backup og meta

Minum Air Sirih Untuk Rawat Keputihan? Ada 5 Khasiat Daun Sirih Untuk Wanita!

Minum Air Sirih Untuk Rawat Keputihan? Ada 5 Khasiat Daun Sirih Untuk Wanita!

Sirih, juga dikenali sebagai betel leaf atau piper betle merupakan sejenis tumbuhan memanjat yang mempunyai daun berbentuk hati. Daun sirih sudah lama digunakan dalam perubatan tradisional secara turun-temurun, terutamanya untuk merawat masalah kewanitaan. Jadi, apakah khasiat daun sirih untuk wanita dan bagaimana ia dapat membantu kaum Hawa?

Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan lebih lanjut mengenainya. Jom teruskan pembacaan anda!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

5 khasiat daun sirih untuk wanita dan kesihatan secara am

Dalam perubatan Ayurveda, penggunaan sirih sangat popular. Disebabkan khasiat daun sirih untuk wanita yang pelbagai, ia sering digunakan sebagai bahan utama dalam produk kecantikan dan juga pencuci intim.

Selain itu, daun sirih juga dapat mempercepatkan proses pemulihan dan mungkin bersifat antidiabetes, antiradang dan antibakteria.

Malah, dalam perubatan tradisional cina, sirih juga digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, mengurangkan kegatalan, luka kecil dan juga sembelit. Hebat bukan?

Sebab itulah, orang dulu-dulu suka mengunyah sirih!

1. Sesuai untuk tangani masalah keputihan

khasiat daun sirih untuk wanita

Salah satu kegunaan sirih yang popular dalam kalangan wanita adalah sebagai pembersih faraj.

Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam The Malaysian Journal of Nursing, daun sirih merah sangat bermanfaat untuk mengurangkan keputihan.

Selain itu, waktu ovulasi wanita juga mempengaruhi kelikatan keputihan.

Tip menggunakan sirih:

Ambil 5 helai sirih dan 3 kuntum bunga cengkih. Rebus kedua-dua bahan ini bersama 3 cawan air.

Biarkan air rebusan menyejat sedikit dan minum ketika ia masih hangat. Air rebusan sirih ini dikatakan dapat mengurangkan masalah keputihan.

2. Mengurangkan kegatalan di kawasan intim

Menurut petua orang tua-tua, air rebusan sirih boleh mengurangkan kegatalan pada kawasan faraj. Caranya mudah sahaja, cuma rebus daun sirih dan gunakannya untuk membasuh kawasan intim.

Walau bagaimanapun, pakar tidak mengalakkan penggunaan sebarang bahan asing, terutamanya untuk membasuh Miss V. Malah, kebanyakan wanita tidak perlukan pembersih intim untuk mencuci faraj. Air biasa sudah memadai.

Kawasan faraj kaum Hawa mempunyai pH yang tersendiri. Bakteria sihat di sekitar vagina perlukan persekitaran yang optimum untuk terus hidup. Jika bakteria ini mati, faraj berisiko mengalami kegatalan dan mungkin juga jangkitan.

Khasiat daun sirih untuk wanita 3: Mengurangkan jerawat

khasiat daun sirih untuk wanita

Siapa sangka, salah satu khasiat daun sirih untuk wanita adalah untuk merawat jerawat!

Tidak dinafikan, jerawat merupakan masalah yang sering melanda kaum Hawa. Ia boleh menyebabkan kita rasa malu dan tidak yakin terhadap diri sendiri.

Disebabkan sifat antibakterianya, daun sirih boleh digunakan sebagai pencuci muka. Rebus daun sirih sehingga mendidih. Kemudian, tunggu sehingga air menjadi suam.

Ratakan air tersebut pada kawasan muka. Biarkan selama 30 minit sebelum bilas wajah dengan air biasa.

Baca juga:

4. Menghilangkan masalah nafas berbau

Daun sirih juga dapat membantu menghilangkan masalah nafas berbau.

Anda boleh gunakan sirih dengan 2 cara. Cara pertama adalah dengan mengunyah sirih sehingga lumat. Biarkan ia dalam mulut buat seketika sebelum diluahkan.

Cara kedua, rebus beberapa helai daun sirih sehingga mendidih. Kemudian, kumur menggunakan air rebusan tersebut 2 kali setiap hari.

5. Mengurangkan kolesterol badan

Anda ingin berdiet dan mengurangkan kadar kolesterol dalam badan? Jika ya, cubalah kunyah daun sirih dengan kerap!

Daun sirih mengandungi eugenol, sejenis komponen yang dapat mengurangkan kolesterol yang dihasilkan oleh organ hati.

Tahap kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan risiko penyakit jantung meningkat.

Kesan sampingan daun sirih untuk wanita

khasiat daun sirih untuk wanita

Walaupun ia selalu digunakan secara turun temurun, namun daun sirih juga boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan.

Malah, individu yang selalu mengunyah daun sirih mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami kanser mulut.

Selain itu, penggunaan air rebusan sirih pada faraj juga mungkin akan mendatangkan bahaya yang tidak diingini. Malah, ia akan mengubah pH pada kawasan intim dan meningkatkan risiko jangkitan.

Jadi, sebelum guna daun sirih, fikir dulu masak-masak ya. Benar, ada banyak khasiat daun sirih untuk wanita. Walau bagaimanapun, jangan sesekali gunakannya untuk merawat apa-apa jenis penyakit tanpa nasihat doktor.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Betel leaf: Revisiting the benefits of an ancient Indian herb. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3892533/. Accessed on September 29, 2022.
  2. Effectiveness of betel leaves (piper betle l.) and breadfruit leaves (Artocarpus atilis) in reducing uric acid levels in hyperuricemic male white rats (Rattus norvegicus). https://iopscience.iop.org/article/10.1088/1742-6596/1146/1/012007. Accessed on September 29, 2022.
  3. Piper betle L. https://www.nparks.gov.sg/florafaunaweb/flora/1/4/1490. Accessed on September 29, 2022.
  4. The Seeds of Ignorance — Consequences of a Booming Betel-Nut Economy. https://www.nejm.org/doi/full/10.1056/NEJMp2203571. Accessed on September 29, 2022.
  5. Top 10 Medicinal Benefits of Betel Leaves. https://www.medindia.net/dietandnutrition/top-10-medicinal-benefits-of-betel-leaves.htm. Accessed on September 29, 2022.

Versi Terbaru

08/06/2023

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Daun Sirih: Bermanfaat atau Tidak kepada Anda?

Guna Daun Sirih Untuk Rawat Masalah Rabun? Boleh Percaya Ke?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 08/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan