Tahukah anda gangguan orgasma pada kaum Hawa boleh menjadi tanda tanda mati putik wanita? Tetapi bagaimana keadaan gangguan orgasma pada wanita ini sehingga boleh mengganggu klimaks wanita?
Umumnya, gangguan orgasma atau nafsu syahwat bukan hanya berlaku kepada lelaki sahaja, malah kaum wanita turut mengalaminya meskipun tidak disedari secara fizikal.
Jika kaum adam lebih terkenal mempunyai masalah seperti mati pucuk dan lain-lain, segelintir wanita juga merasai masalah yang sama disebut sebagai gangguan orgasma.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Gangguan orgasma pada wanita
Gangguan orgasma bermaksud kesukaran seseorang individu untuk menaikkan nafsu dirinya atau orgasma walaupun setelah mengalami rangsangan seks.
Bagi wanita, keperluan untuk mencapai orgasma ini berbeza-beza. Ada sesetengah wanita yang hanya memerlukan sedikit sahaja rangsangan untuk menyebabkan orgasma.
Namun ada juga yang lain memerlukan lebih banyak rangsangan untuk mengalami klimaks.
Tanda tanda mati putik wanita
Secara teorinya, simptom utama gangguan orgasma sehingga mengganggu klimaks wanita ialah tidak mampu mengalami orgasma atau lambat untuk mengalaminya.
Selain itu, antara simptom lain ialah tidak mencapai orgasma seperti yang diharapkan atau dengan kata lain, tidak berasa puas ketika melakukan seks.
Artikel berkaitan:
- Ajak Suami Puaskan Anda Di Ranjang Pula! Ini 5 RAHSIA Untuk Wanita Klimaks Berkali-kali
- Wanita Boleh Klimaks Banyak Kali, Betul Ke? Ini 7 Mitos Tentang Orgasme RAMAI Orang Percaya!
Terdapat beberapa jenis gangguan orgasma antaranya ialah:
- Gangguan orgasma seumur hidup. Ini bermaksud, seseorang individu tersebut tidak pernah mengalami orgasma
- Gangguan orgasma diperoleh (acquired anorgasmia). Anda pernah mengalami orgasma tetapi kini agak sukar untuk mencapainya
- Gangguan orgasma situasi (situational anorgasmia). Anda hanya mampu untuk mencapai orgasma dalam keadaan tertentu sahaja seperti ketika seks oral atau ketika melancap
- Gangguan orgasma umum (generalized anorgasmia). Anda tidak mampu untuk mencapai orgasma dalam kebanyakan keadaan
Tanda tanda mati putik wanita: Apakah punca masalah ini?
Untuk mencapai klimaks, ia melibatkan rangsangan dan pengaruh dari segi fizikal, emosi dan juga psikologi.
Kesemua aspek dan faktor ini perlu digabungkan untuk seseorang wanita itu mencapai orgasma. Jika salah satu faktor ini terjejas, ada kemungkinan gangguan ini akan berlaku.
Tanda tanda mati putik wanita #Penyebab dari segi fizikal:
- Mempunyai penyakit yang serius seperti Parkinson
- Masalah berkaitan ginekologi
- Kesan ubat-ubatan
- Tabiat merokok dan juga meminum minuman keras
- Penuaan
Tanda tanda mati putik wanita #Penyebab dari segi psikologi:
- Masalah berkaitan kesihatan mental seperti keresahan dan kemurungan
- Imej tubuh yang kurang menarik
- Tekanan dan stres
- Kepercayaan agama dan juga budaya
- Berasa segan atau malu
- Rasa bersalah untuk mengekspresikan diri sendiri ketika melakukan hubungan seks
- Pernah didera dari segi emosi dan juga seksual
Isu berkaitan perhubungan:
- Kurangnya perhubungan atau kemesraan bersama pasangan
- Konflik yang tidak menemui jalan penyelesaian
- Tidak berkomunikasi dengan baik berkenaan kehendak seksual masing-masing
- Tidak percayakan pasangan sendiri
- Keganasan yang dilakukan oleh pasangan terhadap diri
Rawatan perubatan bagi merawat gangguan orgasma yang menghalang klimaks wanita
Antara punca mengapa wujud tanda tanda mati putik wanita itu adalah disebabkan oleh penyakit yang dialami.
Sekiranya doktor mendapati sesetengah penyakit itu menyebabkan gangguan orgasma, maka rawatan mampu mengurangkan simptom gangguan tersebut.
Selain itu, doktor juga mungkin akan memberikan ubat-ubatan terapi estrogen jika ia melibatkan simptom menopaus.
Artikel berkaitan: Adakah Wanita Menopause Masih Boleh Merasai Klimaks?
Terapi estrogen boleh membantu meningkatkan respons seksual wanita dengan lebih baik.
Kaedah rawatan mudah bagi merawat gangguan ini
Jika anda ingin mencapai kembali klimaks wanita ketika berhubungan seks bersama pasangan, masih ada cara mudah untuk merawatnya agar kembali normal.
Apakah cara untuk merawat gangguan ini?
- Dapatkan rehat yang mencukupi dan makan secara sihat. Elakkan atau kurangkan pengambilan minuman keras, dadah dan juga rokok. Ini akan mendorong anda untuk mencapai kepuasan seks sehingga mencapai klimaks wanita
- Lakukan senaman Kegel. Senaman Kegel boleh membantu wanita untuk merelakskan dan mengetatkan otot pelvis
- Fokus juga kepada aktiviti-aktiviti berkaitan seksual yang lain seperti bermesraan, berpelukan, dan bercium
- Fahami tubuh badan anda dengan lebih baik. Anda perlu meneroka diri anda sendiri, di manakah bahagian tubuh badan anda yang mudah dirangsang dan jenis sentuhan yang anda gemari
Selain itu, rawatan juga boleh melibatkan sesi kaunseling berkaitan hubungan suami isteri bersama kaunselor bertauliah.
Sesi kaunseling akan memberikan peluang kepada suami isteri untuk berlatih berkomunikasi dengan lebih baik.
Suami dan isteri juga berpeluang untuk belajar klimaks wanita yang lebih berkesan antara satu sama lain.
Kesimpulan
Jika anda rasa mengenal pasti tanda tanda mati putik wanita, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana ia bukanlah satu keadaan penyakit yang serius.
Ada banyak kaedah atau cara untuk mengembalikan orgasma anda sebagai seorang wanita.
Jangan sesekali mengelak untuk berbincang bersama pasangan berkenaan masalah yang dialami kerana penafian hanya akan membuatkan situasi menjadi lebih buruk.
Apa yang penting, anda perlu sentiasa bekerjasama dengan pasangan agar anda boleh mencapai klimaks wanita.
[embed-health-tool-ovulation]