backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

5 Mitos Dan Fakta Tentang Cyst Ovari Wanita, Terungkai Dalam Artikel Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 24/05/2022

    5 Mitos Dan Fakta Tentang Cyst Ovari Wanita, Terungkai Dalam Artikel Ini!

    Terdapat banyak mitos dan fakta tentang kondisi cyst ovari wanita sehingga ramai individu yang salah faham, keliru dan khuatir jika mereka turut ada risiko yang tinggi.

    Apa yang pasti di sini adalah ia merupakan sejenis ketumbuhan yang wujud di dalam rahim wanita dan akan menyebabkan pelbagai tanda, gejala serta komplikasi lain.

    Jadi, sangat penting untuk kita semua tahu tentang mitos dan fakta ovari cyst. Teruskan baca artikel!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Apa yang dimaksudkan dengan cyst ovari?

    Untuk pengetahuan anda semua, cyst ovari atau ovari cyst adalah kondisi wujudnya kantung atau poket abnormal yang berisi cecair di dalam atau pada permukaan rahim wanita.

    Kebanyakan wanita mungkin akan mempunyai sista pada ovari ketika waktu tertentu sepanjang hidup mereka. Ia boleh jadi bahaya atau tidak tergantung kepada individu.

    Kebanyakan sista mungkin akan menyebabkan rasa sakit dan tidak selesa namun sebenarnya ia tidak berbahaya. Ia juga mungkin boleh hilang dengan sendiri tanpa perlu ambil rawatan atau ubatan.

    cyst ovari

    Pun begitu, kondisi ini juga ada risiko untuk jadi bahaya apabila ia pecah atau bocor di dalam rahim wanita. Kesannya, akan timbul tanda, gejala serta komplikasi yang teruk.

    Disebabkan itu, anda perlu tahu dan kenal dengan kondisi ini dalam usaha untuk elak dan merawatnya!

    Ini senarai mitos & fakta tentang cyst ovari!

    Tidak dinafikan bahawa kondisi ini memang sangat popular dalam kalangan wanita sehingga ia telah menimbulkan banyak mitos-mitos yang mungkin agak menakutkan.

    Berikut ini pula adalah antara senarai mitos dan fakta tentang ovari cyst yang wanita perlu tahu:

    #1. Cyst ovari ini ada sifat kanser

    Disebabkan sista ini adalah ketumbuhan, maka ramai yang percaya bahawa sista ovari ini bersifat kanser sedangkan ia bukan. Sebaliknya, ia adalah gumpalan daripada jisim tisu.

    Ada 3 jenis sista ovari yakni ollicle cysts, corpeus luteum cysts dan endometriomas. Jenis terakhir ini ada risiko untuk jadi kanser namun ia mungkin agak jarang berlaku.

    #2. Ia boleh jadi punca wanita tidak subur

    Ketidaksuburan wanita ada banyak sebab dan salah satu daripadanya adalah sista ovari? Mungkin ya atau tidak. Ini kerana kebanyakan kes tidak akan jadi punca kondisi ini.

    Sebaliknya, wanita mungkin akan tidak subur jika sista itu dijangkiti lalu dipenuhi dengan parut pada tiub falopio. Kes yang jarang berlaku ini boleh jadi punca ketidaksuburan.

    #3. Ia perlu untuk dibedah dan dibuang

    cyst ovari

    Tidak kurang banyak yang kita baca atau dengar di mana kes sista ovari ini perlu dibedah dan dibuang melalui prosedur klinikal. Cuma, ada perkara penting yang anda perlu tahu.

    Apabila sista ini hanya bersaiz kecil, maka ia boleh hilang sendiri seiring waktu namun jika sista itu sudah bersaiz besar, maka ia perlu dibedah dan dibuang dengan segera.

    #4. Hanya wanita tua ada sista ovari

    Dari mana datangnya idea yang mengatakan hanya wanita tua mempunyai ovari cyst? Ia agak kurang tepat kerana semua wanita tanpa kira usia mungkin boleh mengalami kondisi ini.

    Pun begitu, wanita lanjut usia yang hampir atau sudah masuk usia menopaus adalah lebih tinggi risiko untuk mempunyai sista ovari dan kanser ovari pada masa yang sama.

    #5. Cyst ovari akan ganggu proses haid

    Disebabkan ia wujud pada rahim, ramai individu yang percaya bahawa sista pada ovari ini akan ganggu proses haid lantas menjadi punca haid itu sering sakit serta tidak teratur.

    Anda perlu tahu bahawa sista yang kecil tidak akan mendatangkan sebarang simptom jelas. Hanya sista yang besar akan jadi punca gangguan pada kitaran haid kaum wanita.

    cyst ovari

    Jangan biar dan jumpa doktor segera ya!

    Konklusinya, kita mungkin dapat menyimpulkan bahawa bahaya kondisi ovari cyst ini terletak pada saiznya – lebih besar saiz sista pada ovari, maka ia mungkin lebih bahaya.

    Memandangkan ia boleh terjadi pada semua wanita tidak kira usia, maka semua individu wajar lebih waspada dan jumpa doktor segera jika syak ada perkara yang tidak kena.

    Apa yang paling penting, pelajari dan fahami mitos serta fakta tentangnya daripada mereka yang pakar.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 24/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan