Fibroid dan cyst dalam rahim, kedua-duanya adalah ketumbuhan bukan? Tapi apa yang membezakan mereka?
Pantau kitaran haid
Anda pasti?
Fibroid dan cyst dalam rahim, kedua-duanya adalah ketumbuhan bukan? Tapi apa yang membezakan mereka?
Anda fikir anda mungkin mempunyai sista ovari. Atau, mungkinkah itu fibroid rahim?
Fibroid dan cyst dalam rahim mempengaruhi struktur yang berbeza dalam sistem pembiakan wanita.
Walau bagaimanapun, kedua-duanya dapat menunjukkan simptom yang serupa, seperti sakit pelvis dan pendarahan rahim yang tidak normal.
Tambah lagi, terdapat juga kemungkinan kedua-dua kondisi ini mempengaruhi kesuburan dan kebolehan untuk hamil!
Mari kenali fibroid dan sista di dalam rahim dengan lebih terperinci!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Fibroid Rahim, sila dapatkannya di sini.
Myoma, yang biasanya dikenali sebagai fibroid, adalah tumor jinak (bukan kanser) yang terbentuk di dalam atau di sekitar rahim.
Fibroid, secara perubatan dikenali sebagai leiomyoma dan merupakan tumor berotot licin, sejenis tisu yang membentuk dinding rahim.
Ketumbuhan ini juga adalah satu kondisi yang kerap mempengaruhi kira-kira 20% wanita dalam lingkungan usia yang berupaya mengandung.
Bahaya fibroid rahim, kadangkala tumor ini menjadi agak besar dan menyebabkan rasa sakit perut yang teruk dan pendarahan haid berat.
Dalam sesetengah kes pula, ia sama sekali tidak menyebabkan sebarang tanda atau gejala dan hingga kini, punca fibroid masih tidak diketahui.
Fibroid boleh berukuran daripada saiz benih, yang tidak dapat dikesan oleh mata manusia, hingga ketulan besar yang mengganggu dan membesarkan rahim pesakit.
Anda juga boleh mempunyai satu atau lebih fibroid dalam satu-satu masa.
Bahaya fibroid rahim, dalam kes yang teruk, ia mampu mengembangkan saiz rahim sehingga ke tulang rusuk dan menjejaskan berat badan!
Antara simptom dan tanda fibroid rahim yang paling biasa berlaku termasuk:
Seiring dengan ukuran dan bilangan fibroid, jenisnya juga boleh mempengaruhi rawatan yang bakal doktor cadangkan.
Terdapat 3 jenis fibroid utama, ia merangkumi:
Fibroid intramural adalah sejenis fibroid yang paling biasa terjadi. Ia juga sering terbentuk di dinding otot rahim.
Selain itu, bahaya fibroid rahim jenis intraural ini, ia berpotensi untuk membesar sehingga meregangkan rahim!
Fibroid jenis subserosal pula terbentuk di bahagian luar rahim, yang turut disebut sebagai serosa.
Mereka juga boleh mengembang dengan cukup besar sehingga membuatkan rahim pesakit kelihatan lebih besar pada 1 sisi.
Tumor jenis ini berupaya membentuk di lapisan otot tengah, atau myometrium rahim anda.
Di samping itu, ketumbuhan jenis submucosal lebih jarang berlaku berbanding yang lain.
Fibroid paling kerap dijumpai semasa pemeriksaan fizikal. Doktor mungkin merasakan benjolan yang keras semasa pemeriksaan perut atau pelvis.
Imbasan dapat mengesahkan diagnosis. 2 ujian yang akan menjadi pilihan utama adalah:
Rawatan sering kali bergantung kepada gejala, juga usia dan keinginan pesakit untuk hamil atau tidak.
Antara pilihan rawatan termasuklah:
Ukuran sista bervariasi daripada mikroskopik hinggalah kepada saiz yang sangat besar.
Apa yang menakutkan, sista yang sangat besar boleh memberi kesan kepada organ dalaman!
Pun begitu, sebilangan besarnya bersifat jinak, tetapi beberapa jenis cyst boleh menjadi barah atau pra-kanser.
Ia mempunyai membran yang berbeza dan dipisahkan dari tisu berdekatan. Bahagian luarnya (kapsular) dikenali sebagai dinding sista.
Sekiranya kantung dipenuhi nanah, sista itu dijangkiti dan akan berubah menjadi abscess (pengumpulan nanah yang menyakitkan, biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria).
Walaupun cyst boleh muncul di mana-mana sahaja di dalam badan, selalunya ia terbentuk di kulit, ovari, payudara atau buah pinggang.
Antara lokasi yang kerap terjejas termasuklah:
Pastikan untuk menjadualkan janji temu dengan doktor jika sista anda menjadi sangat menyakitkan atau merah. Ini mungkin merupakan petanda ia pecah atau dijangkiti.
Pertumbuhan yang tidak normal turut berisiko menjadi antara simptom kanser! Doktor anda mungkin akan mengambil sedikit sampel tisu ketumbuhan untuk diuji.
Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.
Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.
Panjang Kitaran
(hari)
Objektif
(hari)
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen