backup og meta

Darah Haid Terlalu Banyak & Asyik Bocor? Ini Cara Kawal Pendarahan, Jom Baca!

Darah Haid Terlalu Banyak & Asyik Bocor? Ini Cara Kawal Pendarahan, Jom Baca!

Haid yang berat terjadi apabila wanita alami pendarahan berlanjutan atau berlangsung lebih dari 7 hari. Kondisi yang melibatkan darah haid banyak bukanlah sesuatu yang baharu, serta ia boleh diurus dan dirawat oleh beberapa rawatan atau remedi di rumah.

Pun begitu, bagi sesetengah kes dan individu, doktor mungkin bakal mengesyorkan pengambilan ubat atau pembedahan!

Kondisi darah haid banyak ini mempunyai gelaran saintifiknya tersendiri, iaitu menorrhagia.

Wanita yang mengalami menorrhagia mungkin terpaksa menukar tuala wanita atau tamponnya setiap jam.

Pembekuan darah dengan ukuran seperempat atau lebih besar juga tidak mustahil untuk terbentuk dalam aliran haid.

Bukan itu sahaja, kondisi ini berupaya menjejaskan produktiviti penderita, dan mengekang mereka daripada melakukan aktiviti tertentu.

Sebilangan wanita juga mungkin akan berasa sangat letih, alami kesakitan dan kekejangan yang berterusan.

Pada sesetengah orang, haid yang berat menyebabkan kehilangan darah yang terlalu banyak, lantas mengakibatkan anemia!

Selain bekerjasama dengan doktor, beberapa remedi di rumah dan alat sokongan dapat bantu mengurangkan gejala dan membuatkan masalah darah haid banyak lebih mudah diuruskan!

[embed-health-tool-ovulation]

Faktor-faktor yang mungkin mengakibatkan darah haid banyak

Apabila wanita mengalami pendarahan haid berat, penyebabnya mungkin melibatkan:

darah haid banyak

  1. Fibroid rahim atau polip.
  2. Kehamilan ektopik.
  3. Alami keguguran.
  4. Penyakit keradangan pelvis.
  5. Gangguan fungsi platelet.
  6. Penyakit von Willebrand.
  7. Hormon atau kelenjar yang menghasilkannya.
  8. Kesan pencegah kehamilan, seperti IUD.
  9. Pengambilan beberapa ubat, seperti aspirin.
  10. Pertumbuhan kanser di rahim atau serviks.
  11. Gangguan yang mempengaruhi hati, ginjal, atau tiroid.

Jadi, apa yang boleh penderita menorrhagia lakukan? Kalau betul mahu tahu, teruskan pembacaan!

Perubahan gaya hidup

#1 Pakai seluar dalam haid semasa tidur

Seluar dalam haid, yang juga disebut period panties, menyerap darah seperti tuala wanita.

Tidur dalam keadaan memakai seluar dalam ‘istimewa’ ini mungkin lebih selesa berbanding tidur beralaskan tuala wanita, kan?

Anda juga mungkin tidak lagi perlu bangun dengan terlalu kerap untuk menukar pad pada waktu malam.

#2 Gunakan cawan haid @ menstrual cup

Cawan haid adalah sejenis silikon kecil berbentuk cawan yang dimasukkan ke dalam faraj dan mengumpulkan darah period di saluran faraj.

Walaupun penggunaan cawan ini tidak akan mengurangkan aliran, ia mungkin dapat bantu wanita kurang berulang-alik ke tandas.

Cawan haid juga biasanya dapat menampung lebih banyak darah berbanding tampon atau tuala wanita.

#3 Dapatkan rehat yang secukupnya!

Tubuh kita memerlukan tenaga untuk mengembalikan darah yang hilang semasa aliran haid yang berat.

Oleh itu, memastikan badan mendapat rehat yang secukupnya adalah sangat mustahak, dan ia dapat bantu mencegah keletihan.

#4 Letak pek panas

Pek panas dapat bantu mengurangkan simptom haid, seperti kesakitan dan kekejangan. Bagaimana ia dapat membantu?

Ini kerana kehangatan daripada pek panas berupaya merehatkan otot, lalu memberikan kelegaan kepada penderita.

Diet dan makanan tambahan

Tidak ada kajian yang menunjukkan perubahan diet sahaja dapat mengurangkan darah haid banyak atau simptom yang berkaitan.

Namun, dengan memastikan tubuh memperolehi nutrisi yang  mencukupi dapat bantu menguruskan gejala, terutama ketika anda turut menggunakan ubat dan rawatan lain.

  • Vitamin C

Tubuh tidak mampu menyerap zat besi dengan mudah, tetapi vitamin C dapat membantu!

Dengan mengambil suplemen vitamin C atau makan makanan yang kaya dengannya seperti buahan sitrus, bersama dengan suplemen zat besi dapat bantu mencegah kekurangan zat besi.

  • Zat besi

Wanita yang alami masalah darah haid banyak akan kehilangan banyak darah, yang turut merangkumi zat besi.

Badan kita pula menggunakan zat besi untuk menghasilkan sel darah baru.

Pengambilan suplemen zat besi bantu memastikan sel darah merah mencukupi di dalam badan, yang dapat mencegah anemia, kondisi yang melibatkan kekurangan sel darah merah.

Selain suplemen, anda juga boleh cuba untuk menambahkan lebih banyak makanan kaya zat besi, termasuk daging, kekacang, dan sayur-sayuran berdaun gelap ke dalam diet.

  • Remedi herba

Beberapa kajian awal menunjukkan herba tertentu dapat bantu kawal menorrhagia.

Herba-herba berikut berkemungkinan dapat mengurangkan jangka masa haid dan kehilangan darah yang berat:

Tetapi, lebih banyak bukti perubatan diperlukan, dan para saintis juga meminta untuk melakukan kajian lebih lanjut untuk mengesahkan keberkesanannya.

Ubat-ubatan & prosedur

Ubat-ubatan

darah haid banyak

  1. Ibuprofen dapat mengurangkan rasa sakit akibat darah haid banyak, sensasi kekejangan dan juga memperlambatkan pendarahan.
  2. Pil pencegah kehamilan dapat menjadikan haid lebih teratur.
  3. Alat intrauterin (IUD) ditanamkan di rahim untuk bantu mengawal pendarahan dan mencegah kehamilan.
  4. Terapi hormon, termasuk estrogen atau progesteron, bantu mengurangkan pendarahan dan mengatur semula haid.
  5. Ubat antifibrinolitik, seperti asid tranexamic, juga dapat mengurangkan pendarahan dengan mengelakkan pembekuan darah.

Pembedahan

  1. Ablasi endometrium atau reseksi: Prosedur ini menghilangkan sebahagian besar atau seluruh lapisan rahim. Akibatnya, haid mungkin terhenti.
  2. Histerektomi: Melibatkan pembuangan rahim sepenuhnya. Ia turut menghentikan haid, membuatkan wanita tidak lagi boleh hamil.
  3. Histeroskopi operasi: Prosedur invasif minimum ini menyingkirkan polip dan pertumbuhan lain untuk bantu mengurangkan aliran darah berat.
  4. Dilation and curettage: Ini melibatkan pembuangan sebahagian lapisan rahim untuk mengehadkan pendarahan. Pesakit juga mungkin perlu menjalani prosedur lebih daripada sekali.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Symptoms menorrhagia. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/menorrhagia/symptoms-causes/syc-20352829. Accessed 26 August 2021.
  2. Heavy menstrual bleeding. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17734-menorrhagia-heavy-menstrual-bleeding. Accessed 26 August 2021.
  3. Menorrhagia. https://www.cdc.gov/ncbddd/blooddisorders/women/menorrhagia.html. Accessed 26 August 2021.
  4. Menorrhagia. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27397554. Accessed 26 August 2021.
  5. Menorrhagia. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/menorrhagia. Accessed 26 August 2021.

Versi Terbaru

30/11/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Kekejangan Haid, Ini Beberapa Cara Mengatasi Senggugut Yang Boleh Kaum Hawa Cuba!

Selain Pad, Wanita Boleh Guna Menstrual Cup Semasa Haid, Lebih Jimat & Tahan Lama


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 30/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan