2. Beli pelembap dan pelindung matahari yang berkualiti
Benar, pelembap juga tidak akan membuatkan payudara anda kembali tegang persis anak dara! Namun, ia merupakan antara cara tegangkan payudara jatuh yang berkesan.
Penggunaan pelembap atau losyen dapat membuatkan kulit kita lebih kuat dan sihat.
Pilih losyen yang dapat melindungi payudara anda daripada selaran matahari. Selalunya, produk yang mempunyai SPF 30 sudah memadai.
Tip: Gunakan krim aloe vera untuk urut sekitar kawasan payudara. Urut dalam gerakan membulat. Anda juga boleh amalkan gaya hidup sihat untuk pastikan payudara sentiasa pejal.
Cara tegangkan payudara jatuh 3: Pilih bra yang betul

Malangnya, hampir 80% wanita memakai baju dalam dengan saiz yang salah. Jangan biasakan diri ya! Bra yang terlalu ketat atau terlalu longgar boleh buatkan anda sakit belakang.
Selepas ini, mintak jurujual ukur dahulu sebelum beli. Cuba bra sebelum beli dan pastikan ia muat.
Lagipun, apa gunanya jika anda berhabis wang untuk baju dalam yang beropol-ropol dan seksi jika ia tidak nampak menarik pada badan!
Selain itu, elakkan juga memakai bra yang terlalu ketat. Baju dalam sebegini hanya akan melemahkan otot yang menyokong payudara. Malah, amalan ini mungkin akan membuatkan payudara anda nampak lebih kendur!
Jika anda ingin tampil seksi, belilah push up bra!
4. Amalkan pemakanan yang sihat
Untuk pastikan Cik Payudara sentiasa sihat, pastikan anda ambil makanan yang berkhasiat!
Makanan yang kaya dengan vitamin A dan C sangat baik untuk mencegah penuaan.
Malah, bukan payudara sahaja yang bakal nampak cantik dan pejal, kulit muka dan seluruh badan juga akan jadi semakin sihat!
Baca juga:
Cara tegangkan payudara jatuh 5: Bersenam!

Tidak ada cara yang lebih baik untuk buatkan badan anda cantik bak anak dara selain bersenam!
Ada orang kata, senaman yang membuatkan payudara ‘melantun’ akan buatkan ia nampak lebih kendur. Namun, jangan risau. Ini hanyalah mitos semata-mata.
Ada banyak senaman yang dapat membantu mengekalkan keanjalan payudara. Senaman seperti push up dan angkat berat mungkin dapat membantu. Walau bagaimanapun, pilih bra sukan yang sesuai dengan anda untuk elakkan kesakitan semasa bersukan.
Selain itu, jangan lupa minum air dengan mencukupi. Kulit yang hidrat akan nampak lebih muda dan elastik!
Kalau semuanya tidak berkesan untuk tegangkan payudara yang kendur, anda boleh pilih untuk lakukan pembedahan. Namun, dapatkan konsultasi doktor terlebih dahulu ya!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen