Kopi

Sudah tentu, bekalan kafein kopi dapat membantu anda meningkatkan daya tahan untuk hubungan seks, tetapi jika anda mendapat gelisah daripada kopi, ini tidak akan menjadi bahan cinta untuk anda.
Gemuruh yang meningkat boleh mengurangkan nafsu seks anda, aduan biasa orang yang sensitif dengan kafein.
Coklat
Ia boleh menjadi suatu yang menakjubkan, tetapi ia juga boleh merosakkan pujuk rayu sebelum tidur (pillow talk) anda. Walaupun dianggap sebagai afrodisiak (menaikkan syahwat) kerana ia merangsang perasaan euforia ( rasa sangat gembira) dan kasih sayang, menurut Dr Michael Hirt, ia juga akan menyekat tahap testosteron.
Pudina (Mint)
Nafas berbau adalah turn-off, tetapi anda tidak boleh beralih kepada pudina untuk mengubatinya, terutamanya jika anda adalah lelaki. Menthol dalam mint merendahkan testosteron, yang seterusnya menghilangkan libido anda.
Diet soda
Selain menjadi dahsyat dan ketagihan untuk badan anda dalam pelbagai cara, diet soda boleh memusnahkan kehidupan seks anda. Ia adalah pemanis tiruan yang harus dipersalahkan di sini.
Makan dan minum apa-apa dengan pemanis palsu, terutamanya aspartame, memberi kesan kepada tahap serotonin anda, yang mana penting untuk keseronokan seksual. Bersikap jujur, tidak ada individu yang menyedari kesihatan perlu minum minuman ini juga. Biarkan ia menjadi satu lagi alasan untuk tidak pernah menyentuh diet minuman ringan.
Oleh itu, berhati-hati sebelum anda makan apa-apa kerana sebahagian daripadanya boleh menyebabkan anda lemah atau tiada nafsu di atas katil.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen