backup og meta

Fibroid Rahim Itu Punca Komplikasi Kehamilan & Kemandulan? Adakah Ini Benar?

Fibroid Rahim Itu Punca Komplikasi Kehamilan & Kemandulan? Adakah Ini Benar?

Kondisi fibroid rahim ini acap kali menyerang golongan wanita, tapi ia bukan bersifat kanser. Jadi, apa kesan fibroid dalam rahim?

Turut dikenali dengan panggilan leiomyoma dan myoma, ia hanya berlaku pada wanita di dalam lingkungan usia reproduktif.

Simptomnya mungkin dialami oleh segelintir individu, namun ada juga yang mengalami kesakitan dan pendarahan berlebihan, atau kedua-duanya.

Ikuti kupasan ini untuk memahami kesan fibroid dalam rahim terhadap kesihatan wanita, terutama kehamilan dan kesuburan.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Wanita, anda boleh klik di sini.

Apa tanda fibroid rahim?

Sesetengah wanita tidak menderita sebarang simptom, namun buat mereka yang mengalaminya, gejala paling kerap berlaku merangkumi:

kesan fibroid dalam rahim

Fibroid mungkin dapat dirasakan semasa menjalani pemeriksaan pelvis.

Sekiranya doktor mengesyaki anda mempunyai pertumbuhan bukan kanser ini, mereka mungkin mengesyorkan ujian pencitraan seperti ultrabunyi, untuk mengesahkan sama ada ia tumor fibroid atau yang lain.

Kesan fibroid dalam rahim terhadap kehamilan

Sekiranya fibroid terbentuk semasa kehamilan, ia kadangkala berupaya memicu masalah dengan perkembangan bayi atau mengakibatkan kesulitan saat bersalin.

Wanita dengan masalah fibroid juga mungkin mengalami rasa sakit di abdomen ketika hamil, dan ini berisiko membawa kepada kelahiran pramatang.

Bagi kes ketumbuhan fibroid berukuran besar yang menyekat faraj pula, pembedahan caesarean mungkin diperlukan.

Dalam kes yang jarang berlaku, fibroid mampu menyebabkan keguguran (gugur kehamilan semasa 23 minggu pertama).

Kajian yang dijalankan pada tahun 2010 menunjukkan, sebanyak 10% hingga 30% penghidap fibroid mengalami komplikasi semasa kehamilan.

kesan fibroid dalam rahim

Penyelidik turut menyatakan, antara komplikasi yang paling kerap terjadi saat kehamilan adalah, kesakitan.

Hal ini paling kerap dilihat pada wanita dengan fibroid yang bersaiz lebih dari 5 sentimeter, terutama mereka yang berada dalam 2 trimester terakhir.

Selain komplikasi di atas, antara masalah lain yang berisiko berlaku ketika kehamilan dan kelahiran adalah:

  1. Fetal growth restriction: Fibroid yang besar mampu menyekat pertumbuhan janin dek kekurangan ruang di dalam ovari.
  2. Gangguan plasenta: Ia berlaku ketika plasenta terasing dari dinding rahim akibat disekat oleh fibroid. Hal ini bakal mengurangkan oksigen dan nutrien penting.
  3. Kedudukan bayi songsang : Disebabkan bentuk rongga yang tidak normal, bayi mungkin tidak dapat diselaraskan untuk kelahiran normal (faraj).

Kesan fibroid dalam rahim terhadap kemandulan

Kemandulan (ketidakupayaan untuk hamil) boleh berlaku dalam kalangan penderita fibroid, lebih-lebih lagi yang berukuran besar.

Fibroid juga kadangkala mampu menjejaskan proses persenyawaan dengan mencegah telur daripada menempel pada lapisan rahim, atau mencegah sperma untuk sampai ke telur, tetapi kes sebegini jarang berlaku.

Pun begitu, majoriti wanita yang mempunyai fibroid masih boleh hamil secara semula jadi. Rawatan untuk membolehkan persenyawaan juga mungkin tidak diperlukan.

kesan fibroid dalam rahim

Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, kesan fibroid dalam rahim punyai potensi untuk mempengaruhi kesuburan pesakit.

Sekiranya anda mempunyai fibroid submucosal (fibroid yang tumbuh dari dinding otot ke rongga rahim), ia mungkin akan menyumbat tiub fallopio, meningkatkan risiko kemandulan atau keguguran.

Tiub fallopio berfungsi menghubungkan ovari (tempat telur dilepaskan) ke dalam rahim.

Walaupun fibroid boleh menyebabkan kemandulan bagi sesetengah wanita, namun faktor lain juga mungkin memainkan peranan.

Jika anda menghadapi kesulitan untuk mengandung, doktor mungkin akan cuba kenal pasti penyebab lain sebelum mengaitkan masalah ini dengan fibroid.

Akhir kata…

Benar, kesan fibroid dalam rahim berupaya mempengaruhi kesuburan anda. Ia juga boleh mempengaruhi kemampuan anda untuk mendapatkan cahaya mata.

Namun, kebanyakan wanita tidak mengalami masalah berkaitan kesuburan atau komplikasi kehamilan akibat ketumbuhan ini.

Justeru, sekiranya anda tergolong dalam penghidap fibroid dan ingin memulakan keluarga, berbincanglah dengan doktor mengenai pilihan rawatan dan risiko yang perlu diambil cakna.

Walaupun fibroid rahim tidak dapat dicegah, namun gaya hidup sihat boleh menurunkan risiko anda.

Begitu juga dengan mengekalkan berat badan sihat, ia dapat menurunkan risiko anda terhadap masalah kesuburan dan kehamilan berisiko tinggi.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Uterine Fibroids, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9130-uterine-fibroids, Accessed Apr 14 2021.
  2. Uterine Fibroids, https://familydoctor.org/condition/uterine-fibroids/, Accessed Apr 14 2021.
  3. What are fibroids?, https://www.uclahealth.org/fibroids/what-are-fibroids, Accessed Apr 14 2021.
  4. Fibroids, https://www.nhs.uk/conditions/fibroids/complications/, Accessed Apr 14 2021.
  5. Uterine Fibroids, https://www.acog.org/womens-health/faqs/uterine-fibroids, Accessed Apr 14 2021.

Versi Terbaru

05/09/2023

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ini 11 Punca Faraj Selalu Pedih, Ada Yang Disebabkan Jangkitan & Sakit Kelamin!

Ada 6 Punca Kenapa Keputihan Berwarna Coklat, Ia Bukanlah Sebab Hamil Sahaja!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 05/09/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan