Ovari bengkak? Boleh ke terjadi? Ya, ia boleh terjadi dan keadaan itu dikenali sebagai sindrom hiperstimulasi ovari. Ikuti penjelasannya dalam perkongsian artikel ini.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Ovari bengkak? Boleh ke terjadi? Ya, ia boleh terjadi dan keadaan itu dikenali sebagai sindrom hiperstimulasi ovari. Ikuti penjelasannya dalam perkongsian artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Sindrom hiperstimulasi ovari atau ovarian hyperstimulation syndrome (OHSS) adalah tindak balas berlebihan terhadap kandungan hormon yang tinggi.
Keadaan ini biasanya terjadi kepada wanita yang mengambil ubat hormon suntikan untuk merangsang perkembangan telur pada ovari.
Masalah OHSS boleh menyebabkan ovari bengkak dan menjadi sakit. Ia dianggap berpotensi bahaya dari segi perubatan.
Dianggarkan 0.1% – 2% pesakit mendapat sindrom yang teruk. Peningkatan kes berlaku di seluruh dunia kerana perkembangan dalam teknik reproduktif bantuan.
Sindrom hiperstimulasi ovari sering dialami wanita yang menjalani prosedur rawatan kesuburan in-vitro (IVF) atau induksi ovulasi dengan ubat suntikan.
Dalam kes yang jarang berlaku, gangguan OHSS boleh wujud semasa rawatan kesuburan menggunakan ubatan oral seperti clomiphene.
Umumnya, masalah OHSS ini adalah urutan daripada pengambilan suntikan hormon Gonadotrophin yang digunakan dalam rawatan teknik reproduktif bantuan.
Jika berlaku sindrom hiperstimulasi ovari yang teruk, ia berpotensi mengancam nyawa pesakit dengan kehadiran jumlah folikel yang banyak dalam ovari.
Keadaan tersebut menyebabkan ovari bengkak dan berlakunya peningkatan hormon yang dihasilkan dalam ovari.
Gejala boleh bermula seminggu setelah menggunakan ubat suntikan untuk merangsang ovulasi. Pun begitu, adakalanya ia mungkin memakan masa 2 minggu atau lebih untuk muncul simptom.
Dengan simptom OHSS ringan hingga sederhana, gejala boleh merangkumi:
Sesetengah wanita yang menggunakan ubat kesuburan suntikan mendapat simptom OHSS ringan. Biasanya ia akan hilang selepas seminggu.
Walau bagaimanapun, jika berlaku kehamilan, gejala sindrom hiperstimulasi ovari akan bertambah teruk dan boleh berterusan selama beberapa hari hingga minggu.
Manakala gejala OHSS yang teruk melibatkan keadaan seperti:
Punca gangguan OHSS masih tidak dapat difahami sepenuhnya.
Tahap human chorionic gonadotropin (HCG) yang tinggi – hormon biasa dihasilkan semasa mengandung – mungkin memainkan peranan.
Saluran darah pada ovari bertindak balas secara tidak normal terhadap HCG dan menyebabkan kebocoran cecair.
Cecair tersebut akan mengakibatkan ovari bengkak dan adakalanya sejumlah besar cecair akan memasuki abdomen.
Semasa rawatan kesuburan, HCG mungkin diberikan sebagai pemicu sehingga folikel matang akan melepaskan telurnya.
Masalah pembengkakan pada ovari biasanya berlaku seminggu selepas menerima suntikan HCG, bahkan akan lebih kritikal jika badan mula menghasilkan HCG sendiri sebagai tindak balas terhadap kehamilan.
Suntikan kesuburan lebih cenderung menyebabkan berlakunya OHSS daripada rawatan dengan clomiphene.
Kadang-kadang, masalah ovari yang membengkak boleh berlaku tanpa mempunyai kaitan dengan rawatan kesuburan.
Sesetengah kes OHSS berlaku pada wanita tanpa faktor risiko sama sekali. Tetapi antara faktor yang dikenal pasti meningkatkan risiko ovari bengkak termasuklah:
Sindrom hiperstimulasi ovari yang teruk jarang untuk berlaku tetapi ia boleh mengancam nyawa. Antara komplikasinya:
Bagi mengurangkan kemungkinan mengalami masalah ovari bengkak, anda memerlukan rancangan khusus untuk ubat kesuburan anda.
Pastikan doktor memantau setiap kitaran rawatan dengan teliti, termasuk ujian ultrabunyi yang kerap untuk memeriksa perkembangan folikel dan ujian darah bagi menyemak tahap hormon anda.
Jika wujud sebarang keraguan atau kebimbangan, berbincanglah dengan doktor anda.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen