kemandulan sebabkan anda mudah alami kemurungan
Penyakit jantung 

Tahap estrogen rendah mempengaruhi otot yang melapisi arteri dan meningkatkan penumpukan kolesterol pada arteri – mengembangkan risiko aterosklerosis.

Sindrom mata kering dan penyakit permukaan mata

Kedua-dua keadaan ini boleh menyebabkan ketidakselesaan dan penglihatan kabur. Tanpa rawatan , ia boleh mengakibatkan kerosakan mata kekal.

Fungsi tiroid rendah

Dikenali sebagai hipotirodisme – ia menjejaskan metabolisme dan tahap tenaga badan yang sangat rendah serta otak tidak aktif.

Merawat punca wanita tidak subur

punca wanita tidak subur
Golongan yang sesuai jalani proses IVF

Buat masa ini tiada rawatan terbukti dapat mengembalikan fungsi normal ovari. Namun ada cara yang boleh mengatasi gejala POI serta menurunkan risiko masalah kesihatan. 

  • Terapi penggantian hormon (HRT) – memberikan tubuh estrogen dan hormon lain yang tidak dihasilkan ovari. HRT meningkatkan keinginan seksual, mengurangkan risiko penyakit jantung dan osteoporosis
  • Suplemen kalsium dan vitamin D – ini kerana wanita POI berisiko tinggi mengalami osteoporosis 
  • Persenyawaan in vitro (IVF) – jika mengalami kekurangan ovari utama dan ingin hamil, anda boleh mencuba rawatan IVF
  • Aktiviti fizikal kerap dan berat badan seimbang – dapat menurunkan risiko osteoporosis dan penyakit jantung
  • Merawat masalah berkaitan – jika wujud masalah berkaitan POI, ia penting untuk merawatnya juga. Rawatan mungkin melibatkan pengambilan ubatan dan hormon

Pemeriksaan doktor

Jika anda lewat mengalami haid selama 3 bulan atau lebih, berjumpalah doktor untuk mengetahui puncanya. 

Haid lewat boleh terjadi kerana beberapa faktor seperti kehamilan, tekanan, perubahan diet atau tabiat bersenam. Tetapi, adalah lebih baik jika ia dinilai oleh pakar.

Anda mungkin tidak kisah dengan masalah kesuburan seorang wanita seperti tidak mengalami haid, namun lakukanlah pemeriksaan doktor untuk mengetahui puncanya.

Ini kerana tahap estrogen rendah cenderung menyebabkan kerapuhan tulang dan risiko penyakit jantung.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Primary ovarian insufficiency. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/premature-ovarian-failure/symptoms-causes/syc-20354683,Accessed on Oct 10, 2021
  2. Primary Ovarian Insufficiency. https://medlineplus.gov/primaryovarianinsufficiency.html, Accessed on Oct 10, 2021
  3. Primary Ovarian Insufficiency in Adolescents and Young Women. https://www.acog.org/clinical/clinical-guidance/committee-opinion/articles/2014/07/primary-ovarian-insufficiency-in-adolescents-and-young-women,Accessed on Oct 10, 2021
  4. Primary Ovarian Insufficiency. https://www.cedars-sinai.org/health-library/diseases-and-conditions/p/primary-ovarian-insufficiency.html,Accessed on Oct 10, 2021
  5. Primary Ovarian Insufficiency. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17963-primary-ovarian-insufficiency,Accessed on Oct 10, 2021
  6. Premature ovarian insufficiency in general practice: Meeting the needs of women. https://www.racgp.org.au/afp/2017/june/premature-ovarian-insufficiency-in-general-practice-meeting-the-needs-of-women/,Accessed on Oct 10, 2021
  7. What is Premature Ovarian Insufficiency (Also Called Premature Ovarian Failure)? https://www.reproductivefacts.org/news-and-publications/patient-fact-sheets-and-booklets/documents/fact-sheets-and-info-booklets/what-is-premature-ovarian-insufficiency-also-called-premature-ovarian-failure/, Accessed on Oct 10, 2021

Versi Terbaru

11/01/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Keputihan Bertukar Warna, Bagaimana Nak Tahu Tanda Normal @ Penyakit?

Elak Sista Ovari Pecah, Ini 5 Cara Kecutkan Cyst Yang Selamat Di Rumah!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 11/01/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan