backup og meta

Lahir Tanpa Faraj Tidak Mustahil Berlaku Pada Wanita, Bagaimana Nak Hamil Jika Begini?

Lahir Tanpa Faraj Tidak Mustahil Berlaku Pada Wanita, Bagaimana Nak Hamil Jika Begini?

Kita sering kali terbaca atau terdengar tentang wanita tanpa rahim atau serviks. Namun tahukah anda bahawa wanita tanpa faraj juga wujud?

Jom teruskan ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Kaylee Moats, wanita tanpa faraj

Seorang wanita dari Arizona, Amerika Syarikat secara terbuka telah mengakui bahawa beliau lahir tanpa faraj.

Kaylee Moats yang kini berusia 25 tahun, pertama kalinya mengetahui kondisi beliau ketika berusia 18 tahun lagi.

Menerusi rancangan bual bicara Barcroft TV, beliau menyatakan bahawa tidak pernah langsung mengalami datang bulan sepanjang hayatnya.

Setelah melakukan pemeriksaan ultra bunyi pada tahun 2017, Kaylee mendapati bahawa beliau sebenarnya tidak memiliki rahim, serviks dan faraj.

“Kondisi ini membuat saya tidak berasa seperti seorang wanita. Saya masih sedang mencuba untuk menerimanya dan tidak menyalahkan takdir”, kata wanita malang itu lagi.

Sumber: Saluran YouTube truly

Persoalannya, apakah sebab sebenar wanita tanpa faraj boleh berlaku? Tenang, kami ada jawapannya!

Apa punca wanita lahir tanpa faraj?

Sebenarnya, mungkin bukan Kaylee sahaja yang mengalami kondisi ini malahan ada juga wanita di luar sana yang senasib namun tidak berkeyakinan untuk tampil di khalayak umum.

Untuk pengetahuan anda, ia adalah disebabkan oleh sejenis kondisi bernama Sindrom Mayer-Rokitansky-Küster-Hauser (MRKH).

faraj

Hanya berlaku kepada segelintir wanita di dunia?

Menurut National Institutes of Health (NIH), kondisi unik ini adalah antara penyakit yang sangat jarang berlaku di dunia.

Dikatakan hanya kira-kira seorang daripada sejumlah 4,500 wanita yang akan lahir bersama dengan genetik kondisi ini.

Ia terjadi akibat organ reproduktif wanita termasuklah rahim, serviks dan faraj tidak terbentuk dan berkembang dengan sepenuhnya ketika proses penghasilan janin.

Akibatnya, wanita tersebut mungkin akan lahir dengan alat sulit yang tidak normal atau langsung tidak mempunyainya.

Adakah mereka masih bergelar seorang wanita?

Wanita yang lahir dengan kondisi ini secara genetiknya adalah seorang wanita kerana mereka mempunyai dua kromosom X.

Mereka juga akan memiliki ovari yang berfungsi normal dan luaran alat kelamin yang serupa dengan wanita biasa.

Disebabkan itu, kondisi ini mungkin hanya akan dapat diketahui selepas wanita tidak datang bulan selama hidupnya.

Dalam beberapa kes, MRKH mungkin boleh dirawat tanpa sebarang pembedahan yakni menggunakan ‘vaginal dilator’. Apakah ia?

Ia adalah sejenis alat yang digunakan untuk mencipta atau melebarkan lubang faraj agar ia mampu menyerupai faraj yang biasa!

Menurut National Organization for Rare Diseases (NORD), ia adalah tiub plastik yang boleh mengembang dan membesarkan tisu faraj sedia ada untuk ‘mewujudkan’ alat sulit wanita ini.

faraj

Apa yang boleh dibuat sebagai rawatan?

Selain menggunakan ‘vaginal dilator’, kondisi yang sangat jarang berlaku ini juga boleh dirawat dengan kaedah pembedahan yang dikenali sebagai ‘vaginoplasty’.

Ia bertujuan mengkonstruksikan kembali faraj anda agar ia mampu berfungsi hampir sama dengan yang normal untuk anda teruskan kehidupan seperti biasa.

Pun begitu, segala keputusan untuk melakukan pembedahan ini haruslah dibincangkan bersama doktor pakar terlebih dahulu.

Ini kerana ia adalah pembedahan yang agak rumit dan mungkin akan mendatangkan kesan sampingan jika salah cara penjagaannya.

Wanita tanpa faraj masih boleh hidup normal

Bagi Kaylee, apa yang penting untuknya hanyalah untuk menjalani kehidupan yang normal sama seperti wanita biasa.

Disebabkan itu, beliau ingin melakukan pembedahan mengkonstruksikan semula alat kelamin untuk membentuk faraj.

Pun begitu, kos untuk pembedahan terbabit adalah sangat mahal dan tidak termaktub dalam pelan insuransnya.

Beliau kemudiannya telah berjaya mengumpul dana seterusnya menjalani pembedahan tersebut dengan jayanya.

Persoalannya, adakah wanita tanpa faraj boleh menjalani kehidupan perkahwinan yang normal? Adakah mereka boleh melakukan seks dan hamil?

Bagi hubungan seks, mungkin mereka dan pasangan pilihan boleh bersenggama secara normal tanpa sebarang komplikasi sekiranya diizinkan oleh pakar terlebih dahulu.

Namun bagi hal kehamilan, hanya ada satu cara yang boleh dilakukan iaitu menggunakan khidmat ibu tumpangan ekoran ovari mereka masih boleh berfungsi seperti normal.

Akhir kata, wanita yang lahir tanpa faraj masih boleh hidup normal dan sekiranya anda mengalami kondisi ini, jangan berputus asa dan berkonsultasilah dengan dokor!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://ghr.nlm.nih.gov/condition/mayer-rokitansky-kuster-hauser-syndrome#
  2. https://rarediseases.org/rare-diseases/mayer-rokitansky-kuster-hauser-syndrome/
  3. https://radiopaedia.org/articles/mayer-rokitansky-kuster-hauser-syndrome
  4. https://www.orpha.net/consor/cgi-bin/OC_Exp.php?lng=EN&Expert=3109

Versi Terbaru

07/06/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Alamak, Tampon Tersangkut Dalam Faraj! Tenang, Anda Boleh Cuba Cara Ini

Tak Perlu Feminine Wash, Wanita Dengan Miss V Berbau Boleh Cuba 5 Cara Natural Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan