backup og meta

Percaya Meruang ATASI Masalah Faraj Longgar & Busuk? Anda Ternyata SALAH!

Percaya Meruang ATASI Masalah Faraj Longgar & Busuk? Anda Ternyata SALAH!

Berbicara mengenai organ intim wanita; faraj, pasti banyak mitos dan kepercayaan yang dipercayai menjadi ikutan.

Antaranya seperti meruang perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah faraj longgar dan faraj busuk.

Namun, sejauh mana kebenaran kedua-dua kepercayaan tersebut? Ikuti artikel ini untuk tahu cara meruang faraj yang betul dengan lebih mendalam lagi!

Apakah itu meruang faraj?

Meruang atau douching diambil dari perkataan asal douche yang berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud sebagai mencuci atau merendam.

Ia merupakan kaedah untuk mencuci faraj, yang kebiasaannya menggunakan campuran air bersama cuka.

Manakala douches yang dijual di kedai ubat dan pasar raya pula mengandungi antiseptik serta tambahan wangian. Ia dijual dalam botol atau beg yang disemburkan ke dalam faraj melalui tiub yang disediakan.

Apa kesan cara meruang terhadap Miss V?

Seperti yang disebutkan pada awal tadi, secara mudahnya, cara meruang ini dilakukan untuk membersihkan faraj, walaupun hanya terdapat kajian kecil sahaja mengenai keberkesanan meruang ini.

Sebaliknya, proses meruang yang dilakukan tidak mendatangkan sebarang manfaat atau kebaikan, tetapi boleh menyebabkan risiko masalah berkaitan organ intim dan reproduktif wanita.

cara meruang

Berikut antara masalah kesihatan yang boleh berlaku:

  1. Vaginosis bakteria

Kaedah meruang sebenarnya boleh mengganggu keseimbangan bakteria semula jadi dalam Miss V, dipanggil sebagai vaginal flora.

Perubahan ini menjadi persekitaran dalam faraj sebagai tempat yang sesuai untuk pembiakan bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan.

Jangkitan ini boleh mengakibatkan peningkatan masalah keputihan yang mempunyai bau yang kuat dan busuk serta berisiko mengeluarkan bau hanyir.

Mengalami vaginosis bakteria pula boleh meningkatkan lagi risiko untuk mengalami kelahiran pramatang dan jangkitan kelamin.

Kajian mendapati individu wanita yang berhenti melakukan douching ini akan mengurangkan risiko untuk mendapat jangkitan bakteria.

  1. Penyakit radang pelvis (PID)

Ia merupakan satu jangkitan yang berlaku pada rahim, tiub fallopian, dan/atau ovari.

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa individu wanita yang mengamalkan kaedah meruang ini berdepan risiko sebanyak 73% untuk mendapat PID.

Ia  berlaku apabila bakteria merebak ke faraj dan memasuki sistem pembiakan.

Ia mungkin menghasilkan lendiran yang banyak dan berbau.

faraj

  1. Komplikasi kehamilan

Individu wanita yang melakukan cara meruang, lebih dari seminggu sekali adalah lebih sukar untuk hamil berbanding individu wanita yang tidak meruang.

Meruang juga boleh meningkatkan risiko kehamilan ektopik – di mana implan embrio berada di luar rahim – sebanyak 76%.

Semakin kerap anda melakukan kaedah meruang, semakin tinggi dan besar risiko menghadapi kehamilan ektopik.

  1. Kanser serviks

Kaedah meruang yang dilakukan walaupun seminggu sekali, dipercayai mempunyai kaitan dengan kemungkinan untuk meningkatkan risiko menghidapi kanser serviks.

Perlukah untuk meruang?

Menurut pakar kesihatan, termasuk pakar dari American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG), anda dinasihatkan dan disarankan untuk menghindari serta mengelakkan daripada melakukan douching.

Menjadikan kaedah meruang sebagai satu amalan untuk membersihkan Miss V boleh mengganggu tahap bakteria dan pH faraj.

Perubahan ini boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria yang tidak baik dan sekali gus berisiko untuk mengalami jangkitan yis.

Meruang juga boleh menyebabkan bakteria yang tidak baik ini merebak ke saluran pembiakan jika seme

[embed-health-tool-ovulation]

mangnya sudah terdapat jangkitan pada kemaluan.

Jadi, apa yang boleh kalian lakukan sebagai alternatif cara meruang faraj?

Bagaimana untuk membersihkan faraj dengan betul?

Sebenarnya, anda tidak perlu untuk membersihkan faraj tetapi anda perlu membersihkan vulva.

Apa itu vulva? Faraj, adalah nama panggilan umum bagi satu organ intim wanita.

Ia merupakan saluran otot tertutup yang terdiri daripada dua bahagian; bahagian luar dan dalam.

Vulva merupakan bahagian luar kawasan intim wanita yang terdiri daripada beberapa struktur utama iaitu labia (yang bermaksud bibir) mayora, labia minora, klitoris, bulu pubis (mons pubis), saluran kencing (uretra) dan pintu masuk faraj.

Manakala faraj adalah saluran dalaman di dalam badan anda.

cara meruang

Sekiranya anda ingin mencuci vulva anda, anda boleh lakukannya dengan hanya membasuh dengan menggunakan air suam dan sabun ringan untuk menjaga tahap kebersihannya.

Manakala penggunaan pencuci dan semburan feminin yang dikatakan dapat membantu mengurangkan bau dan membersihkan faraj adalah tidak diperlukan, malahan vagina anda juga tidak memerlukan bau wangi seperti haruman ros.

Sebaliknya, produk sebegini adalah tidak diperlukan dan boleh mendatangkan bahaya kerana ia boleh mendatangkan kerengsaan kepada vulva dan faraj.

Jadi, anda perlu tahu bahawa cara meruang yang betul adalah dengan tidak mengamalkan douching ini sebaliknya hanya membersihkan kemaluan dengan cara yang betul sudah memadai.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Douching. https://www.nhs.uk/live-well/sexual-health/keeping-your-vagina-clean-and-healthy/. Accessed on May 23, 2019.

Douching. https://www.womenshealth.gov/a-z-topics/douching. Accessed on May 23, 2019.

What You Should Know About Douching. https://health.clevelandclinic.org/2015/03/feminine-odor-problems-what-you-should-know-about-douching/. Accessed on May 23, 2019.

How Can I Tighten My loose Vagina. http://goaskalice.columbia.edu/answered-questions/how-can-i-tighten-my-loose-vagina/. Accessed on May 23, 2019.

Sulfonamide (Vaginal Route). https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements/sulfonamide-vaginal-route/precautions/drg-20069543. Accessed on May 23, 2019.

Versi Terbaru

29/09/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ini 11 Punca Faraj Selalu Pedih, Ada Yang Disebabkan Jangkitan & Sakit Kelamin!

Ada 6 Macam Bau Faraj, Jangan Tak Percaya, Miss V Normal Ada Yang Berbau Tapai!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan