Fibroid dan cyst dalam rahim, kedua-duanya adalah ketumbuhan bukan? Tapi apa yang membezakan mereka? Anda fikir anda mungkin mempunyai sista ovari. Atau, mungkinkah itu fibroid rahim? Sebenarnya, ada banyak bahaya fibroid rahim yang perlu semua orang tahu.
Fibroid dan cyst dalam rahim mempengaruhi struktur yang berbeza dalam sistem pembiakan wanita.
Walau bagaimanapun, kedua-duanya dapat menunjukkan simptom yang serupa, seperti sakit pelvis dan pendarahan rahim yang tidak normal.
Tambah lagi, terdapat juga kemungkinan kedua-dua kondisi ini mempengaruhi kesuburan dan kebolehan untuk hamil!
Mari kenali fibroid dan sista di dalam rahim dengan lebih terperinci!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Fibroid Rahim, sila dapatkannya di sini.
Apa itu Myoma @ fibroid rahim?
Myoma, yang biasanya dikenali sebagai fibroid, adalah tumor jinak (bukan kanser) yang terbentuk di dalam atau di sekitar rahim.
Fibroid, secara perubatan dikenali sebagai leiomyoma dan merupakan tumor berotot licin, sejenis tisu yang membentuk dinding rahim.
Ketumbuhan ini juga adalah satu kondisi yang kerap mempengaruhi kira-kira 20% wanita dalam lingkungan usia yang berupaya mengandung.
Bahaya fibroid atau cyst dalam rahim, kadangkala tumor ini menjadi agak besar dan menyebabkan rasa sakit perut yang teruk dan pendarahan haid berat.
Dalam sesetengah kes pula, ia sama sekali tidak menyebabkan sebarang tanda atau gejala dan hingga kini, punca fibroid masih tidak diketahui.
Fakta fibroid
Fibroid atau cyst dalam rahim boleh berukuran daripada saiz benih, yang tidak dapat dikesan oleh mata manusia, hingga ketulan besar yang mengganggu dan membesarkan rahim pesakit.
Anda juga boleh mempunyai satu atau lebih fibroid dalam satu-satu masa.
Bahaya fibroid rahim, dalam kes yang teruk, ia mampu mengembangkan saiz rahim sehingga ke tulang rusuk dan menjejaskan berat badan!
Antara simptom dan tanda fibroid rahim yang paling biasa berlaku termasuk:
- Pendarahan haid yang berat.
- Tempoh haid berlangsung lebih dari seminggu.
- Tekanan atau kesakitan di bahagian pelvis.
- Kerap membuang air kecil.
- Kesukaran mengosongkan pundi kencing.
- Sembelit.
- Sakit belakang atau sakit kaki.
Baca juga:
- 6 Makanan Terbaik Untuk Kecutkan Cyst Ovari! Siapa Sangka Teh Pun Tersenarai!
- Perut Membuncit Petanda Ada Cyst? Wanita, Jom Tahu Tandanya Sebelum Terlambat!
Jenis fibroid
Seiring dengan ukuran dan bilangan fibroid, jenisnya juga boleh mempengaruhi rawatan yang bakal doktor cadangkan.
Terdapat 3 jenis fibroid utama, ia merangkumi:
- Fibroid intramural
Fibroid intramural adalah sejenis fibroid yang paling biasa terjadi. Ia juga sering terbentuk di dinding otot rahim.
Selain itu, bahaya fibroid rahim jenis intraural ini, ia berpotensi untuk membesar sehingga meregangkan rahim!
- Fibroid subserosal
Fibroid jenis subserosal pula terbentuk di bahagian luar rahim, yang turut disebut sebagai serosa.
Mereka juga boleh mengembang dengan cukup besar sehingga membuatkan rahim pesakit kelihatan lebih besar pada 1 sisi.
- Fibroid submucosal
Tumor jenis ini berupaya membentuk di lapisan otot tengah, atau myometrium rahim anda.
Di samping itu, ketumbuhan jenis submucosal lebih jarang berlaku berbanding yang lain.
Diagnosis & rawatan cyst dalam rahim
Bagaimana fibroid didiagnosis?
Fibroid paling kerap dijumpai semasa pemeriksaan fizikal. Doktor mungkin merasakan benjolan yang keras semasa pemeriksaan perut atau pelvis.
Imbasan dapat mengesahkan diagnosis. 2 ujian yang akan menjadi pilihan utama adalah:
- Ultrabunyi: Ia menggunakan gelombang bunyi untuk mendiagnosis fibroid dan melibatkan frekuensi yang lebih tinggi
- MRI: Ujian pencitraan ini menggunakan magnet dan gelombang radio untuk menghasilkan imej. Ini membolehkan doktor mendapatkan gambaran ukuran, bilangan dan lokasi fibroid. Mereka juga akan dapat membezakan antara fibroid dan adenomyosis, yang kadangkala salah didiagnosis. MRI digunakan untuk mengesahkan diagnosis dan bantu menentukan rawatan yang terbaik untuk pesakit
Rawatan fibroid
Rawatan sering kali bergantung kepada gejala, juga usia dan keinginan pesakit untuk hamil atau tidak.
Antara pilihan rawatan termasuklah:
- Hormon untuk mengatur kitaran haid atau mengurangkan gejala seperti pil kontraseptif oral.
- Histerektomi (pembuangan rahim).
- Peranti intrauterin untuk melepaskan progestin di dalam rahim bagi menghentikan pendarahan dan kesakitan.
- Myomectomy (pembedahan membuang fibroid).
- Ubat penahan sakit, seperti ibuprofen atau acetaminophen.
Apa itu cyst dalam rahim @ sista?
Ukuran sista bervariasi daripada mikroskopik hinggalah kepada saiz yang sangat besar.
Apa yang menakutkan, sista yang sangat besar boleh memberi kesan kepada organ dalaman!
Pun begitu, sebilangan besarnya bersifat jinak, tetapi beberapa jenis cyst boleh menjadi barah atau pra-kanser.
Ia mempunyai membran yang berbeza dan dipisahkan dari tisu berdekatan. Bahagian luarnya (kapsular) dikenali sebagai dinding sista.
Sekiranya kantung dipenuhi nanah, sista itu dijangkiti dan akan berubah menjadi abscess (pengumpulan nanah yang menyakitkan, biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria).
Lokasi sista
Walaupun cyst boleh muncul di mana-mana sahaja di dalam badan, selalunya ia terbentuk di kulit, ovari, payudara atau buah pinggang.
Antara lokasi yang kerap terjejas termasuklah:
- Ovari: Folikel ovari yang tidak melepaskan telurnya boleh menjadi punca pembentukan sista pada ovari. Cyst ini tidak berbahaya dan biasanya hilang selepas 2 hingga 3 bulan.
- Payudara: Ketulan di payudara mungkin disebabkan oleh sista atau pepejal. Bagi sista payudara, ia selalunya bersifat jinak (bukan barah).
- Faraj: Cyst kelenjar Bartholin boleh terbentuk di salah satu kelenjar Bartholin, yang terletak tepat di dalam saluran faraj dan menghasilkan cecair pelincir pelindung. Pengumpulan rembesan atau jangkitan di dalam salah satu kelenjar Bartholin boleh menyebabkan kelenjar membengkak lantas membentuk sista.
- Serviks: Sista Nabothian boleh terjadi apabila salah satu kelenjar mucous serviks tersumbat.
Jumpa doktor untuk periksa cyst dalam rahim
Pastikan untuk menjadualkan janji temu dengan doktor jika sista anda menjadi sangat menyakitkan atau merah. Ini mungkin merupakan petanda ia pecah atau dijangkiti. Ada banyak bahaya fibroid rahim terhadap kesihatan wanita jika ia tidak dirawat.
Pertumbuhan yang tidak normal turut berisiko menjadi antara simptom kanser! Doktor anda mungkin akan mengambil sedikit sampel tisu ketumbuhan untuk diuji.
[embed-health-tool-ovulation]