backup og meta

Masalah Haid Tidak Teratur? Jika Alaminya, Segera Jumpa Pakar!

Masalah Haid Tidak Teratur? Jika Alaminya, Segera Jumpa Pakar!

Masalah haid tidak teratur? Eh…bahaya tu! Jom kenal pasti masalah haid dan kesan haid yang tidak boleh dipandang remeh. Segera jumpa pakar.

Masalah haid, normal atau luar biasa?

Haid yang dialami adalah berbeza bagi setiap wanita.

Ada yang mengalami pengeluaran darah yang sedikit dan untuk tempoh yang pendek. Terdapat juga individu wanita yang haidnya banyak dan berpanjangan.

Selalunya selepas beberapa tahun mengalami haid, anda sudah boleh memahami tentang kitaran haid, menjangkakan tempoh period serta jumlah aliran darah.

Apabila berlaku sesuatu di luar kebiasaan, seperti tompokan darah antara tempoh haid atau mengalami alirah darah yang luar biasa, pastinya anda akan tertanya apa yang sedang berlaku.

Adakah masalah haid yang dialami itu normal atau ia sesuatu yang perlu dibimbangkan?

Menurut Pengarah Endokrinologi Reproduktif Stamford Hospital di Stamford, Connecticut, Dr Frances Ginsburg,

Seorang wanita perlu memahami kitaran haidnya. Ia membantu memberikan petunjuk jika berlaku sesuatu yang tidak sepatutnya.”

Kesan Masalah haid Tidak Teratur

Berikut adalah antara masalah berkaitan haid yang paling kerap dialami oleh kebanyakan wanita:

1. Haid terhenti atau perlahan

Persoalan penting jika anda tidak mengalami period, berapa usia anda sekarang ini? Selalunya haid terhenti berpunca daripada faktor usia. Ia dipanggil amenorrhea.

Bagi wanita berusia lingkungan 20-an hingga 30-an, kemungkinan besar anda tidak haid kerana faktor kehamilan.

Bagi wanita berusia 40-an atau 50-an, anda mungkin berada dalam peringkat perimenopaus – 1 tempoh sebelum berlaku menopaus. 

Ia berlaku kerana ovari memperlahankan pengeluaran estrogen, jadi kekerapan untuk period semakin berkurangan. Dalam tempoh itu juga, haid yang dialami mungkin pendek atau sedikit.

Jika haid terhenti berterusan selama 12 bulan, itu bermakna anda sudah di dalam peringkat menopaus. Purata usia wanita mengalami menopaus adalah 51 tahun.

Melakukan senaman secara berlebihan juga boleh menjadi punca masalah haid ini. Senaman intensiti tinggi memberikan kesan kepada pengeluaran dan pengawalan hormon kesuburan yang terlibat dalam kitaran haid.

masalah haid

Antara sebab lain adalah seperti:

  • Masalah obesiti
  • Menyusu badan
  • Tekanan 
  • Sindrom ovari polisistik (PCOS) 
  • Kegagalan ovari – kehilangan fungsi ovari normal sebelum berusia 40-tahun
  • Penyakit rahim
  • Masalah kelenjar tiroid atau kelenjar pituitari
  • Gangguan hipotalamus – kawasan otak yang membantu pengawalan hormon kesuburan.

2. Datang haid banyak

Biasanya wanita akan kehilangan antara 2 hingga 3 sudu darah setiap bulan. Namun, bagi wanita dengan darah haid banyak, boleh kehilangan sehingga 5 sudu darah. 

Keadaan ini dipanggil menorrhagia. Jika berterusan, kesan period yang dialami ini boleh menyebabkan anda kehilangan zat besi dan cenderung mengakibatkan anemia.

Jika anda mengalami masalah aliran darah banyak secara berterusan, pastikan anda melakukan pemeriksaan doktor. 

Beberapa faktor lain boleh menyebabkan masalah haid yang banyak adalah:

Anda boleh mengesan jika anda mengalami aliran darah haid yang banyak dengan mengira pad atau tuala wanita yang digunakan. Menukar pada setiap jam adalah antara petandanya.

3. Pendarahan antara tempoh haid tidak teratur

Jika anda mengalami pendarahan di antara tempoh kitaran, ia merupakan satu masalah yang tidak boleh diabaikan dan perlu diperiksa.

Kesan period yang berlaku ini mungkin didasari oleh keadaan tertentu. Antaranya seperti mengalami kesakitan pada bahagian sekitar faraj atau mungkin kerana anda terlupa untuk mengambil pil pencegah kehamilan.

Namun ia juga boleh menjadi petunjuk kepada masalah lebih serius melibatkan kehamilan luar rahim (ektopik) atau kanser. Jadi pemeriksaan doktor sangat diperlukan.

4. Masalah haid tidak teratur, kesakitan serius?

masalah haid

Kedatangan haid dan ketidakselesaan adalah 1 gabungan biasa. Biasanya anda akan mengalami kekejangan kerana lapisan uterus ‘melepaskan’ prostaglandin.

Kesakitan dan ketidakselesaan itu biasanya akan hilang dalam masa 1 atau 2 hari.

Walau bagaimanapun, bagi sesetengah wanita kesakitan dialami terlalu menyakitkan sehingga menghalang mereka untuk bangun dari katil.

Keadaan ini dinamakan sebagai dysmenorrhea. Kesan period ini boleh disertai simptom seperti cirit-birit, loya, muntah, sakit kepala atau kesakitan pada bahagian belakang.

Adakalanya kesakitan itu adalah kesan period itu sendiri, namun ia juga boleh berpunca daripada keadaan endometriosis dan fibroid. 

Untuk mengetahui punca masalah ini, anda perlu melakukan pemeriksaan doktor.

Ujian pelvik dan ujian Pad akan dilakukan bersama dengan pemeriksaan diagnostik lain seperti imbasan ultrabunyi.

Lakukan pemeriksaan doktor

Sekiranya masalah haid yang berlaku adalah di luar kebiasaan sehingga menjejaskan kehidupan harian anda, itu bermakna anda perlu mendapatkan pemeriksaan doktor. 

Lakukan pemeriksaan jika anda mengalami keadaan seperti yang disenaraikan di atas. Jangan ambil mudah tentang keadaan kesihatan diri anda sendiri.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. When Your Period Signals a Problem. https://www.webmd.com/women/features/when-your-period-signals-problem/ Accessed on April 2, 2020
  2. Period Problems: What They Mean and When to See the Doctor. https://www.webmd.com/women/features/period-problems-what-they-mean-when-to-see-doctor#1 /. Accessed on April 2, 2020
  3. Topic: Women’s Health. https://brighamhealthhub.org/womens-health/when-to-see-a-doctor-for-menstrual-irregularities /. Accessed on April 2, 2020
  4. Period Concerns to Discuss With Your Healthcare Provider. https://www.verywellhealth.com/period-problems-that-warrant-a-call-to-doctor-2721908 /. Accessed on April 2, 2020
  5. Period problems. https://www.womenshealth.gov/menstrual-cycle/period-problems /. Accessed on April 2, 2020

Versi Terbaru

29/05/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Rasa Kejang Atau Sakit Setiap Kali Haid? Jangan Risau, Cuba Buat 11 Cara Ini!

Benarkah Haid Tak Teratur Punca Pendek Usia? Ini Penjelasan Pakar


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan