backup og meta

Stresnya Buah Dada Kendur! Ini 5 Cara Tegangkan Payudara Jatuh, Biar Montok!

Stresnya Buah Dada Kendur! Ini 5 Cara Tegangkan Payudara Jatuh, Biar Montok!

Tidak dinafikan, ramai wanita yang inginkan payudara yang cantik dan nampak anjal. Semua ini merupakan impian setiap wanita. Sebab itulah, ramai yang mencari cara tegangkan payudara jatuh sehingga sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata untuk membeli produk payudara.

Namun, benarkah ada cara untuk tegangkan payudara yang kendur? Jawapannya ialah ya! Jika anda ikut tip yang kami berikan di bawah, anda tidak perlu lagi risau mengenai payudara yang kendur atau melendut.

Nak tahu bagaimana anda boleh dapatkan payudara cantik atau tegangkan payudara yang kendur seperti zaman anak dara? Jom, ikuti penjelasan kami dalam artikel di bawah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

5 cara tegangkan payudara jatuh

Selepas mencecah usia 30 tahun, payudara wanita akan mengalami pelbagai perubahan. Semua benda di dunia ini akan terkesan dengan graviti, begitu jugalah dengan payudara kita.

Benar, bentuk payudara memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Ia membuatkan kita rasa yakin untuk bergaya dan seksi di mata suami.

Jika anda sedang mencari cara tegangkan payudara jatuh, jangan risau, kami ada jawapannya untuk anda! Lihat cara tegangkan payudara yang kendur ini.

1. Jangan bazir duit beli krim dan losyen payudara

cara tegangkan payudara jatuh
Ada banyak krim untuk tegangkan payudara di pasaran.

Payudara akan mula mengendur apabila tisu di sekitarnya menjadi lemah. Salah satu tisu yang menyokong bentuk dan struktur payudara ialah ligamen Cooper. Apabila ligamen ini menjadi lemah, payudara akan nampak kendur.

Malah, ligamen ini serta struktur di sekelilingnya juga akan meregang apabila usia kita semakin bertambah. Lama-kelamaan, payudara kita nampak melendut dan ‘jatuh’.

Kebanyakan krim yang dijual di pasaran akan menegangkan kulit dan membuatkan payudara kita ‘nampak’ pejal. Namun, kesannya tidak lama kerana ia tidak dapat membuatkan ligamen Cooper ini menjadi lebih anjal dan tegang.

Tidak ada satupun produk yang boleh menterbalikkan kesan ini, lebih-lebih lagi jika ia dijual dalam bentuk ubat sapu.

Jadi, jangan mudah percaya dengan iklan yang anda nampak di media sosial ya!

2. Beli pelembap dan pelindung matahari yang berkualiti

Benar, pelembap juga tidak akan membuatkan payudara anda kembali tegang persis anak dara! Namun, ia merupakan antara cara tegangkan payudara jatuh yang berkesan.

Penggunaan pelembap atau losyen dapat membuatkan kulit kita lebih kuat dan sihat.

Pilih losyen yang dapat melindungi payudara anda daripada selaran matahari. Selalunya, produk yang mempunyai SPF 30 sudah memadai.

Tip: Gunakan krim aloe vera untuk urut sekitar kawasan payudara. Urut dalam gerakan membulat. Anda juga boleh amalkan gaya hidup sihat untuk pastikan payudara sentiasa pejal.

Cara tegangkan payudara jatuh 3: Pilih bra yang betul

cara tegangkan payudara jatuh
Antara tanda-tanda kanser payudara apabila memakai bra.

Malangnya, hampir 80% wanita memakai baju dalam dengan saiz yang salah. Jangan biasakan diri ya! Bra yang terlalu ketat atau terlalu longgar boleh buatkan anda sakit belakang.

Selepas ini, mintak jurujual ukur dahulu sebelum beli. Cuba bra sebelum beli dan pastikan ia muat.

Lagipun, apa gunanya jika anda berhabis wang untuk baju dalam yang beropol-ropol dan seksi jika ia tidak nampak menarik pada badan!

Selain itu, elakkan juga memakai bra yang terlalu ketat. Baju dalam sebegini hanya akan melemahkan otot yang menyokong payudara.

Malah, amalan ini mungkin akan membuatkan payudara anda nampak lebih kendur!

Jika anda ingin tampil seksi, belilah push up bra!

4. Amalkan pemakanan yang sihat

Untuk pastikan Cik Payudara sentiasa sihat, pastikan anda ambil makanan yang berkhasiat!

Apakah vitamin untuk tegangkan payudara?

Makanan yang kaya dengan:

sangat baik untuk mencegah penuaan.

Malah, bukan payudara sahaja yang bakal nampak cantik dan pejal, kulit muka dan seluruh badan juga akan jadi semakin sihat!

Cara tegangkan payudara jatuh 5: Bersenam!

cara tegangkan payudara jatuh
Bersenam untuk tegangkan payudara anda.

Apa cara tegangkan payudara secara tradisional?

Tidak ada cara yang lebih baik untuk buatkan badan anda cantik bak anak dara selain bersenam!

Ada orang kata, senaman yang membuatkan payudara ‘melantun’ akan buatkan ia nampak lebih kendur. Namun, jangan risau. Ini hanyalah mitos semata-mata.

Ada banyak senaman yang dapat membantu mengekalkan keanjalan payudara.

Fakta!

Senaman seperti push up dan angkat berat mungkin dapat membantu. Walau bagaimanapun, pilih bra sukan yang sesuai dengan anda untuk elakkan kesakitan semasa bersukan.

Kalau semuanya tidak berkesan untuk tegangkan payudara yang kendur, anda boleh pilih untuk lakukan pembedahan. Namun, dapatkan konsultasi doktor terlebih dahulu ya!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 6 causes of breast sagging. https://www.piedmont.org/living-better/6-causes-of-breast-sagging. Accessed on September 29, 2022.
  2. Breast lift. https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/breast-lift/about/pac-20393218. Accessed on September 29, 2022.
  3. Effects of sagging breasts and other risk factors associated with mastalgia: a case-control study. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/33514830/. Accessed on September 29, 2022.
  4. Why do breasts sag and how can you stop it from happening? https://www.aestheticplasticsurgeons.org/stop-breasts-sagging/. Accessed on September 29, 2022.
  5. Breast Lift. https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/23298-breast-lift. Accessed on September 29, 2022.

Versi Terbaru

25/03/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ini Fakta Yang Kaum Hawa Perlu Tahu Tentang Onani Wanita, No. 5 Itu Paling Penting!

Keputihan Berwarna Hijau Dengan Bau Menyengat? Anda Pasti Tak Sangka Ini Puncanya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 25/03/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan