Sista ovari adalah sejenis kantung kecil, bukan kanser yang berisi cecair. Kondisi ini boleh menimpa wanita yang mengalami haid secara berkala. Tetapi, tahukah anda, sista ovari boleh menjadi sebab sakit belakang badan?
Tidak dinafikan, kewujudannya boleh jadi menjengkelkan, kerana sering menyebabkan gejala yang mengganggu seperti kekembungan dan ketidakselesaan perut. Malah dalam sesetengah kes, sista ovari turut menjadi sebab sakit belakang!
Teruskan pembacaan untuk memahami perkaitan antara sista ovari dan sakit belakang dengan lebih lanjut, berserta pemicu dan pilihan rawatan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Sista ovari, bagaimana ia terbentuk?
Sista ini hadir dalam beberapa jenis. Sebilangan besarnya berlaku akibat kitaran haid normal wanita, apabila folikel ovari terus menumbuh tanpa melepaskan telur (ovum) ketika ovulasi.
Faktor-faktor lain yang boleh meningkatkan risiko seseorang wanita terhadap sista ovari turut merangkumi mengandung, endometriosis atau masalah hormon yang menjejaskan ovulasi.
Berita baiknya, kebanyakan sista ovari mampu menghilang dengan sendirinya!
Hakikatnya, majoriti kes cyst ovari datang dan pergi tanpa menyebabkan gejala yang ketara.
Dalam kes-kes simptomatik pula, sista ovari berisiko menjadi sebab sakit belakang.
Dengan mengamalkan rawatan kendiri seperti menuam pek panas dan berendam mandian garam Epsom, mungkin dapat bantu melegakan ketidakselesaan.
Kesakitan kondisi ini juga paling kerap dirasai di bahagian bawah perut dan menjadi sebab sakit belakang.
Analisis pada tahun 2019 telah mengkaji imej MRI daripada 400 peserta dengan masalah sakit belakang.
Kajian mendapati, dalam 90 orang pesakit yang kesakitannya tidak berkaitan dengan tulang belakang, 40 daripadanya (44.5%) telah didiagnosis dengan sista ovari!
Kondisi ini yang menjadi sebab sakit belakang kadangkala adalah petanda kepada sista pecah.
Apabila ia berlaku, anda mungkin akan merasai rasa sakit yang lebih tajam dan lebih teruk.
Jadi, apa sebenarnya punca sakit belakang cyst ovari ini? Mahu tahu? Jawapannya ada di bawah!
Simptom lain sista ovari:
- Sembelit
- Tekananan di kawasan pelvis
- Kekembungan atau bengkak di bahagian bawah perut
- Haid yang menyakitkan atau tidak teratur
- Tompokan antara haid (spotting)
- Rasa sakit saat bersenggama atau kencing
- Keperluan untuk kencing dengan lebih kerap
Sista ovari menjadi sebab sakit belakang, apa pemicunya?
Sebenarnya terdapat beberapa jenis sista ovari untuk kalian kenali, antaranya termasuklah:
- Functional cysts: Ini adalah sejenis sista ovari yang paling kerap ditemui, bersama-sama sista follicular dan corpus luteum. Ia berlaku apabila follicular dan corpus luteum tidak mengikuti corak normal mereka semasa kitaran haid.
- Sista dermoid (teratomas): Sista dermoid pula adalah tumor yang lambat terbentuk dan selalunya bersifat benign (bukan kanser). Ia mengandungi tisu daripada bahagian tubuh yang lain, seperti kulit, rambut dan sering kali dimiliki sejak lahir.
- Cystadenoma: Ia juga merupakan tumor benign yang mengandungi cairan berair seperti lendir. Mereka mungkin kelihatan serupa dengan functional cysts, tetapi cystadenoma terus menumbuh dari masa ke masa dan boleh menjadi sangat besar!
- Endometriomas (sista coklat): Ini adalah sista berisi darah yang terbentuk akibat endometriosis, kondisi di mana selaput endometrium tumbuh di luar rahim. Apabila ovari terjejas dengan endometriosis, endometriomas boleh terbentuk di dalamnya.
Baca juga:
- Bahaya Jika Wanita Makan Kulit Ayam Goreng, Boleh Sebabkan Sista Ovari?
- Ladies, Selain Sista Ovari, Ini Jenis-jenis Cyst Yang Perlu Kalian Ambil Tahu!
Remedi-remedi di rumah yang dapat membantu!
Sista ovari boleh menjadi sebab sakit belakang, jika ia di tahap yang tidak begitu teruk, kalian boleh melakukan remedi berikut untuk memberi kelegaan!
Antaranya:
- Regangan: Regangan lembut juga dapat bantu mengatasi sakit belakang! Rujuk doktor anda mengenai jenis regangan yang bersesuaian. Cuba juga untuk elakkan pergerakan atau aktiviti yang membuat sakit belakang anda bertambah teruk.
- Ubat-ubatan di kaunter (OTC): Ubat sakit OTC dapat bantu mengurangkan kesakitan. Ini termasuklah acetaminophen, atau ubat antiradang nonsteroid (NSAID) seperti ibuprofen dan naproxen.
- Haba: Menuam pek panas ke kawasan yang terjejas akan dapat bantu mengurangkan kesakitan dan keradangan.
Tanda-tanda anda perlu temui doktor
Untuk makluman, ada beberapa simptom sista ovari yang menjadi indikasi penting untuk mendapatkan rawatan perubatan segera, seperti:
- Pening dan muntah
- Terasa hendak pitam atau pening
- Pernafasan laju
- Denyutan nadi yang laju
- Rasa sakit teruk di bahagian bawah perut atau belakang secara mengejut
Gejala-gejala di atas boleh menunjukkan komplikasi, seperti sista pecah atau ovari yang berpintal (ovarian torsion).
Opsyen-opsyen rawatan perubatan
Apabila sista menyebabkan simptom, rawatan berikut mungkin disyorkan:
- Ubat tahan sakit: Seperti ubat OTC; acetaminophen, ibuprofen, dan naproxen. Jika anda alami rasa sakit yang lebih teruk, doktor mungkin akan memberikan dos yang lebih kuat.
- Pil pencegah kehamilan: Ia bantu mencegah sista baru daripada terbentuk, namun tidak akan mengecilkan sista yang sedia ada.
- Pembedahan: Dalam beberapa kes, sista mungkin perlu dikeluarkan semasa pembedahan. Ia juga biasanya dilakukan menggunakan laparoskopi (pembedahan invasif minimum) atau laparotomi (pembedahan terbuka).
Pembuangan pembedahan juga mungkin disyorkan jika sista:
- Sudah besar atau terus membesar
- Berpotensi membentuk barah
- Tidak menghilang selepas beberapa kitaran haid
- Menyebabkan kesakitan yang ketara atau simptom lain
Jumpa doktor untuk tentukan sebab sakit belakang
Kondisi ini selalunya tidak menyebabkan simptom, dan boleh menghilang tanpa rawatan.
Jika wujud sebarang gejala, sista boleh menjadi punca sakit belakang dan di bahagian bawah perut.
Sista berukuran kecil selalunya hanya akan diperhatikan, tetapi pembedahan untuk membuangnya mungkin diperlukan jika ia membesar atau mengakibatkan simptom ketara.
Justeru, kalau anda mengalami sakit belakang atau simptom lain, rujuk doktor untuk dapatkan khidmat nasihat, okey?
[embed-health-tool-ovulation]