backup og meta

Punggung Jatuh Bererti Sudah Hilang Perawan? Ini Fakta Sebenar Mengenai Selaput Dara Wanita

Punggung Jatuh Bererti Sudah Hilang Perawan? Ini Fakta Sebenar Mengenai Selaput Dara Wanita

Selaput dara bukanlah isu yang asing. Tapi, pernah tak terlintas di fikiran anda tentang selaput dara dimana? Untuk mengetahui mengenainya, teruskan membaca artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Teori masih dara

Sebenarnya isu sama ada seseorang wanita itu masih dara atau tidak sering menjadi topik perbualan, bukan sahaja dalam kalangan individu lelaki, malahan antara golongan wanita itu sendiri. 

Pelbagai teori berkenaan keperawanan seseorang itu timbul.

Antaranya, jika punggungnya jatuh maka individu itu sudah tidak perawan, jika jalannya mengengkang bermakna individu itu sudah melakukan seks, dan jika kepala lututnya hitam sudah tidak berdara lagi wanita tersebut.

Tetapi adakah benar teori sebegitu dapat menentukan sama ada seseorang individu itu masih dara atau tidak?

Atau ia sekadar kepercayaan dan mitos palsu yang harus diperbetulkan agar tiada lagi salah faham mengenainya?

Selaput dara dimana #Kepercayaan karut

selaput dara dimana

Dalam satu status milik seorang pengguna akaun media sosial, Twitter,  yang bertanyakan mengenai kesahihan teori tersebut kepada Dr. Amalina Che Bakri, “Benarkah punggung jatuh bermakna sudah tidak ada dara?”

Menurut Dr Amalina Che Bakri, Pakar Pelatih Bedah di Bahagian Surgikal dan Trauma di Imperial College Healthcare NHS Trust di bawah seliaan The Royal College of Surgeons of England, bentuk fizikal seseorang tidak boleh menentukan sama ada individu tersebut masih dara atau tidak.

Sama ada punggung jatuh, kepala lutut hitam, jalan mengengkang atau apa sekali pun dari segi fizikalnya, bagi mengatakan individu itu tidak lagi dara adalah satu teori mengarut.

Selaput dara dimana? Fakta yang perlu difahami

Untuk mengurangkan salah faham dan lebih memahami mengenai isu masih dara atau tidak, apa kata kita berbicara sedikit mengenai hymen yang dikatakan penentu keperawanan seseorang individu wanita.

1. Selaput dara dimana?

Ramai yang tertanya-tanya, di manakah kedudukan selaput dara?

Selaput dara atau dalam istilah Inggeris dikenali sebagai Hymen, merupakan satu lapisan nipis yang menyelaputi saluran pembukaan vagina atau faraj (vagina opening).

Ia merupakan lapisan sel yang mempunyai saiz dan bentuk yang berbeza bagi setiap individu wanita.

selaput dara dimana

Pecah dara sebelum bernikah tidak bermaksud individu wanita tersebut pernah melakukan hubungan seks.

Ini kerana selaput dara boleh terjejas sekiranya individu wanita tersebut melakukan aktiviti lasak seperti berlari, bersenam, melakukan sebarang aktiviti regangan, berbasikal ataupun memanjat sesuatu. 

2. Tidak menutup semuanya

Kini terjawab sudah selaput dara dimana. Tetapi anda perlu fahami bahawa, selaput dara bukanlah satu lapisan yang menutup keseluruhan penuh laluan faraj.

Ini kerana sekiranya lapisan tersebut menutup secara penuh permukaan faraj, bagaimana untuk darah haid dan sebarang sisa cecair dari faraj keluar, bukan?

Jadi lapisan selaput dara hanya menutup sebahagian saluran pembukaan vagina.

Manakala sekiranya ia menutup secara penuh, seseorang individu itu mungkin mengalami penyakit yang dikenali sebagai  Imperforated Hymen, yang akan menyekat pengeluaran haid serta lendiran vagina

Sebenarnya, bukan semua bayi perempuan dilahirkan dengan selaput dara.

Jadi menggunakan lapisan ini sebagai penentu sama ada seseorang masih dara atau tidak sudah tentu tidak boleh diterima akal.

Selaput dara dimana? 3. Mudah lentur

selaput dara dimana

Ini khususnya untuk pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga, ya?

Jika pada kali pertama ingin melakukan seks, sebaiknya lakukan secara perlahan-lahan. Ini kerana tekstur selaput dara adalah seperti getah mudah lentur. 

Seks kali pertama tidaklah begitu menyakitkan seperti yang disangka kerana selaput dara tidak akan terkoyak, tetapi ia sekadar meregang.

Kepercayaan mengenai selaput dara akan hilang atau pecah selepas melakukan seks adalah salah sama sekali.

Ini kerana selaput dara itu cuma akan ‘teralih’ sedikit kerana teksturnya yang mudah lentur.

Tidak dinafikan, ketika melakukan seks buat pertama kalinya, anda mungkin dalam keadaan yang gementar.

Keadaan ini sekali gus membuatkan lapisan tersebut meregang secara keterlaluan dan akhirnya menyebabkan berlaku sedikit pendarahan. 

Ia cumalah sekadar pendarahan kecil dan tidaklah sehingga menyebabkan darah yang mengalir keluar itu membasahi cadar katil atau selimut anda. 

Selaput ini dikatakan akan kembali kepada tempat asalnya jika seseorang individu itu sudah lama tidak melakukan sebarang hubungan seksual ataupun aktiviti pergerakan yang lasak. 

Baca juga:

Selaput dara dimana #Bukan penentu masih dara atau tidak 

Hymen ini tidak boleh dijadikan sebagai faktor penentu untuk menentukan sama ada seseorang individu itu masih dara atau tidak. 

Malahan jika anda merupakan individu yang dilahirkan dengan kehadiran lapisan hymen ini, ia cumalah sebahagian daripada lapisan tisu dalam badan anda.

Malah berdasarkan kajian terbitan jurnal Reproductive Health, doktor tidak boleh menentukan sama ada seorang individu aktif secara seksual atau tidak dengan hanya bergantung kepada pemeriksaan fizikal selaput dara.

Jadi sudah tentu, kajian ini boleh dianggap sebagai sokongan menyatakan selaput dara bukan penentu kepada keperawanan seseorang individu.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Accessed on Dec 16, 2019

  1. Virginity. https://www.plannedparenthood.org/learn/teens/sex/virginity, Accessed on Dec 16, 2019
  2. What happens the first time you have sex? https://www.plannedparenthood.org/learn/teens/sex/virginity/what-happens-first-time-you-have-sex, Accessed on Dec 16, 2019
  3. Does a broken hymen mean someone is not a virgin?  https://www.healthnavigator.org.nz/health-a-z/h/hymens-and-virginity/, Accessed on Dec 16, 2019
  4. Berger, D. G., & Wenger, M. G. (1973). The Ideology of Virginity. Journal of Marriage and Family, 35(4), 666–676. https://doi.org/10.2307/350880.  https://www.jstor.org/stable/350880?seq=1, Accessed on Dec 16, 2019
  5. The Hymen’s Tale: Myths and facts about the hymen. https://health.osu.edu/health/sexual-health/myths-and-facts-about-hymen,  Accessed on Sept 11, 2022
  6. Hymen. https://my.clevelandclinic.org/health/body/22718-hymen, Accessed on Sept 11, 2022

 

Versi Terbaru

15/09/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Faraj Longgar Kerana Seks Hanya Sekadar MITOS, Ini Yang Wanita Perlu Tahu!

Ada 6 Macam Bau Faraj, Jangan Tak Percaya, Miss V Normal Ada Yang Berbau Tapai!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan