Takut apabila melihat darah period warna hitam pada tuala wanita? Jangan terkejut, warna darah haid sebenarnya berbeza mengikut individu dan waktu haid. Lagipun, darah period hitam sebenarnya bukanlah berwarna hitam. Warna sebenarnya adalah merah gelap!
Walaupun normal untuk mempunyai darah haid warna coklat gelap atau hitam, namun kadangkala ia boleh menandakan penyakit dalam kalangan wanita.
Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengapa ada di antara kita yang mempunyai darah period hitam. Jom, baca!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Jadi, mengapa darah period hitam?
Bagi wanita yang sedang panik, bertenang… Darah haid hitam dan berketul merupakan sesuatu yang normal.
Selalunya, ia bertukar warna kerana darah tersebut sudah lama. Ia juga telah mula mengalami proses clotting atau pergumpalan. Bukan itu sahaja, darah yang lama juga melalui proses oksidasi yang menyebabkan warnanya bertukar gelap.
Setiap kali anda datang haid, darah tidak akan keluar dengan serta-merta. Kadangkala, ia akan terkumpul di dalam uterus buat sementara waktu. Inilah yang menyebabkan darah haid hitam dan berketul!
Sebab itulah, ramai wanita yang alami masalah ini pada penghujung haid. Pada waktu ini, darah semakin sedikit. Darah juga mungkin lebih berisiko untuk ‘tersangkut’ pada rahim dalam tempoh yang lebih lama.
Walau bagaimanapun, darah haid yang berwarna hitam mungkin merupakan tanda penyakit seperti penyakit radang pelvis (PID) atau endometriosis sekiranya anda mengalami simptom lain seperti senggugut yang teruk, rasa sakit ketika melakukan seks atau sukar untuk hamil.
7 punca darah period hitam
Warna darah haid kadangkala boleh menjadi ‘klu’ mengenai tahap kesihatan kita. Ada banyak sebab kenapa darah haid, warna hitam dan sedikit. Antaranya:
1. Darah period hitam pada awal atau akhir haid
Pengaliran darah selalunya sedikit perlahan pada awal dan akhir haid. Semakin lama darah kekal dalam badan, semakin lamalah proses oksidasi berlaku. Proses inilah yang akan menukar warna darah haid menjadi semakin gelap.
2. Mungkin ada sesuatu yang melekat dalam faraj
Kadangkala, darah haid hitam dan berketul juga menandakan ada sesuatu yang tersangkut di dalam vagina, contohnya tampon.
Selain itu, ada banyak lagi objek lain yang boleh tersangkut di dalam faraj seperti kondom, sex toys atau alatan kontraseptif seperti cincin vagina dan diafragma.
Lama-kelamaan, ia boleh menyebabkan lapisan dalam faraj mengalami keradangan. Selain darah haid yang berwarna hitam, anda juga mungkin akan mengalami simptom lain seperti:
- Bau busuk dari vagina
- Kegatalan atau ketidakselesaan di sekeliling faraj
- Sering demam
- Sukar membuang air
- Sakit pelvis
Jika anda mengalami masalah di atas, cepat-cepatlah berjumpa doktor. Ia mungkin boleh menyebabkan satu kondisi yang boleh membawa maut, turut dikenali sebagai sindrom kejutan toksik.
Kenapa darah haid warna coklat gelap atau hitam 3. Anda mungkin mempunyai STI
Darah berwarna hitam selalu dikaitkan dengan penyakit kelamin seperti klamidia atau gonorea. Selalunya, ia akan berlaku bersama-sama simptom lain seperti:
- Keputihan yang berbau hanyir
- Sakit ketika membuang air kecil
- Sakit ketika melakukan hubungan seks
- Faraj gatal
- Pendarahan antara haid
Jika dibiarkan tanpa rawatan, penyakit kelamin boleh menyebabkan keradangan pelvis (PID). PID boleh menyebabkan sakit pelvis yang kronik serta kemandulan sekiranya tidak dirawat secepat mungkin.
4. Darah period hitam hasil pendarahan implantasi
Darah yang berwarna gelap juga mungkin menandakan fasa awal kehamilan. Walau bagaimanapun, pendarahan implantasi yang berwarna gelap sangat jarang berlaku.
Pendarahan implantasi selalunya muncul dalam masa 10 hingga 14 hari selepas telur melekat pada rahim. Ia juga berlaku dalam masa beberapa hari. Darah yang keluar juga selalunya berwarna merah terang.
Selain pendarahan implantasi, antara tanda-tanda lain kehamilan ialah payudara yang membengkak dan rasa letih yang amat sangat.
5. Mungkin disebabkan lokia
Pendarahan selepas melahirkan anak juga dikenali sebagai lokia. Pada awalnya, darah yang keluar berwarna merah dan mengandungi ketulan-ketulan darah yang bersaiz kecil.
Disebabkan jumlah darah yang banyak, ia mungkin akan bertukar menjadi hitam kerana proses oksidasi.
Lama-kelamaan, darah yang keluar akan menjadi semakin sedikit. Warnanya juga akan menjadi merah dan kemudiannya bertukar kepada warna krim atau kuning.
6. Mungkin tanda keguguran
Keguguran boleh berlaku pada bila-bila masa. Hampir 10% kehamilan berakhir dengan keguguran. Namun, sekiranya keguguran berlaku pada awal kehamilan, ia mungkin akan menyebabkan pendarahan berwarna merah atau merah gelap.
7. Tanda kanser serviks
Dalam kes yang sangat jarang berlaku, darah period hitam mungkin merupakan tanda amaran kanser serviks. Walau bagaimanapun, kanser jarang sekali menunjukkan sebarang tanda atau simptom awal.
Antara tanda kanser serviks ialah keputihan yang berbau busuk dan pendarahan yang berat. Selain itu, ada banyak lagi tanda-tanda lain kanser serviks.
Kesimpulan
[embed-health-tool-ovulation]