Semua orang mempunyai bau badan tersendiri. Selalunya, badan akan mula berbau masam usai bersenam, berjalan di bawah cahaya matahari atau ketika berada di dalam bilik yang hangat. Benar, berpeluh merupakan sesuatu yang normal. Tetapi, ada banyak cara menghilangkan bau badan yang boleh anda praktikkan.
Jangan biarkan orang lain ‘tersiksa’ dengan bau badan anda, terutamanya jika anda seorang wanita!
Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan beberapa petua tradisional hilangkan bau badan yang boleh anda lakukan. Jom baca!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Mengapa kita berpeluh?
Sebenarnya, peluh manusia tidak mempunyai bau! Peluh terdiri daripada air dan juga mineral seperti garam, potassium, kalsium dan magnesium.
Apa yang menyebabkan bau badan yang tidak menyenangkan ialah pengumpulan bakteria pada kulit.
Bakteria ini bertindak balas pula dengan peluh dan minyak lalu menguraikan asid lemak dan protein pada permukaan kulit. Inilah yang menyebabkan bau masam!
Jumlah peluh yang dihasilkan seseorang juga berbeza bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya:
- Saiz badan. Mereka yang mempunyai saiz badan yang lebih besar akan menghasilkan lebih banyak haba. Jadi, mereka kerap berpeluh berbanding orang lain.
- Usia. Badan kita akan menjadi lebih sensitif terhadap haba selepas mencapai usia tertentu.
- Jumlah otot. Jisim otot yang lebih tinggi akan menjana lebih banyak penghasilan haba.
- Kesihatan diri. Demam dan kondisi mental tertentu, contohnya depresi boleh menyebabkan badan anda menghasilkan lebih banyak peluh daripada biasa!
- Tahap kecergasan diri. Mereka yang lebih cergas selalunya berpeluh lebih kerap.
Selain itu, ada juga beberapa faktor luaran yang mungkin mempengaruhi jumlah peluh. Sebagai contoh, jika anda berlari di luar ketika cuaca panas, atau minum minuman berkafein, badan anda akan menghasilkan lebih banyak peluh!
Untuk mengelakkan badan anda berbau masam, ada beberapa cara menghilangkan bau ketiak selamanya yang boleh anda praktikkan. Salah satunya adalah dengan menangani pertumbuhan bakteria pada kulit!
[embed-health-tool-bmi]
Cara menghilangkan bau badan
Pastikan anda:
- Basuh kawasan ketiak, celah kangkang dan kaki sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
- Cukur ketiak dengan kerap.
- Pakai deodoran atau antiperspirant
- Tukar baju selepas guna.
- Pakai baju dengan material yang diperbuat daripada kapas atau sutera.
Antara cara hilangkan bau badan wanita yang boleh anda cuba ialah:
1. Cara hilangkan bau badan wanita dengan mandi secara kerap
Cara menghilangkan bau badan yang paling mudah adalah dengan mandi secara kerap. Semua bakteria yang melekat pada kulit juga boleh dibuang dengan mudah.
Selain itu, pastikan anda sental dan cuci bahagian yang kerap berpeluh. Kemudian, lap dengan tuala kering. Anda juga boleh gunakan sabun antibakteria ketika mandi.
Cara menghilangkan bau badan 2: Pakai deodoran atau antiperspirant
Kebanyakan deodoran yang dijual di pasaran mengandungi bahan yang berasaskan aluminium. Bahan ini dapat mengelakkan peluh dengan menyumbat kelenjar peluh.
Selain itu, deodoran dan antiperspirant juga dapat mengelakkan anda daripada menghasilkan lebih banyak peluh. Selalunya, produk antipeluh di pasaran mengandungi pewangi.
3. Pakai pakaian yang dapat pastikan kulit ‘bernafas’
Baju yang terlalu ketat atau diperbuat daripada material seperti poliester atau rayon selalunya akan menyebabkan anda berpeluh dengan kerap.
Sebagai cara hilangkan bau badan wanita, pilih baju yang diperbuat daripada kapas atau sutera.
Kemudian, basuh baju selepas pakai. Jangan digantung-gantung pula baju tersebut! Bau masam peluh tidak akan hilang walaupun selepas dijemur.
Cara menghilangkan bau ketiak selamanya 4. Jangan makan makanan pedas dan minuman berkafein
Apa yang anda makan selalunya akan mempengaruhi bau badan.
Antara makanan yang boleh buatkan anda berpeluh dengan lebih kerap ialah makanan pedas seperti tomyam, sambal dan sebagainya. Bawang merah dan putih juga boleh menyebabkan badan berbau.
Selain itu, minuman seperti kafein atau alkohol juga dapat membuatkan anda berpeluh lebih kerap. Jadi, kurangkanlah pengambilan makanan seperti ini untuk hilangkan bau badan.
Cara menghilangkan bau badan 5: Dapatkan rawatan
Sekiranya anda berpeluh dengan keterlaluan, ia merupakan sesuatu yang tidak normal. Kondisi ini turut dikenali sebagai hiperhidrosis.
Hiperhidrosis boleh dirawat oleh doktor. Mereka juga boleh membekalkan anda dengan antiperspirant yang lebih kuat.
Namun, jika semua cara menghilangka bau badan yang dinyatakan di atas tidak berkesan, anda boleh lakukan pembedahan untuk membuang terus kelenjar peluh daripada kulit bagi menghentikan perpeluhan.