backup og meta

Bahaya Jika Wanita Makan Kulit Ayam Goreng, Boleh Sebabkan Sista Ovari?

Bahaya Jika Wanita Makan Kulit Ayam Goreng, Boleh Sebabkan Sista Ovari?

Pernahkah anda dengar mengenai larangan makan kulit ayam atau kulit ayam goreng? Katanya, kedua-dua makanan ini boleh menyebabkan pertumbuhan sista atau cyst dalam rahim. Ada juga yang mengaitkan pengambilan makanan ini dengan penyakit kanser.

Namun, sejauh manakah kebenarannya? Benarkah ada makanan tertentu yang boleh menyebabkan pembentukan sista dalam rahim?

Sama-sama kita ikuti penjelasan kami dalam artikel di bawah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Benarkah kulit ayam goreng menyebabkan pembentukan sista?

kulit ayam goreng

“Jangan makan kulit ayam, tak sihat!” Pasti kita sudah bosan mendengar ayat ini. Selama ini, kita anggap makan kulit ayam merupakan sesuatu yang berbahaya terhadap kesihatan.

Malah, banyak juga sumber yang mengatakan kulit ayam boleh menyebabkan kanser dan sista pada kawasan rahim. Namun, apakah kebenaran di sebalik kenyataan ini?

Menurut laman sesawang Harvard School of Public Health, kulit ayam mungkin tidak sebahaya yang disangka. Malah, lemak yang terkandung pada kulit ayam juga merupakan sumber lemak sihat yang bagus untuk jantung.

Malah, lemak sihat atau lemak tidak tepu ini boleh mengurangkan kolesterol dan tekanan darah kita. Siapa sangka kulit ayam yang selalu dibuang ini sebenarnya ada manfaat terhadap kesihatan.

Bukan itu sahaja, kulit ayam juga akan membuatkan daging ayam tersebut lebih sedap dimakan. Ia dapat mengekalkan kelembapan dan menambah rasa ayam ketika memasak.

Walau bagaimanapun, seperti makanan lain, semuanya perlulah diambil secara bersederhana.

Walaupun kulit ayam goreng tidak akan menyebabkan sista ovari dan mempunyai khasiatnya yang tersendiri, namun ia boleh menyebabkan inflamasi pada badan.

Jadi, tidak salah jika anda ingin makan kulit ayam goreng. Tetapi, jangan lupa! Pastikan anda tidak mengambilnya secara keterlaluan.

Kebaikan makan kulit ayam goreng

kulit ayam goreng

Selain yang dijelaskan di atas, ada banyak lagi manfaat kulit ayam. Antaranya ialah:

1. Kulit ayam penuh dengan lemak sihat

Lemak terbahagi kepada dua jenis, lemak jahat yang boleh membuatkan arteri tersumbat serta lemak baik yang amat bermanfaat kepada kesihatan jantung. Lemak yang terkandung di dalam kulit ayam kebanyakannya ialah lemak tidak tepu atau asid oleik.

Asid oleik bukan sahaja terkandung di dalam kulit ayam goreng, ia juga boleh ditemui di dalam minyak zaitun.

[embed-health-tool-heart-rate]

2. Tidak ada banyak beza jika anda makan kulit ayam atau tidak

kulit ayam goreng

Sebenarnya, tidak ada banyak beza jika anda buang kulit ayam ketika makan. Bezanya hanya sekitar 50 kalori atau 2.5 g lemak tepu sahaja.

Jadi, jika anda seorang yang pentingkan kalori, anda boleh buang kulit ayam sebelum makan.

Walau bagaimanapun, membuang kulit ayam akan membuatkan rasanya sangat berbeza. Ayam tersebut akan kehilangan kelembutannya. Malah, rasanya juga tidak akan sesedap ketika ia dimasak bersama kulit.  

3. Kurang berisiko terlebih makan

Apa rasanya kalau kita rasa ‘tidak puas’ ketika makan? Sudah tentulah kita akan makan lagi sehingga kenyang!

Untuk pengetahuan anda, rasa makanan sangat mempengaruhi kepuasan kita ketika makan. Jadi, membuang kulit ayam bukanlah satu idea yang bijak jika anda ingin berdiet.

Apabila makanan yang kita ambil dapat memuaskan selera kita, besar kemungkinan kita akan berhenti makan secara berlebihan.

Baca juga:

Apakah yang menyebakan pembentukan sista?

hamil

Sebenarnya, jarang sekali pemakanan boleh menyebabkan sista. Selalunya, sista terbentuk disebabkan masalah hormon atau penyakit tertentu.

Sebagai contoh:

  1. Ketidakseimbangan hormon. Sejenis sista yang dikenali sebagai functional cyst selalunya terbentuk disebabkan masalah hormon atau pengambilan ubat-ubatan tertentu. Walau bagaimanapun, sista jenis ini selalunya akan sembuh sendiri tanpa sebarang rawatan.
  2. Endometriosis. Wanita yang menghidap endometriosis akan mengalami sejenis sista yang dikenali sebagai endometrioma. Tisu endometriosis boleh melekat pada ovari dan menyebabkan ketumbuhan. Sista ini juga boleh menyebabkan kesakitan ketika melakukan hubungan seks.
  3. Kehamilan. Sista pada rahim kadangkala terbentuk disebabkan kehamilan. Namun, selepas wanita melahirkan anak, sista tersebut tertinggal pada rahim. Oleh sebab itu, pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk membuang sista.
  4. Jangkitan yang serius. Jangkitan pada kawasan pelvis boleh merebak ke ovari dan tiub falopio lalu menyebabkan pembentukan sista.

Kesimpulan

Jadi, benarkah tabiat makan kulit ayam boleh menyebabkan pembentukan sista dalam rahim? Jawapannya mungkin tidak.

Walau bagaimanapun, kulit ayam mengandungi lemak yang mungkin dapat meningkatkan kolesterol dalam badan.

Jika anda suka makan kulit ayam goreng, pastikan anda mengambilnya secara sederhana. Kulit ayam bukannya perlu dibuang terus. Malah, ada banyak khasiat yang terkandung di dalam kulit ayam yang baik untuk badan.

Apa yang penting, bersederhanalah dalam pemakanan. Tidak ada masalahnya jika anda suka makan kulit. Tetapi, jika diambil secara berlebihan, sudah tentulah ia akan mencetuskan masalah!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Can cervical cysts be cancerous? https://www.mayoclinic.org/cervical-cysts/expert-answers/faq-20058495. Accessed on April 4, 2022.
  2. Cysts (Overview). https://www.health.harvard.edu/a_to_z/cysts-overview-a-to-z. Accessed on April 4, 2022.
  3. Nabothian cyst. https://medlineplus.gov/ency/article/001514.htm. Accessed on April 4, 2022.
  4. Nabothian cyst. https://radiopaedia.org/articles/nabothian-cyst. Accessed on April 4, 2022.
  5. Nabothian Cysts. https://www.health.harvard.edu/a_to_z/nabothian-cysts-a-to-z. Accessed on April 4, 2022.

Versi Terbaru

08/04/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Inginkan Hidup Yang Lebih Aktif & Sihat? Ini 5 Tip Penghidap Fibrosis Sista Boleh Amalkan!

Sista Ovari Dan Sakit Belakang, Apa Kaitan 2 Kondisi Ini?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 08/04/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan